2 Rahsia Naikkan Alexa Rank Malaysia

Ini satu rezeki bagi blog ini, telah berjaya melepasi 500 rank Alexa Malaysia. Kali ini, rekod baru untuk blog ini dalam tahun 2014, berjaya berada di tangga 142. Buat masa ini, ianya adalah tahap terbaik bagi blog ini.

Sebelum ini, saya ada berkongsi tips untuk menaikkan ranking Alexa blog. Kali ini, saya nak bagitahu rahsia sebenar sebuah blog berjaya naik ke ranking terbaik, yang telah saya praktikkan. Ia memang cara pantas, dan paling best .. sebaik sahaja dibuat, ranking akan terus naik sehingga 20-50 peratus.
2 Rahsia Naikkan Alexa Rank Malaysia

2 Rahsia Naikkan Alexa Rank Malaysia

Inilah rahsia yang telah saya gunakan sejak sekian lama untuk naikkan ranking Alexa.

Tulis Blog Post Berkaitan Alexa

Pertama sekali, anda perlu kerap menulis mengenai Alexa. Tulis dalam blog anda berkaitan perkara-perkara berikut:
  • Kedudukan Alexa Rank blog anda. Letakkan juga widget Alexa dalam entri blog anda itu. Tak tahu nak letakkan widget Alexa? Boleh rujuk tutorial ini - Kod HTML Pasang Widget Alexa
  • Tulis mengenai manfaat dan kebaikan punyai rank Alexa seperti blog post ini - Kelebihan Alexa untuk Blogger
  • Buat penyenaraian blog-blog atau laman web berdasarkan rank Alexa.
  • Pastikan setiap blog post itu ada pautan atau link ke laman web Alexa.
  • Promosikan widget serta toolbar Alexa.

Guna Tool Bar Alexa

Rahsia kedua, saya telah mengguna-pakai tool bar yang disediakan oleh Alexa. Cuma bezanya, saya telah customize tool bar tersebut untuk kegunaan sendiri. Secara tidak langsung anda membenamkan satu backlink kepada Alexa. Jadi, pepatah lama mengatakan, orang berbudi kita berbahasa. Kita guna tool bar Alexa, tentu dan pastilah Alexa suka.

Anda belum lagi gunakan tool bar Alexa? Boleh baca di blog post ini - Cara Mudah Ketahui Ranking Alexa dan anda boleh muat turun percuma satu tool bar Alexa custom-made untuk blogger.

Cubalah, kerana baru-baru ini ramai blogger yang gunakan teknik ini telah berjaya perbaiki rank Alexa blog mereka.
2 Rahsia Naikkan Alexa Rank Malaysia

Selamat berjaya.




{ 21 comments.. read them below or add one }

Kucing Hitam Kucing Hitam April 28, 2014
Saya dh malas nk ikut ranking alexa dh kelam kabut tp noce sharing
Ahmad Akmal Ahmad Akmal April 28, 2014
Tips yang bagus, terbaik...
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah April 28, 2014
saya tangguh dulu ranking Alexa kerana ada agenda tersendiri yang perlu dilaksanakan..
eyriqazz eyriqazz April 28, 2014
Pandangan peribadi, antara tips paling pantas antaranya anjurkan contest dan dapatkan backlinks..dulu pernah cuba, dari 800+ ke 300+ kurang dalam masa 2 bulan...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 28, 2014
Terima kasih banyak ... moga blog travel FF akan makin mantap .. in Sha Allah.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 28, 2014
Saya pun pernah ada yang kelam kabut juga.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 28, 2014
Terima kasih Ahmad Akmal .. jangan lupa untuk mencubanya nanti.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 28, 2014
Terima kasih Zamani Abe.
Aku Penghibur Aku Penghibur April 28, 2014
terima kasih ilmunya^_^
hazmanfadzil hazmanfadzil April 28, 2014
Hurmmm..... gua nak cuba dulu la dan tengok samada ianya berikan kesan bagi blog makanan....
Lobam Lobam April 28, 2014
Terbaik bang. Tahniah. Tumpang bangga sekejap.
yang baik Ishak yang baik Ishak April 28, 2014
pinjam idea sikit... tapi mana boleh lawan otai kan... :D
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 28, 2014
Pedulikan OTAI BANAI tu .. leh lawan, lawan je ... saya suka ...asalkan beri kebaikan pada diri sendiri dan orang lain.
Norain Yusoff Norain Yusoff April 28, 2014
wow.. next time ain nak cuba wat entry sal alexa.. tq bro hasrul :D
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy April 28, 2014
Boleh try ni..skrg nie ranking agak kelam kabut skit sbb entry jarang update
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal April 29, 2014
Assalammualaikum.. bro HH,

terima kasih atas tips2 yang diberikan nie,... boleh cuba.

mselim3
reezluv reezluv April 29, 2014
lupa plak nak letak alexa, sebab browser aku dah ada SEOQuake...ahaa
Khir Khalid Khir Khalid April 29, 2014
Tips & nasihat yg sungguh bermanfaat HH.. t kasih!
Farisya Anastasyia Farisya Anastasyia July 26, 2014
tips yang berguna HH.akan cuba praktikkan nanti :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.