Crome Cerewet Mudah Detected Malware dan cara-cara atasi masalah ini
Pelayar internet Crome cerewet benar beberapa hari ini. Banyak link atau url yang jadi mangsa kecerewetan Crome. Sebelum ini saya ada ceritakan mengenai laman web Bit.ly dan mana-mana pautan yang gunakan Bit.ly terkena serangan Malware. Notifikasi serangan dan ancaman Malware ini bagaimanapun hanya keluar jika menggunakan pelayar Crome.
Dek kerana itu, saya mula gunakan sistem kependekan URL yang lain. Ada banyak lagi laman web yang sediakan servis ini. Saya ada ceritakan menerusi entri ini - 5 Pilihan Pendekkan URL atau Permanlink
Contohnya apa yang telah berlaku kepada blog saya.
Paparan di atas muncul jika saya gunakan pelayar Crome, tetapi bila buka menggunakan Firefox, tiada apa-apa yang berlaku, malah entri blog boleh dibuka seperti biasa, seperti ditunjukkan di bawah ini.
Pssst .. cuba lihat address bar pelayar internet kedua-dua ini - sama kan? Iaitu mengenai tajuk Peraturan Cermin Gelap serta Larangan Guna Lampu HID
Ok. Bila terjadi perkara ini kepada blog anda, misalannya pada masa akan datang. Apa yang perlu anda buat ialah buang pautan yang dinyatakan bermasalah itu. Macam di paparan di atas, ada disebut dan dinyatakan dalam paparan, URL Clkrev.com mempunyai masalah malware; jadi buka blog anda terutama bahagian HTML dan widget blog .. cari URL tersebut dan buang.
Selalunya jika terdapat di widget, buang sahaja widget tersebut.
Jangan risau mengenai widget. Setelah beberapa hari, seandainya perlu anda boleh masukkan balik URL atau wudget tersebut; terutama setelah disahkan malware sudah tidak wujud lagi menerusi pautan dan widget berkenaan.
Sebelum ini ada yang kata widget dari Busuk ada masalah malware; jadi saya pun buang dan kini saya pasang balik (anda tidak nampak widget itu sebab ia hidden) ... ok je tak ada masalah.
Jadi, seandainya anda menggunakan Crome untuk melayari internet, dan bila masuk blog anda ada notifikasi malware, baca notifikasi tersebut dengan teliti. Dapatkan URL atau link yang bermasalah malware dan buang serta-merta. In Sha Allah, masalah akan selesai.
Malware juga mudah direkodkan oleh Bing Webmaster Tools. Saya sendiri gunakannya untuk pantau blog ini. Menerusi Bing Webmaster Tools, seandainya blog anda dikesan ada agen penyebaran malware, ia akan email anda dan beritahu. Dari situ, anda boleh login ke Webmaster Tools dan periksa, dan lakukan pembersihan yang sepatutnya.
Semoga bermanfaat.
Dek kerana itu, saya mula gunakan sistem kependekan URL yang lain. Ada banyak lagi laman web yang sediakan servis ini. Saya ada ceritakan menerusi entri ini - 5 Pilihan Pendekkan URL atau Permanlink
Crome Cerewet Mudah Detected Malware
Crome memang cerewet. Adakala ia detect malware jika ada salah satu pautan atau link dalam blog yang disahkan dijangkiti malware. Sekiranya wujud link atau pautan yang dijangkiti malware, satu notifikasi memberitahu pengunjung laman bahawa ada ancaman malware akan muncul di pelayar Crome.Contohnya apa yang telah berlaku kepada blog saya.

COMMENTS