Teknik Menurunkan Alexa Rank Kurang 24 Jam!

Ujikaji menurunkan ranking Alexa kali ini memang terbukti berjaya. Hanya dengan guna satu teknik sahaja, saya telah berjaya menurunkan Alexa Rank blog ini kurang 24 jam! Saya ramalkan ia akan ambil masa lama, tapi rupanya teknik ini memang terbukti sangat berkesan. Dan anda sebagai blogger yang mahu meningkatkan kredibiliti blog anda patut mencuba teknik ini.

Teknik menurunkan ranking Alexa kurang 24 jam ini betul-betul buat saya terkejutlah. Saya mulakan dengan print-screen rank Alexa blog ini lebih kurang jam 2 pagi waktu Malaysia, kedudukan ketika itu dalam Malaysia adalah 240 dan secara global adalah 33321. Anda boleh tengok seperti saya tampilkan di bawah ini.

Teknik Perbaiki Rank Alexa Kurang 24 Jam!

Teknik Menurunkan Alexa Rank Kurang 24 Jam!
Kemudian, dengan hanya melakukan satu teknik menurunkan rank Alexa, jam 9 pagi ini 20 Ogos 2014, saya buat print-screen rank Alexa sekali lagi, dan nyata ada perubahan ketara ... dari rank in Malaysia berada 240 menjadi atau turun menjadi 216! Dan tarafan ranking Alexa bagi global rank jatuh menjadi 32,328. Satu peningkatan ranking yang saya sendiri tak duga.
Teknik Menurunkan Alexa Rank Kurang 24 Jam!
Apakah satu-satunya teknik yang saya gunakan sehingga menghasilkan perubahan ranking Alexa yang ketara ini?

Satu Teknik Rank Alexa Jatuh Dari 240 Menjadi 216 Kurang 24 Jam!

Sepertimana saya telah nyatakan dalam tips blogging sebelum ini, antara cara untuk membolehkan blog disenaraikan rank terbaik dalam Alexa ialah dengan meletakkan widget Alexa Rank di dalam blog.

Memang dibuktikan.

Saya memasang widget Alexa Rank di kesemua halaman blog ini dan hasilnya nyata seperti saya tunjukkan di atas. 24 anak tangga berjaya blog ini naik kurang 24 jam! Kebetulan 24 anak tangga kurang 24 jam.

Sebelum ini, saya hanya letakkan widget ini di dalam bahagian pengiklanan blog ini agar menjadi rujukan buat para pengiklan yang mahu mendapatkan servis pengiklanan. Teknik itu nampaknya kurang nampak hasil menurunkan rank Alexa, cuma lebih kepada maintain rank di bawah 250 sahaja. Nyata, apa yang saya belajar dan praktikkan ini membuahkan hasil yang nyata, terbaik ialah ia ambil masa kurang 24 jam!

Jadi, anda patut mencuba dan letakkan widget Alexa Rank ini di dalam blogspot anda. Ianya adalah percuma, anda tidak perlu langgan mana-mana pakej dalam Alexa. Anda boleh ikuti tutorial dan dapatkan kod HTML Rank Alexa (klik) yang telah saya kongsikan sebelum ini.

Tapi sebelum anda pasang widget tersebut, pastikan blog anda telah didaftarkan dengan Alexa. Saya berikan juga cara nak lakukan secara percuma di entri ini - Cara Daftar Blog Aleza Rank Versi 2014

Cubalah, dan nanti kongsikan kepada saya kejayaan anda memperoleh ranking terbaik blog anda setelah memasang widget ini.

Nak lagi bertambah berkesan, pasanglah widget Alexa Toolbar di pelayar internet anda. Serius ia beri impak yang luar biasa nanti.

In Sha Allah, ia akan bermanfaat untuk blog anda.


{ 19 comments.. read them below or add one }

nurul harnani nurul harnani August 20, 2014
terima kasih. kira hebat blog dlm 2++ tu. tahniah :)
hpmurah2u hpmurah2u August 20, 2014
blog ni memang hebat sangat..tahniahhh
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah August 20, 2014
Terbaik perkongsian ini sifu HH. Saya ada letak juga kat luar blog saya. Memang berkesan.
Eshamz Halim Eshamz Halim August 20, 2014
Wah... thanks for sharing bro...ok2..saya pun nak cuba lah... :D
yang baik Ishak yang baik Ishak August 20, 2014
saya dah letak juga... ada kesan sampingannya ler...
Ali Wowberita Ali Wowberita August 20, 2014
tq kerana sudi berkongsi
Azmi karim Azmi karim August 20, 2014
terbaik la tuan...terima kasih kerana berkongsi...
Marzuki Mohd Marzuki Mohd August 21, 2014
entri yang penuh dengan fakta..
hafizmd hafizmd September 06, 2014
Tq sifu. Dah pasang dan dah ade kesan positif wpun lambat..
yang baik Ishak yang baik Ishak October 13, 2014
Nak cuba bust entri sekali lagi...
Mak Jemah Jual Vitamin Mak Jemah Jual Vitamin November 17, 2014
best tips ni, dan yang paling best adalah mak jemah akan buat sekarang jugak:)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 17, 2014
Terima kasih kerana mempraktikkannya .. :) semoga berjaya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 17, 2014
Kan.. saya dah kata, ia akan berikan kesan ... alhamdulillah, tak sia-sia saya tulis entri ni
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 17, 2014
Sama-sama .. moga ia bermanfaat buat Azmi ...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.