07 September 2013

5 Pilihan Pendekkan URL atau Permalink

Kadangkala rimas juga nak letakkan url atau permalink yang panjang berjela dalam entri atau blog. Bukan apa, apabila terlalu panjang, kita mungkin tersalah atau tersilap tulis. Bila tersilap tulis, url yang diberikan akan menjurus ke link yang lain atau paling tidak akan keluar error. Jadi, untuk url atau permalink yang panjang, disyorkan untuk pendekkan url atau permalink tersebut.

Dalam entri ini saya akan kongsikan 5 pilihan untuk anda pendekkan url atau permalink untuk ganti permalink yang asal. Sebagai contoh url seperti ini - http://my.sharings.cc/adsb yhh/share/SIAtlwg2 tukarkan menjadi seperti ini - http://bit.ly/15G4IZS

Ada banyak sebab untuk gunakan pemendekkan url ini. Antaranya ialah untuk memendekkan url menjadi seringkas mungkin, dan untuk 'sorokkan' link iklan seperti iklan ChurpChurp dan juga 8Share, serta affiliate yang kadangkala buat orang macam segan atau malas orang nak klik - biasalah, bukan semua orang nak sedekahkan 20 sen  dari duit pengiklan untuk anda.

5 Pilihan Pendekkan URL atau Permalink

Di sini saya kongsikan 5 laman web yang boleh berikan anda pilihan untuk pendekkan url/permalink yang panjang.
Pilihan untuk pendekkan url permalink entri panjang

BITLY

Bitly
Memendekkan url menjadi seperti ini - http://bit.ly/15G5DK5
Anda boleh pantau jumlah klik yang telah dibuat ke atas url yang dipendekkan.
Anda boleh simpan link-link berkaitan atau kumpulkan ia dalam satu bundle tertentu contohnya Iklan ChurpChurp atau Segmen Di Blog.
Pendaftaran diperlukan, dan anda boleh daftar percuma dengan 3 cara; melalui email, Facebook atau akaun Twitter anda.

IS.GD

is.gd
Dikenali sebagai pemendekkan url beretika atau ethical URL shortener
Anda boleh buat permalink pendek dengan pilihan perkataan sendiri, seperti contoh - http://is.gd/churpers
Tak perlu mendaftar, anda hanya perlu berikan permalink yang mahu dipendekkan sahaja.
Owly untuk buat singkatan url atau permalink yang panjang

OW.LY

Ow.ly
Dibangunkan oleh HootSuite
Antara sistem pemendekkan URL yang dipercayai di internet.
Ada sistem untuk semakan URL yang dianggap spam dan bahaya.
Punyai human verification system untuk menjadikan ia sistem pemendekkan url yang dipercayai.
Tidak perlu daftar, anda boleh terus pendekkan URL di laman web berkenaan. Namun, anda boleh pantau URL yang anda kongsikan jika anda login menggunakan Twitter.

TINY

Tiny.cc
Anda samada boleh daftar percuma atau terus menggunakannya.
URL boleh dipendekkan ikut pilihan anda, contohnya - http://tiny.cc/invite-churpchurp
Anda boleh pantau jumlah klik ke pautan tersebut.
Link yang dipendekkan boleh terus dikongsikan ke laman Twitter mahupun Facebook.

Google Shortener

Goo.gl
Ia samada boleh terus digunakan atau anda login ke akaun Google.
Anda boleh pantau jumlah klik untuk semua singkatan URL yang telah anda lakukan.
Pilihan Pendekkan URL atau Permalink
Google Shortener












Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

9 Komen 5 Pilihan Pendekkan URL atau Permalink

terima kasih sharing .
baru tahu nieyy :)

teruskan berkongsi info yg berguna bro

bru kini ku faham ..thanks HH

Thanks HH..ilmu yg berguna..nanti sis cuba praktikkan cara ni.

Thanks HH..ilmu yg berguna..nanti sis cuba praktikkan cara ni.

Info yg sgt memabantu. Thanks bro..

tips yang sangat berguna..www.tepakku.com


EmoticonEmoticon