Crome Cerewet Mudah Detected Malware

Pelayar internet Crome cerewet benar beberapa hari ini. Banyak link atau url yang jadi mangsa kecerewetan Crome. Sebelum ini saya ada ceritakan mengenai laman web Bit.ly dan mana-mana pautan yang gunakan Bit.ly terkena serangan Malware. Notifikasi serangan dan ancaman Malware ini bagaimanapun hanya keluar jika menggunakan pelayar Crome.

Dek kerana itu, saya mula gunakan sistem kependekan URL yang lain. Ada banyak lagi laman web yang sediakan servis ini. Saya ada ceritakan menerusi entri ini - 5 Pilihan Pendekkan URL atau Permanlink

Crome Cerewet Mudah Detected Malware

Crome memang cerewet. Adakala ia detect malware jika ada salah satu pautan atau link dalam blog yang disahkan dijangkiti malware. Sekiranya wujud link atau pautan yang dijangkiti malware, satu notifikasi memberitahu pengunjung laman bahawa ada ancaman malware akan muncul di pelayar Crome.

Contohnya apa yang telah berlaku kepada blog saya.
Crome Cerewet Mudah Detected Malware
Paparan di atas muncul jika saya gunakan pelayar Crome, tetapi bila buka menggunakan Firefox, tiada apa-apa yang berlaku, malah entri blog boleh dibuka seperti biasa, seperti ditunjukkan di bawah ini.

Pssst .. cuba lihat address bar pelayar internet kedua-dua ini - sama kan? Iaitu mengenai tajuk Peraturan Cermin Gelap serta Larangan Guna Lampu HID
Crome Cerewet Mudah Detected Malware
Ok. Bila terjadi perkara ini kepada blog anda, misalannya pada masa akan datang. Apa yang perlu anda buat ialah buang pautan yang dinyatakan bermasalah itu. Macam di paparan di atas, ada disebut dan dinyatakan dalam paparan, URL Clkrev.com mempunyai masalah malware; jadi buka blog anda terutama bahagian HTML dan widget blog .. cari URL tersebut dan buang.

Selalunya jika terdapat di widget, buang sahaja widget tersebut.

Jangan risau mengenai widget. Setelah beberapa hari, seandainya perlu anda boleh masukkan balik URL atau wudget tersebut; terutama setelah disahkan malware sudah tidak wujud lagi menerusi pautan dan widget berkenaan.

Sebelum ini ada yang kata widget dari Busuk ada masalah malware; jadi saya pun buang dan kini saya pasang balik (anda tidak nampak widget itu sebab ia hidden) ... ok je tak ada masalah.

Jadi, seandainya anda menggunakan Crome untuk melayari internet, dan bila masuk blog anda ada notifikasi malware, baca notifikasi tersebut dengan teliti. Dapatkan URL atau link yang bermasalah malware dan buang serta-merta. In Sha Allah, masalah akan selesai.

Malware juga mudah direkodkan oleh Bing Webmaster Tools. Saya sendiri gunakannya untuk pantau blog ini. Menerusi Bing Webmaster Tools, seandainya blog anda dikesan ada agen penyebaran malware, ia akan email anda dan beritahu. Dari situ, anda boleh login ke Webmaster Tools dan periksa, dan lakukan pembersihan yang sepatutnya.

Semoga bermanfaat.

{ 14 comments.. read them below or add one }

siti nurafida noh siti nurafida noh October 31, 2014
kadang2 sakit hati jugak bila nak surf tenet. tapi setiap masalah ada penyelesaian, thanks sifu.
Sentiasa Panas Sentiasa Panas October 31, 2014
Dah lama cerai dengan chrome, SP lebih suka guna mozilla..
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins October 31, 2014
still lagi suka guna chrome, tapi ilmu yang disampaikan tu terus masuk nota. terima kasih
HakimZaini.com HakimZaini.com October 31, 2014
Pelayar chrome lebih mudah dan ringan berbanding (mozilla) atau hendak dibandingkan dengan pelayar lain. Mungkin chrome nak tingkatkan sistem 'security' yang mungkin punya perbezaan lebih baik dengan pelayar lain. Btw good info bro HH. :)
yang baik Ishak yang baik Ishak October 31, 2014
alamak... nak buka coding html pulak ke... huhuhu
Etuza Etuza Etuza Etuza October 31, 2014
asalam HH Etuza masih guna chorme , rupanya macam tu..selalu kena milawer ..bila line ternet slow, kalau lancar tak ada mwar
Denaihati Denaihati October 31, 2014
patutlah... info bagus dan berguna ni. thank for info.
Hafiszan Kamarudin Hafiszan Kamarudin October 31, 2014
situasi yang menakutkan juga bila terjadi perkara ini, mungkin panduan ini akan membantu bila kelak
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 02, 2014
Sama-sama, saya pun disebabkan pengalaman lampau dan beberapa perkongsian blogger lain juga yang boleh selesaikan benda ni.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 02, 2014
Ya, Crome lebih ringan, saya suka buka video dan movie online guna Crome, lebih smooth je dan jarang sekat2 ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 02, 2014
Bukan crome yang kena malware Etuza, tetapi laman web dan blog lain. Ia cuma ada security lebih ketat mudah detect laman web lain ada malware, atau capaian dalam blog tu ada malware.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 02, 2014
Ambil ingatan je bila berlaku, sebb ia berlaku secara rawak. Mungkin hari ni kena kat orang lain, esok mungkin sahabat yang lain pula.
reezluv reezluv November 02, 2014
aku masih lagi pakai chrome, sebab senang nak sync ngan mobile..:D
Azmi karim Azmi karim November 02, 2014
baru tadi dapat notification blog blogspot saya kena 'locked' sebab ada beberapa post mengandungi 'unwanted malware' dan 'harmful code'....

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.