Nampaknya ramai rakan blogger yang teruja dengan nombor yang dipaparkan oleh Alexa. Ramai yang sedar, angka yang dipaparkan oleh Alexa boleh menjadi penunjuk aras kekuatan sesebuah blog. Jika angkanya kecil, maka baguslah untuk blog tersebut. Ini adalah kerana angka kecil Alexa menunjukkan kedudukan trafik blog itu dalam alam maya.

Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa

Ranking Alexa Malaysia Tidak Dipaparkan

Tetapi, ada rakan blogger yang susah hati, apabila mereka dah daftar dengan Alexa, tiada angka atau ranking Alexa blog mereka dipaparkan. Terutama untuk ranking Alexa yang menunjukkan kedudukan berdasarkan negara. Untuk itu, saya akan beritahu cara dan sebab mengapa angka atau ranking itu tidak muncul selepas diletakkan widget paparan Alexa Rank dalam blog.

Pertama sekali, anda perlu daftarkan blog anda, dan claim site terlebih dahulu. Ikuti langkah yang saya paparkan di bawah ini, dan jangan risau ehhh .. perkhidmatan ini adalah percuma (perkhidmatan asas).

Daftar dan Login Alexa

Anda perlu login ke Alexa.com di pautan ini - http://www.alexa.com. Jika belum pernah daftar, anda boleh terus daftar dengan mudah menggunakan akaun Facebook anda; atau boleh sahaja mendaftar percuma menggunakan email. Apabila dah daftar, paparan di bawah akan keluar.
Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa

Claim Blog Anda

Setelah anda masuk ke akaun Alexa yang telah anda dibuat, maka seterusnya anda perlu masukkan blog anda untuk diindeks oleh Alexa. Untuk itu, anda perlu claim blog anda dengan memasukkan kod tertentu di dalam blog anda.

Klik bahagian Dashboard dalam Alexa. Paparan di bawah akan keluar. Jika belum ada blog, maka ia akan kosong, jika dah ada blog yang didaftarkan seperti saya ... maka paparan di bawah ini akan keluar. Ia akan senaraikan blog-blog yang telah anda daftarkan dalam Alexa untuk menerima ranking.
Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa
Jika blog belum daftar, anda klik bahagian yang ada dipaparkan di bahagian tersebut. Klik +Add a Site, dan anda akan dibawa ke bahagian yang meminta anda untuk pilih plan yang ada. Pilih yang percuma, tapi kalau ada duit lebih, leh je ambik plan lain.... hehehe... saya ambil percuma sebab belum ada modal nak ambil plan lain yang lebih berbaloi.
 
Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa
Klik je Sign Up dan kemudian paparan berikut pula akan keluar yang meminta anda masukkan URL blog atau laman web anda. Setelah anda masukkan URL blog anda dan klik continue, anda akan dibawa ke bahagian di mana anda perlu claim blog anda itu.

Anda perlu claim sebagai menunjukkan blog atau laman web tersebut adalah milik dan kendalian anda. Paparan seperti di bawah akan keluar untuk memberitahu cara anda boleh claim blog anda bagi diberikan ranking Alexa.

Ada dua pilihan diberikan kepada anda. Untuk blogspot, saya syorkan ambil pilihan kedua (option 2).
Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa

Claim Blog Dengan 3 Cara Diberikan

Dalam pilihan kedua, ditunjukkan 3 cara berbeza untuk anda letakkan verification ID Alexa blog anda ke dalam HTML. ID Alexa tersebut perlu diletakkan di bahagian atas head blog anda seperti yang ditunjukkan  Pilih mana-mana yang sesuai tetapi saya syorkan anda letakkan cara nombor 2 yang saya birukan seperti di bawah ini.
Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa
Setiap blog atau laman web ada verification ID Alexa yang berbeza. Jangan gunakan ID sama untuk blog anda yang lain. Jika mahu blog yang lain ada ranking Alexa, sila ikuti langkah tadi dari awal.

Buka dashboard blogspot anda, klik bahagian template, dan edit HTML. Masukkan kod tadi dalam blog anda. Selesai dimasukkan anda perlu ke dashboard Alexa tadi, dan klik Verify My Id. Apabila dah disahkan, ia akan keluar satu paparan pengesahan bawah butang tadi (lihat gambar di atas). Malah, butang claimed juga akan kelihatan di bahagian atas. Kemudian klik butang Continue.

Jangan Lupa Masukkan Malaysia

Paparan di bawah akan keluar. Isikan semua butiran yang disediakan, termasuklah Alexa Traffik Rank in Country - pilih Malaysia. Untuk Public Contact Information, masukkan butiran yang anda rasa selamat nak diberikan. Cukup sekadar letak nama anda di Site Owner (letak nama sama dengan Google Profile). Masukkan juga nama bandar, negeri serta poskod. Juga letakkan butiran Country dan email (sama dengan email untuk blog anda lebih baik).
Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa
Klik Save & Continue. Dah selesai. Nanti anda akan nampak listing blog anda di dashboard tetapi tanpa sebarang ranking Alexa yang dipaparkan. Untuk info, ranking Alexa akan ambil masa, jadi bersabar. 

Dari pengalaman saya, jika blog anda memang ada trafik tinggi yang cukup baik, maka akan cepatlah anda nampak ranking blog anda. Jika tidak, ia akan ambil masa sedikit.

Seandainya blog anda menjadi seperti di bawah ini, jangan risau ehh .. ini menunjukkan bahawa blog anda belum ada cukup trafik yang membolehkan ia berada di dalam ranking terutama ranking Malaysia. Usaha lebih lagi untuk tingkatkan trafik bagi melihat angka-angka yang lebih kecil dipaparkan.
Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa
Oh ya, jika anda mahu cara mudah nak tahu ranking Alexa sesebuah blog atau laman web, anda boleh muat turun OHBlogger Bar yang telah saya sediakan. Anda boleh dapatkan menerusi entri ini - Klik Sini.

Entri ini ditulis sebagai mengubat keresahan seorang rakan blogger yang bertanyakan pada saya di Page blog ini di Facebook.
Cara Bolehkan Blog Dapat Ranking Alexa
Nasihat saya, walaupun anda dah daftar lama, tetapi jika tak buat perkara-perkara di atas, Alexa tidak akan dapat index blog anda bagi memberikan ranking.

Semoga entri ini dapat mencerahkan pemahaman mengenai ranking Alexa yang penting bagi menunjukkan kekuatan blog anda - terutama untuk pengiklan.

Update: Sekarang dah ada update terbaru, dan saya dah buat post terbaru berkaitan bagaimana nak daftarkan blog guna Alexa di sini -Cara Daftar Blog Dalam Alexa Rank Versi 2014 Ia percuma.



28 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih HH :) sangat membantu. dah tak risau lagi. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, terima kasih kerana sudi bertanya ... seronok dengan mereka yang mahu mencari ilmu ni ..

      Padam
  2. makin bnyk ilmu dikongsikan, makin ramai yg akan suka jadikan blog ni sbgai tempat rujukan :)

    BalasPadam
  3. penting ke alexa ni..saya tak pernah tahu sgt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penting kalau nak dapat job/event/iklan best2 .... kalau ranking tinggi setara dengan akhbar online Malaysia ni .. leh la anda letak harga iklan dalam blog .. sampai ribu seminggu pun boleh.

      Padam
  4. ranking alexa sy makin turun ada lahhuhuhu

    BalasPadam
  5. Wah baru jumpa info ni. Thanks kerana kongsikan di sini...

    BalasPadam
  6. Info yang menarik untuk semua terutama untuk blogger baru..

    BalasPadam
  7. terima kasih atas infonya sangat bagus entri ini untuk blogger baru

    BalasPadam
  8. Penerangan yang begitu detail, awesome!

    BalasPadam
  9. semoga boleh dipraktikkan......nice info..

    BalasPadam
  10. Terima kasih infomasi yang berguna.

    BalasPadam
  11. alexa, salah satu tools untuk advertiser cari blog popular kat malaysia ni. thanks atas tutorial ni.

    BalasPadam
  12. baru je buat beberapa ari lepas hehe

    BalasPadam
  13. kadang2 konfius gak dgn ranking alexa ni.. haha

    BalasPadam
  14. bagus tutorial yang senang difahami..

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari PORTAL ILMU

    BalasPadam
  15. tak ada yang free dah....baru nak buat...cet..

    BalasPadam
  16. kalau ambik free trial kan? nanti lepas free tuh kena bayar setiap bulan ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna ni memang free sejak bertahun dah ... tak pernah kena paksa ambil mana-mana yang kena bayar. Yang saya beri ni memang free.

      Padam
  17. Assalammualaikum,
    Saya nak tanya sekarang plan tu memang dah takde yg free ke? basic pon alexa dah kenakan bayaran. Or ada alternatif lain yg boleh tengok ranking blog kita selain alexa?
    Terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya masih gunakan yang FREE .. ada .. saya ada terangkan dalam entri ini - http://www.hasrulhassan.com/2014/05/cara-daftar-blog-dalam-alexa-rank-2014.html

      Bahagian bawah entri di atas kat ada tu .. link ...hoho ... ENTRI LAIN YANG MUNGKIN BERKAITAN .. hoho ...

      Padam
  18. Terima kasih atas penerangan yang diberikan. Cukup bagus untuk newbie seperti saya.

    BalasPadam
  19. Terima kasih untuk entri ini. Sangat membantu. Memang dah lama tercari-cari :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement