Dalam sebuah entri advertorial saya, adalah pembaca meninggalkan komen, katanya syarikat yang saya promosikan itu tak daftar SSM, walaupun nyata di laman web syarikat tu dah ada nombor pendaftaran SSM. Jadi, saya pun nak semaklah pendaftaran SSM perniagaan syarikat tu yang jual produk secara online. Memang sah ada daftar, jadi saya pun nafikanlah bahawa apa dikatakan pembaca itu adalah silap.

Dek kerana itu, menjadi satu pertanyaan kepada diri saya, bagaimanakah pembaca itu semak nombor pendaftaran SSM syarikat tersebut yang membuat perniagaan online? Mungkin kesilapannya menggunakan sumber dan cara yang tidak berapa betul.

Cara Semak Pendaftaran SSM Perniagaan

Maka, saya ambil inisiatif ini untuk memberitahu bagaimana cara nak semak nombor pendaftaran SSM perniagaan secara online.
E-info SSM Semak Online Pendaftaran Perniagaan
Adalah penting untuk sesebuah perniagaan itu berdaftar dengan SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia, walaupun ia hanya menjalankan perniagaan secara online. Ini adalah kerana mana-mana perniagaan termasuklah perniagaan online tertakluk di dalam Akta Syarikat 1965 (AS 1965). Lagipun, dengan adanya pendaftaran SSM ini, perniagaan kita ada kredibiliti dan bakal pelanggan pun ada keyakinan nak beli produk, sebab ia satu perniagaan sah berdaftar.

Penting bukan sahaja kepada perniagaan itu, tetapi penting juga untuk melindungi pengguna (pelanggan). Dan kerana itu, jika anda blogger, ada bisnes dan jual produk serta servis secara online di blog atau ada blogniaga, daftarlah dengan SSM ini. Ia juga merupakan salah satu tips perniagaan online - blogshop yang saya pernah kongsikan di entri ini - 7 Tips Blogniaga Menerima Pengunjung

Ok. Itu untuk blogger yang ada blog niaga atau blog shop ... dengan kata lain ada bisnes online. Sekarang, untuk bakal pelanggan, pembeli, yang suka shopping online, yang suka beli belah di facebook, di blog, di instagram .. nak semak pendaftaran SSM sesuatu perniagaan, bolehlah ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Bagaimana Buat Semakan Pendaftaran SSM Perniagaan Secara Online

Langkah Pertama

Buka laman web ini - https://www.ssm-einfo.my. Memandangkan ia sebuah laman web secure https; saya sangat syorkan anda buka menggunakan Crome atau Internet Explorer. Setakat entri ini ditulis, apabila saya buka guna Firefox, ia ada masalah nak loading. 

Jika dah daftar sebelum ini, masukkan username dan password. Jika belum atau tak pasti, klik bahagian bawah tu .. Register e-Account. Pendaftaran percuma.
Semak Online Pendaftaran SSM Perniagaan Online
Ruang pendaftaran adalah seperti di atas. Isikan username nak digunakan, dan juga password. Isikan image verification yang dipaparkan. Ia case sensitive, jika huruf besar, maka gunakan huruf besar.

Kemudian, klik terma syarat tu, dan klik Submit. Selang beberapa minit, semak email anda. Anda akan dapat satu pemberitahuan mengenai pendaftaran anda - ada username serta password.
Cara Semak Online Pendaftaran SSM Perniagaan Online

Langkah Kedua

Apabila selamat daftar. Anda kembali ke laman web SSM e-Info tadi. Login menggunakan username dan password anda. Sekali lagi, image verification masukkan dengan betul. Klik submit.

Langkah Ketiga

Setelah anda klik butang submit tadi, anda akan diberikan paparan seperti di bawah ini. Pilih Search seperti ditunjukkan.
Cara Semak Online Pendaftaran SSM Perniagaan Online

Langkah Keempat

Anda kini sudah boleh semakan pendaftaran SSM mana-mana perniagaan samada online atau offline. Ada dua cara, samada menggunakan nombor pendaftaran syarikat tersebut atau menggunakan nama perniagaan. Anda harus tahu, nama syarikat adalah tidak sama dengan nama perniagaan. Ada syarikat yang boleh ada dua perniagaan. - dengan nama lain-lain. Jadi jangan keliru.
Bagaimana nak semak pendaftaran SSM perniagaan secara online
Hasil carian akan ditunjukkan di bawah kolum tersedia di bawah carian tadi seperti ditunjukkan dalam paparan di atas.

Selesai.

Harapnya dengan perkongsian ini, dapatlah anda sebagai pengguna, sebagai kaki shopping online periksa dan menyemak nombor pendaftaran SSM sesebuah syarikat atau perniagaan online dengan mudah.

Sebelum ini ada satu aplikasi tu dalam Google Play, tetapi saya lupa. Tak tahu samada masih ada atau boleh digunakan lagi untuk buat semakan seperti di atas.

Semoga bermanfaat. In Sha Allah.

14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Selepas ni saya pun nak ambik langkah daftarkan perniagaan kat SSM juga la.Terima kasih bro HH kongsikan info ni

    ReplyDelete
  2. Setiap peniaga online mesti daftar syarikat dengan SSM.. Baru lah pelanggan yakin dengan perniagaan kita.. Kita pun akan jadi lebih bersemangat nak buat bisnes..

    ReplyDelete
  3. Mesti daftar peniaga online, customer pun nampak serius berniaga...

    ReplyDelete
  4. kenapa saya takdpt nak check no sum Syarikat online tu? Boleh tolong tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarikat online ada dua pilihan daftar - samada dengan SSM atau dengan SKMM

      Delete
  5. salam..nak tanya.. saya ada nak semak status ssm sebuah syarikat tu.. tapi owner tu kata kalau cek online tak keluar.. kena cek kat kaunter ssm baru boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Cuba check betul2 .. kalau tak telefon sahaja SSM untuk kepastian.

      Delete
  6. Bro, btol ke kalau tak elok dedah no sssm kt public?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishh ssiapa cakap ... siapa ada SSM WAJIB tunjukkan di tempat yang boleh nampak ... ada tertulis dalam peraturan SSM .... kalau tak boleh didakwa.

      Yang dok sorok tu sbb mereka tak mahu syarikat mereka disiasat orang .. sbb info syarikat boleh didapati menerusi nombor SSM ... kalau kita sorok ... sptt kita sorok perniagaan ... kenapa nak sorok walhal memang kita beniaga secara SAH.

      Delete
  7. assalamualaikum brther Hasab ,firstly sy ada dua soalan yg nk ditanya 1) dia boleh bagitahu sekali dengan tahun bila syarikat nie ditubuhkan tak ? 2) macamana kalau no ssm dia mmg brdaftar tapi dia niaga menipu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 - Boleh. Soalan 2 - Bila dah ada SSM dan perniagaan menipu, boleh report dan boleh kena dakwa jika benar syarikat menjalankan perniagaan yang salah. Nama, alamat semua akan blacklist.

      Delete
    2. tadi saya follow seperti yg abg cakap tapi dia takde pulak tulis tarikh bila dia mula buat bisness tu , jd macamana saya nk tgk ye ?

      Delete
    3. Rasanya kena buat request tu pada SSM. Ke kena beli profile syarikat .... lebih kurang gitu jika nak detail

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement