Blog ini dengan nama domain sendiri, diwujudkan sekitar Mei 2011. Sebelum tu, nama blog ada blogspot.com; pastu url pun banyak kali berubah. Kalau ikutkan profile blogger.com; saya dah bermula ada blog dengan blogspot sejak 2008. Sebelum tu, saya ada blog juga tapi tak disebut sebagai blog, lebih kepada website. Seingat sayalah, saya pernah buat laman web sendiri guna lycos dengan skali.net rasanya. Lama dah. Zaman baru nak kenal dunia IT.
Langkah Terkedek Aku Dapat Income Dengan Blog
Sebagai blogger newbie ketika itu, memang saya tak fikir apa dah, semua blog yang saya ada, saya akan letakkan iklan Adsense. Saya untung sikit, sebab masa tu senang nak dapat full account Google Adsense. Dengan full account Adsense, saya hanya gunakan template kod HTML iklan yang telah sedia ada, dan letakkan pada semua blog-blog saya sehingga kini.Tentu anda nak tahu bagaimana nak dapatkan full account macam saya?

Cara Buka Akaun Penuh Google Adsense
Caranya.Buat satu blog berbahasa Inggeris. Tulis beberapa artikel dalam bahasa Inggeris. Dan cadangan saya, pastikan blog yang anda buat itu blog yang spesifik atau ada niche. Ketika itu, saya buat blog mengenai Internet Marketing. Saya dapatkan artikel-artikel mengenai pemasaran internet daripada direktori-direktori artikel percuma yang berlambak ketika itu. Pada masa itu, tiada isu mengenai copy-paste, malah semua online marketer masa tu suruh salin artikel dan letakkan di dalam blog masing-masing. Tak perlu bayar apa-apa, cuma jangan dipadam nama penulis asal, dan jangan lupa buat backlink yang telah ada dalam artikel.
Baca ni - Cara Daftar Google Adsense guna Docstoc
Benda dah ada, memang mudah. Sehari sampai 4-5 artikel saya post. Saya tak fikir langsung samada ada pembaca atau tidak, malah trafik blog saya ketika itu tak cecah 50 pageviews pun dalam seminggu kecuali sayalah penyebabnya. Yang penting sekali ialah dapatkan akaun Adsense saya dulu.
Dah ada blog berbahasa inggeris yang ada niche, saya pun apply di Google Adsense. Tak sampai seminggu, terus dapat full account. Dan sehingga ke hari ini, saya masih menggunakan akaun yang sama cuma saya ada 3 login id ke akaun tersebut. Adsense tak benarkan anda mempunyai lebih daripada satu akaun, tetapi benarkan anda uruskan akaun Adsense menggunakan id login yang berbeza - yang selalunya merupakan id Google. Saya mempunyai 6 id Google ... :)

Bila dah dapat akaun Google Adsense yang penuh, bermulalah episode saya terkedek dapat income dengan blog.
Sekarang ni dah mudah nak gunakan Adsense sebagai platform pengiklanan di blog, anda hanya gunakan widget je menerusi dashboard di blogspot. Dulu mana ada semua tu, saya kena salin kod dari akaun Google Adsense dan masukkan sendiri.
Beli Panduan dan Ebook Mengenai Adsense
Saya mula dapatkan banyak panduan dan ebook mengenai Adsense. Hampir 80 peratus adalah merupakan ebook dari luar negara. Saya ada beli ebook berbahasa Melayu tentang Adsense, tapi tak pasti sekarang masih ada lagi atau tidak. Dan apa yang ada dalam ebook tersebut saya dah tulis dalam blog ini.Adsense syok sebab anda boleh jana income dari banyak sumbernya, boleh jana menerusi banner iklan, iklan teks, malah anda boleh dapat income hanya kerana letakkan kotak Search by Google kat blog! Adsense seronok sebab dibayar USD, dan iklan-iklan yang dipaparkan adalah mengikut kehendak pengunjung blog.
Nak lagi best, anda juga boleh upload video ke Youtube, dan dapat income menerusi Adsense bila orang tengok video tersebut, macam saya buat kat sini - http://youtu.be/msRujAwbWoo

Setelah bertahun, akhirnya saya dapat juga cek income Adsense.
Saya ingat lagi kata mantan boss saya yang ada blog, kini menjadi pensyarah kanan di UNIMAS.
"Kawan saya baru-baru ni dapat cek USD300 ... sebab letak Adsense kat laman web dia ... yang sekarang dia pun dah lupa alamat web dia tu ..."
Adsense boleh jadi sumber income residual anda, income tanpa modal, malah tanpa anda sedar pun ...
Blogger Baru Harus Gunakan Adsense Jana Income Dengan Blog
Jika anda seorang blogger baru, cuba dapatkan dulu akaun Google Adsense ini. Bagaimana nak dapat dan cari caranya, anda kena rajin godek ilmu yang bersepah di internet. Jika masih tak berapa nak faham, beli je ebook yang ada.Cara mudah nak dapatkan full akaun Google Adsense, buat blog berbahasa inggeris dengan template yang ada niche, dan siapkan dulu artikel-artikel berkaitan. Untuk dapatkan akaun Adsense, anda tidak perlukan template blog yang canggih-canggih atau yang mesra SEO segala bagai. Yang penting ada blog yang ada niche atau tema, ada entri-entri yang berkaitan ... in Sha Allah boleh dapatkan akaun Adsense anda sendiri.
Dapatkan ebook Jana Wang Adsense untuk bantu anda. Pelaburan kecil untuk income berterusan sepanjang blog anda wujud di internet ... tak mau ke?
Jika blog anda ada trafik tinggi, statement Adsense di bawah mungkin anda yang punya!

Baca ni - 6 Tips Eksklusif Income Masyuk dengan Google Adsense
Nanti saya sambung kisah dan langkah seterusnya saya dapat income dengan blog ...
As salam,hai saya nak belajar nak buat duit macam teknik yang tuan guna tu.
BalasPadamNak tahu cara buat duit dengan Adsense? Dapatkan ebook yang saya syorkan tu.
Padamseriusly saya sebenarnye maleh nak baca panjang2, tapi bila masuk kt sini jadi lain pulak.. tiap2 post bro HH ni membuatkan saye rase nak bace sampai habis.. kenape ye? hahaha btw thx bro utk tips yg sangat berguna ni.
BalasPadamIn Sha Allah, ada sambungan dia .. ini baru perjalanan kedua saya ... :)
PadamSaya dah cuba daftarkan account saya dengan Google AdSense.. tapi rejected. Disebabkan dulu domain blogspot saya lain, sekarang dah ditukar. Macam mana ye, sebab nak tukar domain yang ada dalam email tu tak boleh dah.
BalasPadamfuh.. terbaik tuan.. :)
BalasPadamThank you sharing abg HH. Dah ada few entries kat blog bahasa inggeris. Tapi tak apply lagi. Bacani, bersemangat sket. Tapi tunggu lepas viva 1st yr next week la.. tq! :)
BalasPadamPengkongsian yang menarik bro... saya skrg pun baru nak bertatih pasal iklan2 ni... :D
BalasPadamnak try jugak adsense nanti ;)
BalasPadamPerkongsian menarik...god job
BalasPadamrasa memang dah tak ada harapan saya nak dapat main adsense balik... hhu
BalasPadamsaya juga berjiak2 menjana income dari blog. tq tuan
BalasPadamsorry typo * berjinak2
BalasPadamitu ss asli apa editan ya, jadi tergiur lihatnya. thanks artikelnya ;)
BalasPadammantap artikelnya dan sangat bermanfaat sekali. thanks
BalasPadamnice artikel gan
BalasPadamsaya nak tanya, kalo adsense iklan ni nak letak mesti blog Bahasa english kah? dan mestikah adsense dapat dipasang kalo pakai domain sendiri? (minta tunjuk ajar, saya masih baru)
BalasPadamini barulah namanya bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian bro..hihihih
BalasPadamdan..saya juga TERRAJIN baca entri pepanjang kalau masuk d sini
Terimakasih Artikelnya, Mantap sekali, banyak info yang saya dapatkan di sini.
BalasPadamSalam. Saya newbie dan baru nak berkecimpung dalam penulisan blog ni.. sy nak tanya.. contoh saya ingin membuat artikel blog tentang sukan.. dimana saya boleh mendapatkan isi artikel yang terkini mengenai tajuk tersebut?
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.