Ujikaji menurunkan ranking Alexa kali ini memang terbukti berjaya. Hanya dengan guna satu teknik sahaja, saya telah berjaya menurunkan Alexa Rank blog ini kurang 24 jam! Saya ramalkan ia akan ambil masa lama, tapi rupanya teknik ini memang terbukti sangat berkesan. Dan anda sebagai blogger yang mahu meningkatkan kredibiliti blog anda patut mencuba teknik ini.

Teknik menurunkan ranking Alexa kurang 24 jam ini betul-betul buat saya terkejutlah. Saya mulakan dengan print-screen rank Alexa blog ini lebih kurang jam 2 pagi waktu Malaysia, kedudukan ketika itu dalam Malaysia adalah 240 dan secara global adalah 33321. Anda boleh tengok seperti saya tampilkan di bawah ini.

Teknik Perbaiki Rank Alexa Kurang 24 Jam!

Teknik Menurunkan Alexa Rank Kurang 24 Jam!
Kemudian, dengan hanya melakukan satu teknik menurunkan rank Alexa, jam 9 pagi ini 20 Ogos 2014, saya buat print-screen rank Alexa sekali lagi, dan nyata ada perubahan ketara ... dari rank in Malaysia berada 240 menjadi atau turun menjadi 216! Dan tarafan ranking Alexa bagi global rank jatuh menjadi 32,328. Satu peningkatan ranking yang saya sendiri tak duga.
Teknik Menurunkan Alexa Rank Kurang 24 Jam!
Apakah satu-satunya teknik yang saya gunakan sehingga menghasilkan perubahan ranking Alexa yang ketara ini?

Satu Teknik Rank Alexa Jatuh Dari 240 Menjadi 216 Kurang 24 Jam!

Sepertimana saya telah nyatakan dalam tips blogging sebelum ini, antara cara untuk membolehkan blog disenaraikan rank terbaik dalam Alexa ialah dengan meletakkan widget Alexa Rank di dalam blog.

Memang dibuktikan.

Saya memasang widget Alexa Rank di kesemua halaman blog ini dan hasilnya nyata seperti saya tunjukkan di atas. 24 anak tangga berjaya blog ini naik kurang 24 jam! Kebetulan 24 anak tangga kurang 24 jam.

Sebelum ini, saya hanya letakkan widget ini di dalam bahagian pengiklanan blog ini agar menjadi rujukan buat para pengiklan yang mahu mendapatkan servis pengiklanan. Teknik itu nampaknya kurang nampak hasil menurunkan rank Alexa, cuma lebih kepada maintain rank di bawah 250 sahaja. Nyata, apa yang saya belajar dan praktikkan ini membuahkan hasil yang nyata, terbaik ialah ia ambil masa kurang 24 jam!

Jadi, anda patut mencuba dan letakkan widget Alexa Rank ini di dalam blogspot anda. Ianya adalah percuma, anda tidak perlu langgan mana-mana pakej dalam Alexa. Anda boleh ikuti tutorial dan dapatkan kod HTML Rank Alexa (klik) yang telah saya kongsikan sebelum ini.

Tapi sebelum anda pasang widget tersebut, pastikan blog anda telah didaftarkan dengan Alexa. Saya berikan juga cara nak lakukan secara percuma di entri ini - Cara Daftar Blog Aleza Rank Versi 2014

Cubalah, dan nanti kongsikan kepada saya kejayaan anda memperoleh ranking terbaik blog anda setelah memasang widget ini.

Nak lagi bertambah berkesan, pasanglah widget Alexa Toolbar di pelayar internet anda. Serius ia beri impak yang luar biasa nanti.

In Sha Allah, ia akan bermanfaat untuk blog anda.


19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih. kira hebat blog dlm 2++ tu. tahniah :)

    BalasPadam
  2. blog ni memang hebat sangat..tahniahhh

    BalasPadam
  3. Terbaik perkongsian ini sifu HH. Saya ada letak juga kat luar blog saya. Memang berkesan.

    BalasPadam
  4. Wah... thanks for sharing bro...ok2..saya pun nak cuba lah... :D

    BalasPadam
  5. saya dah letak juga... ada kesan sampingannya ler...

    BalasPadam
  6. terbaik la tuan...terima kasih kerana berkongsi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama .. moga ia bermanfaat buat Azmi ...

      Padam
  7. Tq sifu. Dah pasang dan dah ade kesan positif wpun lambat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. saya dah kata, ia akan berikan kesan ... alhamdulillah, tak sia-sia saya tulis entri ni

      Padam
  8. Nak cuba bust entri sekali lagi...

    BalasPadam
  9. best tips ni, dan yang paling best adalah mak jemah akan buat sekarang jugak:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana mempraktikkannya .. :) semoga berjaya.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement