Tips Tulis Entri Memikat Pembaca

Apabila anda telah lama ada blog, dan telah hasilkan ribuan entri; demi masa anda akan lama-lama ketahui corak dan bentuk penulisan terbaik dalam blog bagi memikat pembaca. Pada awalnya memang nampak terumbang-ambing bak kapal layar yang ditiup angin dilambung ombak. Terhuyung-hayang namun nanti akan stabil dan berlabuh tenang. Tips menulis entri untuk memikat pembaca akan saya dedahkan kepada anda. Tak dedah banyak, dedah kat bahagian bahu saja.... ohh itu pun sudah cukup seksi sebenarnya.

Tips Tulis Entri Memikat Pembaca

Ya, untuk memikat pembaca terus hadap blog kita tak semudah A,B,C. Hari ini anda tulis entri .... tak semestinya ia akan terus mendapat kunjungan. Seperti sebelumnya, anda perlu 'promosi' bukan setakat blog tetapi juga entri anda.

Walaupun promosi mainkan peranan agak penting supaya ada pengunjung dan memungkinkan ada pembaca; jangan ketepikan soal kandungan blog anda. Entri anda perlu terus pikat pengunjung kali pertama untuk kekal tetap di blog anda, bukan untuk sehari, bukan dua hari tetapi berhari-hari - walaupun anda tidak terbitkan entri baru!

Tulis Apa Yang Pengunjung atau Pembaca Suka

Tulis entri yang pembaca suka baca di blog anda. Ini tips pertama. Macam saya, saya akan respon kepada pertanyaan pengunjung samada ditinggalkan menerusi kotak komen, mahupun di Facebook Fanpage. Dari situ, saya tahu ada pembaca blog yang mahu ketahui sesuatu, jadi saya tulis ikut kehendaknya. Lihat apa yang mereka ingin ketahui.

Contoh; anda satu hari terbitkan entri mengenai makan-makan tomyam best. Tetiba dalam kotak komen, ada pertanyaan dari pengunjung bertanyakan kat mana tempat tersebut. Maka, mungkin entri seterusnya yang boleh anda tulis ialah mengenai lokasi dan cara nak pergi ke tempat tersebut. Boleh selitkan cerita lain juga dalam entri tersebut .... pastikan entri tersebut benar-benar berinformasi seperti letakkan Google Map, berikan landmark atau alamat lokasi kedai makan tomyam best.

Tulis Entri Neutral

Tulis entri yang neutral. Ada yang suka buat review itu ini, tetapi ramai yang buat entri macam berat sebelah. Tulis entri yang tidak sakitkan hati orang, sebab anda kena tahu pengunjung yang datang ke blog anda akan ada dua jenis - yang suka pada entri dan yang anti pada entri. Contohnya, anda buat review mengenai Samsung Galaxy S4; ada pengguna yang punyai pengalaman best, ada yang tak best ... jadi anda ceritakan dua-dua perkara; kebaikan dan keburukan. Ini tunjukkan anda tidak bias. Boleh dilakukan perbandingan.

Tulis Entri Bergambar

Tulis entri bergambar cantik. Letaklah gambar yang cantik-cantik; beresolusi tinggi. Visual adalah satu magik yang boleh perangkap pengunjung untuk terus membaca blog anda. Jika boleh, guna gambar sendiri, edit cun-cun guna aplikasi seperti CS3 Photoshop. Gambar bukan sahaja akan menarik pengunjung terus baca, tetapi juga sumber trafik tak terjangka menerusi enjin carian.

Tulis Entri Panjang Sederhana

Tulis entri yang tidak panjang dan tidak pendek. Cukup-cukup sesedap rasa. Kalau ikut Google SEO; paling tidak mesti ada dalam 300 patah perkataan. Elok sangat dengan jumlah perenggan minima. 3 perenggan dalam entri, 100 pendahuluan, 100 isi dan 100 patah lagi untuk kesimpulan. Siap entri yang pikat pembaca dan pada masa sama pikat enjin carian (SEO).

Dah, saya dah berikan tips tulis entri memikat pembaca. Walaupun dah bagi tip-tip diatas, harus anda ingat, ia bergantung dengan selera pengunjung dan pembaca anda. Berikan jus dalam setiap penulisan anda. Tak perlu cari cerita sensasi, percaya dengan keupayaan anda.


Tips Tulis Entri Memikat Pembaca

{ 24 comments.. read them below or add one }

Mohd Ridzwan Abdullah Mohd Ridzwan Abdullah October 10, 2013
Setuju dengan ulasan dan point-point yang diberi. Pembaca sekarang semakin bijak menilai...kerana majoriti pembaca adalah blogger.
Nadot Nadot October 10, 2013
Tq for the tips... Selalu dok main redah je menulis... Harap ade la perubahan pas ni... atau tak.. Haiishhh ;)
Sura Mohd Sura Mohd October 10, 2013
Tip-tip yang selalu saudara Hasrul bagi semua bagus2 dan banyak membantu blogger baru seperti saya..terimakasih saya ucapkan..:)
kucha lana kucha lana October 10, 2013
terima kasih bro..bagus tips ni...
Sukma Haron Sukma Haron October 10, 2013
tips yang menarik, kalau idea banyak panjang ler entrynya, kalau tak hanya gambar sebagai paparan.....
Shark Kay Shark Kay October 10, 2013
dalam proses percubaan,
terima kasih HH.
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy October 10, 2013
masih lagi blajar dari blog ini..thanks for tuto HH
Nurullai Abdullah Nurullai Abdullah October 10, 2013
This comment has been removed by the author.
Nurullai Abdullah Nurullai Abdullah October 10, 2013
Tips yang sangat sesuai untuk saya yang sedang terumbang-ambing ni.

Sesiapa yang sudi tunjuk ajar saya tentang blog,saya ada di http://mylovekasih.blogspot.com
adzairdawati makdara adzairdawati makdara October 10, 2013
tip yg sgt sgt bagus dan saya akan gunakannya insyaa allah
mahmud thalut mahmud thalut October 10, 2013
Assalam . Terima kasih Tuan HH. Tips yang bagus. Banyak mendorong untuk terus belajar berblog.
Puteri Candle Puteri Candle October 11, 2013
hehe sama la...masih blurr bab buat blog ni...byk lgi nk kena belajar
Puteri Candle Puteri Candle October 11, 2013
thanks sharing ilmu2 yg bguna...

blog sy yg masih under construction hehe
http://pinkycandle.blogspot.com/
manz manz October 11, 2013
Bro, bagaimana dgn jumlah perkataan dalam satu ayat.Berapa p.p max yg sesuai untuk memudahkan pemahaman pembaca.
Hafizul Hafizul October 12, 2013
Entah lah kadang-kadang pening gak nak tulis apa yang pembaca suka baca ni..huhu
aisyah ahmad aisyah ahmad October 01, 2014
nice entry,thank you for sharing^^
Umi Nazrah Umi Nazrah October 01, 2014
saya suka ayat ni 'Berikan jus dalam setiap penulisan anda.' ^_^
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 01, 2014
Cuba lihat mana entri yang paling banyak pengunjung komen. Tgk juga apa yang dikomen. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 01, 2014
Pemahaman ayat .. hmmm ... susah nak jawab tu. Sbb pemahaman manusia mungkin bebeza ikut kategori, umur, pendidikan, jantina dan sebagainya. Tapi secara umumnya, apa yang kita tulis, kita baca balik .. jika kita faham ..kira oklah. Nak lagi ok, minta orang2 yang anda kenal ikut baca.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 01, 2014
Hehehe... jus oren .. banyak2 minum sakit perut gak ...:P
weschairs weschairs October 01, 2014
Memang kena pikat selalu supaya pengunjung maintain kekal
Ms. Kejupenyet Ms. Kejupenyet April 30, 2015
Tip yang bagus ... Thanks sharing

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.