Cara daftar blog untuk berada dalam Alexa rank 2014. Ada blogger yang bertanyakan kepada saya, bagaimana nak daftar blog untuk ranking Alexa. Sebelum ini, saya pernah tulis di entri ini - Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa

Tetapi yang tu lama punya versi, jadi untuk Alexa versi 2014 ini dah ada beberapa kelainan yang membuatkan ramai blogger terutama blogger baru lost in menu.... hehehe.. jadi, dengan masa terhad ada ini, saya akan kongsikan cara nak daftar blog untuk Alexa rank.

Saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana nak daftarkan blogspot anda. In Sha Allah, saya akan buat sehabis baik semoga anda faham dan tak sesat ... hahaha.. ok? Nanti, jika ok, sila silalah like ehhh dan share apa yang patut.

Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014 Langkah Demi Langkah

Langkah pertama - Daftar diri anda sebagai pengguna Alexa. Paling mudah, daftar menerusi Facebook. Untuk daftarkan diri, sila ke pautan ini - http://www.alexa.com
Langkah kedua - Dah daftar, masukkan pula url blog anda. Masukkan di kotak Enter a site dan tekan Go seperti gambarajah di bawah ini.
Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014
Langkah 3 - Anda akan nampak statistik asas yang diberikan oleh Alexa. Tapi, anda masih belum claimed blog anda lagi. Lihat contoh di bawah ini. Saya daftarkan blog Exam Kerjaya Kerajaan. Apabila nampak page seperti di bawah, sila skrol ke bawah sehingga anda nampak bahagian yang ada butang Edit Site Info seperti gambarajah kedua yang dipaparkan di bawah ini.
Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014
Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014
 Langkah 4 - Klik Edit Site Info dan paparan di bawah akan keluar. Klik Claim This Site.
Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014
Langkah 5 - Apabila anda klik butang tadi, paparan di bawah akan keluar. Akan keluar 3 pilihan untuk anda claimed blog anda tadi. Jika anda menggunakan blogspot, maka pilihan nombor 2 adalah yang paling mudah. Pilihan 1 selalunya untuk blog wordpress atau hosting sendiri.

Klik nombor dua, dan akan papar cara nak claimed blog anda. Satu kod HTML diberikan untuk anda masukkan ke dalam HTML blogspot anda.
Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014
Langkah 6 - Buka HTML blogspot anda, dan letakkan kod HTML yang diberikan oleh Alexa tadi. Ianya adalah kod HTML satu baris. Letakkan ia selepas bahagian head seperti saya tunjukkan di bawah ini. Mudah je kan?
Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank 2014
Selesai.

Harap dapat bantu mana-mana blogger baru nak dapatkan rank Alexa ini bagi blog masing-masing. Bagi memudahkan anda lihat ranking blog anda dan blog orang lain setiap hari, boleh install toolbar Alexa yang telah saya sediakan ini di sini - Toolbar Alexa untuk Blogger Blogspot

Kepada yang dah muat turun dan install, saya ucapkan terima kasih. Jika ada apa-apa berkaitan toolbar itu yang nak tambah apa-apa, sila beritahu.

Siap cara daftar blog dengan Alexa versi 2014.

Selamat mencuba.



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

22 Komen

great piece of sharing abang HH...

Reply

mula-mula memang pusing juga kepala nak buat..tapi kalau dah biasa memang tak ada apa punya

Reply

Terima kasih atas perkongsian ini

Reply

Mesti register dulu baru dapat ranking? I thought dia automatik kira... Hmmm..

Reply

Terima kasih tuan atas info ini. Sangat berguna. Namun, saya ada satu persoalan. Selepas bahagian head di kod html tu yg saya tdak berapa faham. Di mana letaknya bahagian head tu sebab saya ada dua bahagian head di kod html saya.

Reply

Head pada pemula ... dalam blogspot HTML hanya ada dua, pembuka dan penutup. Disarankan pada awal head ... <head <--- buka ... </head <-- tutup.

Reply

Jika nak cepat, daftar .... jika blog anda memang trafik gila2 hebat sampai juta-juta satu hari, tak perlu daftar.

Reply

Lihat contoh saya di atas tu, jelas rasanya di mana nak letakkn kod ALexa tu.

Reply

dah buat dah.. time kasih bro..

Reply

Dulu dah ada akaun Alexa ni. Tapi bila nak daftar akaun baru untuk blog lain mcm pening sikit sebab Alexa dah lain sekarang. Kena bayar. Kan?

Reply

Tak masih lagi percuma .... yang bayar tu utk yang pakej dia tu. :)

Reply

syok tengok ranking alexa menjunam selepas register

Reply

Laaa..kena claim site dulu ke? hahaha..ok,thanks for this useful information tuan :)

Reply

Boleh. Saya sendiri claim lebih daripada 2-3 blog ...

Reply

terima kasih sangat membantu..^_^

Reply

Assalamualaikum.. saya dah daftar, terima kasih encik Hasrul Hassan panduan diatas. http://www.azmiabdullah7.blogspot.com/

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.