29 Oktober 2014

Peraturan Cermin Gelap Serta Larangan Guna Lampu HID Strobe Light

Sila periksa kenderaan anda. Adakah ia mematuhi peraturan pemasangan cermin gelap dan juga plet pendaftaran kenderaan bermotor? Kalau tidak, anda harus waspada kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan operasi besar-besaran mulai 1 November 2014 ini. Ia sebuah operasi khas untuk kuat kuasa 3 peraturan utama iaitu peraturan pemasangan cermin gelap, peraturan saiz plet pendaftaran kenderaan bermotor dan juga larangan penggunaan lampu HID dan Strobe Light.

Dalam blog post ini, saya akan kongsikan perkara-perkara penting mengenai peraturan JPJ ini. Harapnya dengan cara ini, akan lebih ramai alert benda ni, dan dapat elakkan diri daripada kena saman oleh JPJ dalam operasi khas tersebut.

Peraturan Cermin Gelap serta Larangan Penggunaan Lampu HID dan Strobe Light

Peraturan Cermin Gelap Larangan Lampu HID
 Jika kena saman, berapa anda perlu bayar? Baca kenyataan di bawah ini.

Ketua Pengarah JPJ dalam satu kenyataan memberitahu, operasi bersepadu itu akan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengesan pengguna kenderaan yang melanggar kesalahan berkenaan. Beliau berkata, bagi tiga kesalahan berkenaan, pengguna yang dikesan akan diberi saman dan notis larangan serta merta.

Saman dan notis larangan itu dikenakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 dimana kompaun bermula dari RM70 hingga RM100 jika dibayar dalam tempoh dua minggu. Manakala, jika kompaun berkenaan tidak dibayar dalam tempoh dua minggu maka, kompaun berkenaan akan meningkat antara maksimum RM200 hingga RM250 selepas sebulan tidak dibayar. - Berita Harian

Ok, sekarang saya akan kongsikan mengenai peraturan cermin gelap yang telah dikeluarkan oleh pihak JPJ. Pihak JPJ memberikan tempoh sehingga Mei tahun 2015 untuk semua pemilik dan pemunya kenderaan patuhi peraturan cermin gelap ini.

Peraturan cermin gelap JPJ adalah berkaitan dengan kadar ketelusan cahaya pada cermin. Kadar ketelusan cahaya ini berbeza mengikut kedudukan cermin tersebut.

Peraturan Mengenai Penggunaan Cermin Gelap Kenderaan

Peraturan Cermin Gelap dan Larangan Penggunaan Lampu HID JPJ
Manakala pihak JPJ mengambil langkah untuk melarang sebarang penggunaan lampu Strobe Light dan HID pada semua jenis kenderaan. JPJ mengatakan bahawa pengunaan lampu-lampu jenis ini adalah merbahaya kepada keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

Hoho .. dah kira masalah besar ni buat mereka yang suka cantikkan kenderaan. Sebab memang dah jadi trend sekarang ni ramai yang 'mekap' kereta guna lampu jenis ini. Bila saya ternampak kereta yang pakai lampu jenis ni, terus teringat rancangan TV yang popular di tahun 1980am iaitu Knight Rider.
Peraturan Cermin Gelap dan Larangan Penggunaan Lampu HID JPJ
Pihak JPJ juga telah mengeluarkan peraturan untuk penggunaan plet kenderaan. Nombor pendaftaran kereta yang dipasang pada kenderaan mestilah mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Untuk merujuk saiz plet nombor kenderaan bermotor, anda boleh rujuk entri ini - Peraturan Pemasangan Plet Pendaftaran Nombor Kenderaan Bermotor JPJ 2014

Saya harapkan ramai pembaca dan pengunjung alert benda ni memandangkan ia merupakan satu kesalahan. Dah dah lagi ... operasi 1 november 2014 adalah operasi besar-besaran. Tak mustahil akan ada yang kena saman. Nanti abis pula duit bonus akhir tahun angkara nak bayar saman dan kompaun ini.

Sumber: Laman Web JPJ Malaysia

Semoga bermanfaat. Kongsikan menggunakan FB Like Share dan juga Google+. Ada twitter? Klik butang tweet.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

19 Komen

sebelum nak pasang tinted atau apa-apa aksesori pun better check dulu sama ada menjadi kesalahan kan?

Tp knp kedai aksesori tidak dipantau pula..

siapa yang rasa2 nak pasang lampu HID tu...fikir-fikirkan la...memang naya je kalau terserempak dengan JPJ...

bila tunjuk gambar strobe light, baru saya tau yg mana. :p tapi kadang2 memang rasa terganggu juga bila memandu malam2 n ada yg pasang lampu2 mcm nie. nak2 kalau lampu brek yg dah diubahsuai n berliplap. sakit mata orang keter belakang..

peraturan cermin gelap ni... diperhatikan sering berubah-ubah ikut cuaca ataupun ikut kuasa...

dua hari lepas baru pi mengadap JPJ. Kalau la JPJ pn dapat pantau kedai aksesori kan best...

peh...denda tidak lebih 500..kopak duit kalau kene..hihihih

2 minggu je pastu terus naik saman maks RM250? Belum masuk GST lagi tu...nak soru pun tak lepas pak...

kereta saya memang tinted tak gelap tak risau engan peraturan ini.

utk cermin gelap jelaslah sekarang, rasanya ok hingga 70% utk cermin sisi belakang tu. cuma lampu hid untuk kereta import recond tak diperjelaskan sebab yg luluskan JPJ juga sebelum masuk Malaysia.

Hmm saya pun ada pasang pada kereta tapi saya akan tanya penjual tu .. benda ni lulus ehhh .. pastu saya check ketelusan cahaya dia.

Lampu HID tu memang saya tak berkenan pun dari dulu. Sbb tak ada motif pun nak pasang semata nak hias kereta je

Kena cari alternatif la gitu ... kena cari sumber income halal yang lain.

jangan melawan...JPJ pun dah bertolak ansur tu..ikut je peraturan..kalau tak sendiri rugi kena koyak tinted

Apa beza Strobe Light dengan Day Light?..

Strobe Light yang dimaksudkan dalam banyak warna, bukan seperti Day Light. Ia juga berkeadaan berganti warna untuk jenis tertentu. Boleh refer pada JPJ untuk persoalan dan jawapan lebih tepat.

Difahmakn operasi 1 November cuma kena kompaun tak lebih RM300.

Gambar yg anda tunjuk untuk lampu itu adalah LED bukan HID.. Info anda tidak betul.. Lagi pon jadilah blogger yg bertanggungjawab dgn menunjukkan dimana anda cut N paste image itu kerana anda seperti mencuri hasil kerja orang lain.

Gambar tersebut diambil daripada pamplet yang telah diedarkan oleh pihak JPJ. Saya hanya jalankan tanggungjawab menyebarkan kandungan pamplet tersebut untuk pengetahuan ramai menerusi blog ini.

Dokumen pamplet tersebut boleh anda akses dan muat turun menerusi pautan JPJ ini - http://www.jpj.gov.my/documents/10157/2a0911ee-91df-429a-a155-35e72c88036e

Terima kasih.


EmoticonEmoticon