Bagaimana nak buat pengunjung blog kekal baca entri-entri di blog?
Sebelum nak buat pengunjung blog kekal baca blog kita, kita cuba jadikan diri sebagai pengunjung ke blog orang lain dulu. Bila kita singgah ke sesebuah blog, apa yang kita suka dengan blog tersebut? Apakah yang menarik perhatian kita?

Jika ditanya setiap orang, mungkin akan ada banyak sebab diberikan, tetapi saya cuba untuk berikan anda beberapa sebab umum yang boleh anda jadikan satu tips berguna untuk buat pengunjung kekal baca blog anda walaupun anda tidak update blog anda dengan entri terkini.
3 Tips Buat Pengunjung Kekal Baca Blog Anda
Psikologi Gelak Bersama
Cuba bayangkan ketika baru sahaja melangkah ke tempat kerja baru, dan mereka ajak anda untuk keluar minum bersama. Sambil sembang-sembang, tentu ada gelak tawa. Dan ingat kembali, ketika itu pabila melepak berkumpulan dan ketawa bersama, biasanya muka kita akan beralih kepada siapa? Tentulah teman yang kita selesa. Betul? Atau mungkin ke arah individu yang kita mahu berkenalan.Sama juga dalam mengharapkan pengunjung kekal baca di blog, anda perlu tarik pengunjung dan pembaca untuk sama-sama gelak, sama-sama sembang, biar mereka mesrakan diri mereka dengan anda. Berikan keselesaan untuk mereka baca dan komen blog anda. In Sha Allah, esok lusa mereka akan datang lagi dan lagi.
Ketenangan Jiwa
Dalam dunia blog, ada masa gelora akan tiba ke blog anda. Ia mungkin disebabkan oleh salah faham dan perbezaan pendapat. Blog ini juga ada terkena benda begini, saya tidak nafikan ada beberapa entri yang bertujuan memberikan informasi telah disalah anggap sebagai entri berbentuk fitnah, walhal pengunjung pertama kali itu tidak membaca keseluruhan entri dan tidak memahami apa yang cuba saya sampaikan. Dan pengunjung-pengunjung ini akan hamburkan kemarahan mereka menerusi ruangan komen yang telah disediakan.
Baca mengenai Marah Ia mungkin boleh redakan diri anda di saat marah. In Sha Allah.
Bagi saya, selagi komen itu tiada diletakkan ayat-ayat lucah, caci maki atau perkara yang boleh merendahkan darjat tukang komen, maka saya akan lepaskan. Ada sahaja komen yang agak keterlaluan, saya padam memandangkan nanti ia akan mendatangkan malu pada tukang komen walaupun hanya muncul sebagai anonymous.
Jika ada orang marah kepada kita, dan kita pula kekal bertenang, mereka akan jadi lebih menyirap. Malah mereka akan marah lebih ganas. Ini memang situasi sebenar yang akan berlaku. Tetapi, lama kelamaan, selepas itu mereka akan rasa sangat malu pada diri sendiri.
Tak percaya? Cuba anda bayangkan 10-20 tahun dahulu di mana anda pernah bergaduh dengan adik atau abang atau kakak hanya kerana sehelai baju atau sebungkus keropok. Marahnya ketika itu sampai bertumbuk-tumbuk pun ada. Baling-baling barang ... kan kan? Bila kenang balik, rasa malu tak? Apatah lagi bila anak-anak anda tahu cerita anda ini?
Jadi bertenanglah dengan pengunjung blog anda. Dan bertenanglah dengan komen yang ditinggalkan. Belajar untuk tanggani marah, dan lebihkan bersabar.
Elakkan diri anda untuk menulis blog ketika marah. Cuba tulis entri yang boleh memikat pembaca.

Banyakkan Cerita Gembira
Tips yang tak ramai orang tahu, ialah menulis atau perbanyakkan cerita gembira. Walaupun kadangkala ada cerita sedih nak dikongsikan, tetapi cuba jadikan ia sebuah cerita yang tidak dilakukan secara berlebihan. Ada setengah pembaca tidak suka dengan entri yang menarik simpati.Contohnya macam saya bercerita mengenai gembiranya anak-anak yatim dapat pakaian baru menerusi Projek Iqra, ia lebih bermakna, dan pengunjung suka baca cerita sebegini. Sebab sebelum ini saya dah ceritakan terlebih dahulu mengenai Projek Iqra ini, tentulah pembaca nak tahu apa sudahnya projek tersebut.
Apa cerita gembira nak tulis dalam blog? Cerita anda dapat income dengan blog pun boleh, cerita anda pergi melancong pun boleh, cerita dapat baby baru, cerita anda dapat hadiah giveaway .. semua cerita gembira seperti ini orang suka baca, dan ia berikan aura positif untuk blog.

Wujudkan emosi ini di dalam blog anda. In Sha Allah, emosi yang beri kesudahan baik, akan tingkatkan pengunjung blog anda.
Ok, itulah sedikit sebanyak perkongsian saya mengenai tips buat pengunjung kekal baca blog anda. Anda boleh mencubanya sendiri dan lihat kesannya. Namun, seperti saya pernah sebut, cara penulisan anda perlu kena ada gaya tersendiri. Kena ada satu trademark khusus supaya cerita anda, adalah anda yang punya, dan tidak nampak satu cerita sama dengan orang lain.
Selamat mencuba.
p.s: Cuba baca sekali lagi, tips di atas boleh juga dipraktikkan untuk pikat awek .. hoho
blogger perlu main psikologi juga..:D
BalasPadamhahaha.. nanti orang cop hang Mat Saiko ... :P
Padampengunjung adalah pelanggan kita. Tanpa mereka siapalah blogger..
BalasPadamthanks 4 sharing :)
BalasPadamgreat sharing
BalasPadamamboi sampai ke nak pikat awek. haahhaha
BalasPadamtapi boleh diguna pakai jugak tu ;)
SATU IDEA YANG MENARIK BANG HASRUL
BalasPadamTerima kasih AMir.
Padambagus tips ni...in shaa allah akan dipraktikkan....
BalasPadamRajinnyaa en Hasrul menulis... Apa menarik untuk dibuat renungan dan panduan
BalasPadamboleh lah... nak buat ayat2 pemikat yer...
BalasPadamyup, betul tu...kena pandai main psikologi dan campur2 perasaan gembira, sedih, marah dsb.
BalasPadamtips yang menarik..boleh dipraktikkan..hehehe... ;)
BalasPadamtips yang bagus ni...kena pandai main dengan psikologi + demand apa yang orang nak dari kita..
BalasPadamhaha KM.. ya kena main saiko.. gelak sama2.. baru pengunjung datang lagi..
BalasPadamtahniah hasrul..anda ada blog yg banyak info. akak suka baca gaya penulisan anda. keep it up..
BalasPadamterbaik entry..tapi agak hairan ya, adakah orang jadi marah pada blog kita, Semoga terhindar dari nak marah. Tak elok perasaan itu..kita jalinkan hubungan maya yang mesra. setuju sangat dengan HH
BalasPadamyg penting jadi diri sendiri,kan...ayat2 mesti ikhlas lahir dari hati..jgn cuba2 ikut ayat2 blogger popular pulak..:)
BalasPadamThanks untuk tips ini. Akan berusaha untuk memperbaiki diri lagi :)
BalasPadamhttp://www.lovehutladyvitamin.com
hari2 singgah kat blog ni..terima kasih atas info2 yang bermanfaat..memang guru online yg hebat dan tak kedekut ilmu
BalasPadamthanks atas perkongsian tips ni.bukan senang nak kekalkan pengunjung untuk selalu mengunjung di blog kita kalau tak tau cara nak menarik perhatian mereka kan
BalasPadamThanks sharing ;D
BalasPadamselalu fikir , apa yang org suka baca ya ... ermmm
BalasPadamInfo yg menarik..akan dipraktikkan dlm blog LeYa..
BalasPadamPembaca sejati sukar nak dapat ramai tapi lambat laun baru boleh itupun kalau cara penulisan macam tuan admin ni memang menarik, tertarik dan DEBOOM..hehe...
BalasPadamTuan admin taknak buat kelas berbayar ke untuk SEO bagi pengunjung yang serius pulak..?
Ni yg buat gua berkobar-kobar nak bikin blog Kehidupan Seorang Joned..
BalasPadamtips yang sangat berguna. tq for sharing mr.hasrul
BalasPadamtips sangat baik.terima kasih tuan.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.