Langkau ke kandungan utama

Wanita Syurga

Wanita Syurga - Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah S.A.W - Hari ini saya ingin kongsikan sebuah artikel cukup menarik mengenai wanita syurga. Satu pengisian yang boleh dikongsikan kepada semua, baik untuk wanita mahupun lelaki. Bagi wanita, tentulah menjadi impian dan harapan untuk menjadi bidadari dan wanita syurga. Bagi lelaki, tentulah menjadi impian untuk berdamping dengan bidadari dan wanita syurga.

Dalam sirah Nabi Muhammad S.A.W telah terkandung kisah dan cerita mengenai wanita syurga ini. Mereka adalah srikandi mulia di sisi Rasulullah. Mereka merupakan wanita cukup hebat dalam dunia Islam. Dan sepatutnya muslimah di Malaysia malah satu dunia patut mencontohi srikandi-srikandi ini. Para muslimah pasanglah impian terhebat untuk berada di syurga Allah S.W.T. Dan buat lelaki, baik suami, ayah mahupun abang, pimpinlah wanita-wanita anda jalan yang lurus untuk berada di samping wanita-wanita syurga ini. In Sha Allah.
Gambar Sekadar Hiasan

Wanita Syurga - Srikandi Mulia di Sisi Nabi Muhammad S.A.W

Wanita Syurga - Khadijah a-Khuwailid

Siapakah wanita yang sanggup mendermakan seluruh hartanya pada saat semua orang enggan memberinya? Siapakah wanita yang mampu memberikan Rasulullah S.A.W keturunan? Siapakah wanita yang bijak meneguhkan hati seorang suami pada saat semua orang membencinya? Semua jawapan ini terhimpun pada Khadijah a-Khuwailid. Terangkat kemuliaannya sebagai murabbiah paling terang daripada segenap gugusan bintang.

Wanita Syurga - Aishah

Aishah R.A merupakan wanita pertama di hati Rasulullah S.A.W selepas Khadijah R.A. Wanita
ini memiliki tujuh kelebihan yang tidak dimiliki wanita lain kecuali kelebihan yang diberikan Allah kepada Maryam binti ‘Imran. Aishah R.A lebih memilih kesederhanaan walaupun seringkali dilimpahkan kekayaan. Dia pernah membahagi-bahagikan 70,000 dirham wang perak padahal pada waktu yang sama dia menampal jahitan pakaiannya.
Gambar Sekadar Hiasan

Wanita Syurga - Ummu Salamah

Siapa pula gerangan wanita tabah yang mekar berbapakan seorang tokoh Quraisy yang dermawan dan pemurah? Wanita ini dengan penuh kecekalan hati mendukung anak dari buaian lalu membawanya menaiki unta. Biarpun tiada sesiapa yang menemani perjalanan panjang yang melelahkan dan berisiko tinggi itu, namun si ibu tekad meneruskan perjalanan untuk menyusuli suaminya demi menyatukan kembali cinta tiga beranak itu di Madinah. Itulah Ummu Salamah. Tokoh wanita agung yang ternukil dalam Siyar A’lam Al-Nubala’ hasil nukilan Imam Al-Zahabi.

Wanita Syurga - Fatimah

Suatu hari, Rasulullah S.A.W memberitahu Fatimah R.A bahawa dia bukanlah wanita pertama yang masuk ke syurga. Fatimah sangat sedih dengan perkhabaran itu dan cemburu kepada wanita tersebut. Fatimah tertanya-tanya, apakah amalan wanita itu sehingga beliau layak menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga? Nekad untuk berjumpa dengan wanita yang bernama Muti’ah, Fatimah akhirnya diizinkan masuk ke rumah wanita itu pada hari ketiga lawatannya untuk menyelidik keistimewaan atau amalan wanita tersebut. Fatimah kagum dan terharu dengan layanan istimewa yang diberikan oleh Muti’ah kepada suaminya. Rasulullah memujuk Fatimah dengan mengkhabarkan Muti’ah ialah wanita yang akan menjadi penarik kudanya di syurga nanti. “Maka sebab itu dia akan masuk dahulu, namun hakikatnya engkaulah Fatimah wanita pertama yang masuk ke syurga,” Rasulullah memujuk sambil memandang Fatimah dengan penuh kasih.

Wanita Syurga - Zainab binti Khuzaimah

Terdapat seorang isteri Rasulullah S.A.W yang tidak berkesempatan meriwayatkan sebarang hadis kerana singkatnya hidup bersama Baginda. Walaubagaimanapun beliau tidak pernah menyembah berhala kerana keislamannya sejak dalam buaian lagi. Muslimah ini telah menyaksikan perjuangan Islam dan cabaran-cabarannya sejak awal kemunculan dan diberi julukan ‘Ummul Masakin’ yang bermaksud ‘Ibu Orang Miskin’. Itulah Zainab binti Khuzaimah. Zainab sedar, Rasulullah S.A.W telah berkorban untuk menikahinya demi menafkahi dan melindunginya. Justeru itu, dia menyibukkan diri dengan menyantuni orang miskin selain beribadah kepada Allah SWT.

Terlalu banyak srikandi mulia di sisi Rasulullah S.A.W yang kisah kehidupannya wajar diselusuri untuk diteladani oleh wanita muslimah di zaman ini. Dalam setiap pancaroba yang dilalui, pastinya boleh dikaitkan dengan pengalaman eksklusif para wanita syurga yang diharungi hanya berpaksikan kesetiaan terhadap Allah dan Rasul. Masih ramai yang belum dapat dikenali, inikan pula untuk dihayati.
Wanita Syurga - HASRULHASSAN.COM
Gambar Sekadar Hiasan

Akademi iMuslim Malaysia

Akademi iMuslim Malaysia, sebuah badan Pendidikan Islam tempatan yang berpusat di Shah Alam, Selangor mengambil peluang ini untuk menyediakan ruang bagi pencari ilmu khususnya para wanita dengan menganjurkan konvensyen Islamik tahunan yang dinamakan ‘The Bidadari’. Sepanjang tiga tahun yang lalu, Konvensyen ini telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai satu program yang signifikan dan kini diiktiraf sebagai perhimpunan wanita terbaik di seluruh Asia.

Konvensyen The Bidadari 2014

Bertemakan ‘Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah S.A.W’, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh di kalangan para Muslimah dalam memainkan peranan sebagai tonggak pemimpin masa hadapan ummah. Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju Allah, berkisarkan kisah tauladan daripada para isteri Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
Srikandi di sisi Rasulullah - The Bidadari 2014

‘The Bidadari’ merupakan sebuah festival, ekspo dan bengkel ilmu yang menyasarkan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang ilmu dan agama. Diadakan buat kali ketiga di Malaysia, Konvensyen ‘The Bidadari’ bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 dan 31 Ogos 2014.

Dua hari yang sarat dengan keilmuan menjanjikan peluang untuk mengetahui dan mengambil ibrah srikandi mulia di sisi Rasulullah S.A.W. Di samping itu, Konvensyen ini akan turut diserikan dengan ‘School of Sahabah’, sebuah pengisian mantap oleh barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa. Topik-topik yang akan dibincangkan adalah mengenai para sahabat hasil didikan Rasulullah S.A.W melalui perjalanan dakwah, panduan dan kepimpinan yang sentiasa relevan dengan cabaran semasa.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kira-kira 3,000 orang peserta dijangka hadir ke Konvensyen ‘The Bidadari’ pada kali ini. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui www.thebidadari.com dengan harga tawaran sebanyak RM 100 sehingga 31 Julai 2014. Aktiviti menarik untuk kanak-kanak, gerai jualan dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan.

Sumber dan Rujukan:

1. Aisyah Binti Abu Bakar R.A – Isteri yang Kreatif Mempamerkan Cintanya, Fatimah Syarha Mohd Noordin, Solusi Isu No. 22
2. Zainab binti Khuzaimah – Dua Bulan Menjadi Isteri Nabi S.A.W, Fatimah Syarha Mohd Noordin, Solusi Isu No. 29
3. Wanita Pertama Masuk ke Syurga, Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood, Solusi Isu No. 42
4. Ummu Salamah – Terpisah Cinta 3 Beranak, Fatimah Syarha Mohd Noordin, Solusi Isu No. 31
5. Khadijah al-Khuwailid – Isteri Terbaik, Fatimah Syarha Mohd Noordin, Solusi Isu No. 23



Komen Pembaca ...

  1. wow wanita syurga..insyallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemputlah hadir ke Konvensyen tersebut .. ada isteri saya nanti .. :)

      Padam
  2. SubhanALLAH.... suka baca tentang wanita2 syurga ni.. sangat memberi inspirasi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah .. jemputlah hadir nanti ... :)

      Padam
  3. saya berharap isteri saya menjadi wanita syurga..

    BalasPadam
  4. nice sharing...semoga anda wanita sekalian menjadi wanita syurga. Amin.

    BalasPadam
  5. InsyaAllah semoga ena dapat menjadi anak yang solehah untuk parents, family dan suami ena... Nice sharing abg HH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, ada kesempatan datanglah ke Konvensyen ini...

      Padam
  6. saya suka sangat baca cerita2 pasal wanita syurga ni. kalau dekat sekolah dulu, seronok betul beli buku banyak-banyak pasal bidadari syurga. sedangkan kawan berbangsa India pun berminat dengan cerita macam ni. ^^,

    dulu nak pergi konvensyen tu tapi tak ada rezeki. moga kali ni adalah...

    BalasPadam
  7. Ramai tokoh2 terkemuka di Malaysia akan menyerikannya. Rugi kalau tak mai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu .. rugi kalau tak datang ... in Sha Allah, saya akan berikan peluang untuk pengunjung dan pembaca blog ini nanti untuk pergi.

      Padam
  8. Rugi kalau tak sertai, susah nak dapat peluang hebat macam ni....

    BalasPadam
  9. wah menarik ni.... boleh jumpa bidadari :)

    BalasPadam
  10. sungguh mulia wanita syurga. Memang benar semua wanita dambakan syurga untuk hidup yang abadi...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.