Bijak Temuduga

Puteri-Puteri Rasulullah S.A.W

The Bidadari 2014 - Puteri-Puteri Rasulullah S.A.W

Puteri-Puteri Rasulullah S.A.W. “Berapa orangkah anak perempuan Rasulullah S.A.W?” Semasa di bangku sekolah lagi, para ustaz dan ustazah gemar mengajukan soalan ‘trivia’ ini kepada anak muridnya semasa mengajar topik Sirah. Mungkin ketika itu, dengan buku teks yang terpampang di depan mata, masing-masing berlumba-lumba untuk menjawab. Soalan yang mudah.

“Namakan pula nama anak perempuan Rasulullah!” Bunyi soalan kedua. Lantas terngiang-ngiang nasyid kanak-kanak mengenai nama-nama puteri Baginda. Ada yang menjawab ala-ala nyanyian nasyid tersebut. Sungguh menggirangkan.

Namun jika soalan yang sama diajukan ketika ini kepada kita - seorang dewasa Muslim yang membaca artikel mengenai puteri-puteri Rasulullah S.A.W; adakah kita mampu menjawab sepantas dahulu ketika di sekolah? Bagaimana pula dengan soalan kedua mengenai nama-nama mereka? Sejauh mana keyakinan dengan jawapan yang diberikan? Muktamad?

Tahniah kepada yang berjaya. Malu pada yang tidak. Apakah tanda, apakah maknanya? Benar kasih dan cintakan Rasul sekiranya soalan mudah sebegitupun masih ragu-ragu untuk dijawab?

Tenanglah. Tiada istilah terlambat untuk belajar. Semuanya terpulang samada mahu ataupun tidak.

Puteri-Puteri Rasulullah S.A.W

The Bidadari 2014 Puteri-Puteri Rasulullah S.A.W
Menurut Rusydi Ramli Al-Jauhari melalui bingkisan beliau bertajuk Biografi Agung Rasulullah S.A.W, Rasulullah dikurniakan tujuh cahaya mata, empat perempuan dan tiga lelaki. Atas kuasa Allah yang Maha Pengasih, kesemua anak lelaki Baginda meninggal dunia semasa kecil lagi.

Walaubagaimanapun Allah telah mengizinkan empat puteri Baginda berkembang mekar menjadi mawar agama yang indah bernama Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalsom dan Fatimah. Ya. Empat nama ini merupakan nama puteri Rasul junjungan mulia. Berbanggalah sesiapa yang berkongsi nama serupa.

Zainab

Zainab adalah anak hasil perkahwinan dengan Khadijah R.A. Lahir ketika Rasulullah S.A.W berusia 30 tahun, Zainab merupakan anak perempuan yang paling tua. Beliau memeluk Islam sejurus detik kerasulan bapanya walaupun suaminya, Abi Al-Ash bin Al-Rabi’ belum memeluk Islam. Beliau berpisah dengan suaminya selama enam tahun sebelum dinikahkan semula setelah suaminya menerima Islam. Zainab wafat pada tahun keislaman suaminya.

Ruqayyah

Ruqayyah, wanita tabah bersuamikan Atbah bin Abi Lahab diceraikan dalam keadaan suci tanpa disetubuhi kerana turun ayat Allah S.W.T dalam Surah Al-Masad yang berbunyi, “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.” Atas dasar kebencian yang menggunung oleh bapa mertuanya Abu Lahab, Atbah dipaksa untuk menceraikan Ruqayyah dengan tragis. Ruqayyah kemudiannya berkahwin dengan pemuda idaman Uthman bin Affan.

Ummu Kalsom

Ummu Kalsom sedikit sebanyak merasai pengalaman yang sama seperti kakaknya Ruqayyah. Beliau juga pernah berbapa mertuakan Abu Lahab, diceraikan dalam keadaan yang sama, berlandaskan ayat Al-Qur’an yang sama dan akhirnya bersuamikan orang yang sama iaitu Uthman bin Affan setelah kematian Ruqayyah.

Fatimah Al-Zahra

Fatimah Al-Zahra pula lahir ketika masing-masing sedang sibuk membina semula Kaabah. Beliau berkahwin dengan Sayidina Ali dan wafat dua bulan setelah kewafatan Rasulullah S.A.W. Hati Fatimah pernah hancur apabila melihat bapanya yang sedang sujud dilemparkan kotoran jijik. Beliaulah yang membersihkannya sambil melaknat si pelaku yang tidak berhati perut.

Empat srikandi bertuah kesayangan Rasulullah S.A.W ini masing-masing memiliki peristiwa hidup istimewa di sepanjang dakwah Baginda. Air mata yang tidak tertanggung lagi, perasaan yang sering diusik, semangat teguh berpaksikan cinta kepada Allah dan Rasul, segalanya tulus ditujukan walaupun sering diuji oleh mereka yang kejam melukai bapa mereka yang mulia.

Izin Allah S.W.T, mereka telah dikurniakan zuriat keturunan yang masih kekal sehingga ke hari ini. Suatu legasi Rasul mulia yang suatu ketika dahulu pernah menjadi bahan ejekan kononya telah terputus waris, kini gah ke sana ke mari menghidupkan sunnah dan ajaran Baginda. Benar, seorang wanita itu mampu melahirkan satu ummah. Seorang wanita itu juga berperanan besar dalam membentuk pemimpin masa hadapan ummah.
Akademi iMuslim Malaysia, sebuah badan Pendidikan Islam tempatan yang berpusat di Shah Alam, Selangor mengambil peluang ini untuk menyediakan ruang bagi pencari ilmu khususnya para wanita dengan menganjurkan konvensyen Islamik tahunan yang dinamakan ‘The Bidadari’.

Bertemakan ‘Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah S.A.W’, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh di kalangan para Muslimah dalam memainkan peranan sebagai pembentuk ummah sejagat. Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju Allah, berkisarkan kisah tauladan daripada para isteri dan puteri Rasulullah SAW serta para sahabat.

Perhimpunan Wanita Terbaik Seluruh Asia

Sepanjang tiga tahun lalu, Konvensyen ini telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai satu program yang signifikan dan kini diiktiraf sebagai perhimpunan wanita terbaik di seluruh Asia. Buat kali ketiga di Malaysia, Konvensyen ‘The Bidadari’ bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 dan 31 Ogos 2014.

Konvensyen ini akan turut diserikan dengan ‘School of Sahabah’, sebuah pengisian mantap oleh barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa. Temui Prof. Dr. Muhaya, Ustazah Fatimah Syarha dan ramai lagi berserta duta ‘The Bidadari’ seperti Mizz Nina, Natasha Hudson dan Ummi Nazeera.

Aktiviti menarik untuk kanak-kanak, gerai jualan dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan.

Barisan Penceramah The Bidadari 2014



Baru-baru ini saya telah adakan satu kuzi kontest ringkas untuk berikan 2 tiket percuma, wang tunai RM100 dan juga sepasanga telekung sulam Vietnam, tetapi nampaknya tiada siapa yang berminat untuk dapatkannya. :)

Mungkin ramai mahu hadir ke Konvensyen The Bidadari dengan usaha dan tiket bayar sendiri. Untuk itu, anda boleh dapatkan tiket ke konvensyen ini dengan dapatkan info menerusi Facebook The Bidadari di sini - https://www.facebook.com/konvensyenbidadari


Jumpa anda di sana .. in Sha Allah.

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Nama

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,42,Advertorial,112,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,7,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,3,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,360,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,7,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,24,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,275,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,18,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,46,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,64,Holiday Tips,2,Homestay,1,Hotel,10,House Husband,632,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,583,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,30,Kekeluargaan,62,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,76,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,240,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,13,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,303,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,12,Pendapat,34,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,46,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,23,petua kehidupan,7,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,49,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,475,Semesti,2,SENI,3,Shopping,101,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,11,Tempat Menarik,167,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,87,Tips Blogging,308,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,50,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,33,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,100,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE: Puteri-Puteri Rasulullah S.A.W
Puteri-Puteri Rasulullah S.A.W
The Bidadari 2014 - Puteri-Puteri Rasulullah S.A.W
http://4.bp.blogspot.com/-gOCVJFxRsNI/U-B_Sg_dyyI/AAAAAAAA5GM/kYHjDZ_jk2I/s1600/tiket-percuma-konvensyen-thebidadari-2014.png
http://4.bp.blogspot.com/-gOCVJFxRsNI/U-B_Sg_dyyI/AAAAAAAA5GM/kYHjDZ_jk2I/s72-c/tiket-percuma-konvensyen-thebidadari-2014.png
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE
http://www.hasrulhassan.com/2014/08/puteri-puteri-rasulullah-saw.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2014/08/puteri-puteri-rasulullah-saw.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy