Peluang baik terbuka untuk buat bisnes baju kurung raya. Bisnes jual baju kurung memang setiap tahun akan ada permintaan yang tinggi, malah kalau diikutkan, ia merupakan bisnes yang hot dua kali dalam setahun. Kerana apa? Ini adalah kerana ada dua sambutan hari raya - Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Bisnes baju kurung raya sering mendapat perhatian kerana sudah menjadi kelaziman dan lumrah di perayaan tersebut, masing-masing mahu tampil dengan pakaian baru lagi cantik. Jadi, sudah ada permintaan sangat banyak untuk baju kurung.

Bisnes Baju Kurung Raya 2017

Peluang Buat Duit Sampingan Jual Baju Kurung Raya
Nak lagi best, ada pembeli baju kurung yang bukan memdapatakan atau membeli sepasang baju kurung, tetapi lebih daripada itu. Yang mungkin nak lagi menyerlah di hari raya, sampai sanggup beli 3-4 pasang baju kurung.

Bisnes baju kurung satu bisnes menguntungkan kerana anda boleh buat duit dengan keuntungan sehingga 100 peratus. Perghhh ... boleh kata balik modal, dan buat untung berganda-ganda. Bisnes baju kurung boleh jadi lubuk duit setiap tahun jika anda tahu cara dan kaedahnya.
Bisnes Baju Kurung Raya

Menarik tak? Jika anda otak berniaga, tak payah lagi susah payah dah nak fikirkan benda ni. Saya tahu ramai antara anda bijak congak matematik mudah. Bisnes ini antara paling mudah, dah lagi sudah ada permintaan tinggi setiap tahun. Permintaan dah ada .. cuma perlu dilakukan adalah menunaikan permintaan tersebut.

Jadi, mungkin anda mencari peluang untuk tambah duit poket atau nak jana income sampingan menerusi bisnes baju kurung ini, tetapi tak tahu cara yang sebaiknya, anda boleh dapatkan panduan 100 peratus untuk bisnes baju kurung ini.

Bisnes baju kurung anda boleh lakukan samada secara online atau offline. Dan paling best, boleh dilakukan hanya dari rumah. Semua orang ada peluang dapat income lebih sempena raya 2014, tak kiralah anda pelajar, surirumah, penganggur, seorang suami, atau peniaga sekalipun.

Boleh jual di pejabat, boleh jual di blog, boleh jual di facebook, boleh jual di pasar malam, boleh jual di pasar ramadan, boleh jual dari rumah .... mana-mana sahajalah, lebih-lebih di bulan Ramadan yang selalunya orang nak cara mudah nak dapatkan sesuatu .... ehemmm ...
Tak mahu ke sudah ada bisnes yang sudah ada ramai pelanggan ni? Boleh berpandukan ini - Cara Buat Bisnes Baju Kurung

Bukan setakat anda mudahkan orang lain untuk kelihatan cantik menarik di pagi raya, tetapi anda juga dapat gembira dengan persiapan hari raya tahun 2014 yang lebih meriah dari sebelumnya. Lagi-lagi bila sampul hijau anda boleh hulurkan dengan kertas warna merah terisi di dalamnya ...

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. isteri sy pun menjahit... lagi sebulan dua nak ramadan memang tak menang tangan...dan belanja raya pun lumayan, tak payah sy keluar duit, semua dia yg belanja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm kan bagus .... isteri saya pun time2 dkt ramadan, akan mulalah yang bertanya.

      Delete
  2. mmg untung meniaga baju kurung waktu raya,, walau ramai yang meniaga,, apa2 pun rezki masing2 kan,, jangan dengki, dan iklas meniaga tu penting.

    ReplyDelete
  3. memang untung... ade satu hari xsempat nk stdy.. cbuk sgt handle bisnes tudung..^^ banyak permintaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm best kan ... untung dari benda yang kita suka buat

      Delete
  4. Baju.kurung moden ada kah?hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada kot ... :) nak jadikan ia moden, letaklah manik2 ..

      Delete
  5. Baju kurung sememangnya antara produk raya yang mendapat impak paling besar. Disamping itu tudung, baju melayu dsbnya tidak kurang hebatnya permintaan. Kami di +dunia tudung artie natasha sentiasa mengingatkan rakan niaga supaya bersedia lebih awal malah 3 bulan sebelumnya perayaan. Ia juga bagi memudahkan pengurusan stok tudung mereka ketika mengadakan jualan dan seterusnya menikmati amal ibadat di bulan ramadhan kelak.

    Rezeki memanglah milik masing2, namun tanpa strategi berkesan, produk menjadi carian & usaha, bisnes mana2 pun tidak akan kemana, lebih2 lagi tatkala peluang yang ruang lebih terbuka di hari perayaan. Oleh itu sentiasa bertindak bijak dengan melihat persekitaran bagi memastikan sesuatu projek perniagaan itu akan lebih berkaja.

    Informasi di kongsikan oleh saudara sememangnya dapat membantu pembaca dan bersiap sedia dalam mengharungi bisnes ketika perayaan. Tks share dan salam sayang dari Artie Natasha <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih .. :) semoga lebih ramai usahawan online tudung berjaya

      Delete
  6. Kenapa takde ye link ebook tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement