Hari tu dah rasai pengalaman menarik shopping di Zalora. Kali ini, saya mencuba untuk beli belah online di Lazada pulak. Nak tengok adakah servis yang diberikan sama terbaik sepertimana yang telah saya rasai bersama Zalora Malaysia. Jom shopping .... ada sale hari ini sahaja weihhh ....

Oh, kalau tak baca mengenai pengalaman beli belah online saya menerusi Zalora Malaysia, boleh baca di entri ini - Pengalaman Pertama Shopping Online di Zalora Ada cerita menarik di sebalik pengalaman pertama saya tersebut .. hehehe... semuanya sebab ketidakcerdikan saya...

Pengalaman Pertama Beli Belah Online Lazada Malaysia

Shopping Lazada Malaysia

Beli Belah Hasil Duit Blogging

Hasil dari duit blogging, saya belikan satu tablet untuk anak saya. Almaklumlah, hari ini ada diskaun khas 90% di Lazada. Hari ini sahaja ok .... esok lusa tak ada dah. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk hadiahkan sesuatu kepada anak-anak duit hasil saya menulis blog dan advertorial. Kalau sesapa yang ada teringin nak minta khidmat saya tulis review atau advertorial, jangan segan untuk email saya di blogger.hasrulhassan[@]gmail.com ehhh .... saya berikan harga spesial untuk hari ini sahaja. Hari ini sahaja ye .... kalau nak tengok harga yang saya letak, boleh tengok di ruangan Pengiklanan dan Advertorial.

Saya pilih untuk bayar COD iaiti Cash on Delivery. Bukan apa, saya perlu periksa produk itu dahulu. Kalau nanti bila terima ada rasa tidak puas hati, boleh saya pulangkan balik tanpa bayar apa-apa.

Hari ini saya order, saya jangkakan esok petang (27 hb Februari) akan terima barang yang telah saya pesan. Saya harap begitulah. Kalau tidak, ehemmm ...... :)

Kalau servis bagus, tentu saya akan rekomen, ye tak?

Oh ya, hari ini sahaja ada special offer yang saya katakan tadi .. nak jenguk produk apa yang ada diskaun best ... boleh klik banner di bawah ini.





36 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya pun dah mula2 meninjau lazada... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe... :) hari ini sahaja ada diskaun 90 peratus

      Padam
  2. Ramai orang cakap, barangan disana agak murah dan servis yang memuaskan hati.

    ZH Blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa awal2 je derang ada problem skit ... tapi lepas tu ok dah sbb derang peka dengan komplen pembeli ...

      Padam
  3. Kalau shopping kat zaloran atau Lazada, tak boleh guna Paypal dalam matawang USD k?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada guna Paypal di Zalora .... tapi ia deducted dari akaun kalau dalam matawang sama.... kalau tak dia akan caj pada kad debit.

      Padam
  4. mcm COD tp esok ptg brg dijangka sampai..maksud tu pegi jupe org tu atau mcm mn? hehehe (cbuk plak kan nak tahu) hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti. Sebb ini pengalaman pertama. Tapi kalau dengan Pos Malaysia, kita kena ambil di pejabat serahan .... nanti bayar kat situ.

      Kalau GDex mungkin masa terima tu kena bayar. Kita boleh buka dulu barang utk tgk ok ke tak ...

      Padam
    2. Tidak. Setakat yang saya tahu, dia gunakan GDex, kalau untuk COD dia akan gunakan TAQBIN.

      Padam
  5. shopping online nie memang best... hehe...

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Itulah pasal... takpe ... kita tgk camner ...

      Padam
  7. Sy ada wat tempahan brg tp xdpt apa2 email dr lazada.. Mcm ne ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh telefon Lazada jika ada masalah. Email pun boleh.

      Padam
  8. kalau kita order smartphone dalam berapa hari kita akan terima barang yang kita order......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung dengan tempat. Tapi bagi saya yang duduk di Parit Buntar, Lazada ambil masa dalam sehari sahaja untuk barang sampai. Pagi ni kita beli, petang dah keluar dari gudang, dan petang esoknya akan sampai jika tiada masalah.

      Padam
  9. berkaitan dengan COD (cash on delivery) saya tinggal di ayer keroh melaka adakah berkhidmatan COD ini boleh digunakan di ayer keroh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda kena rujuk semasa pembelian, mana2 tmpat yang tak boleh COD dia tak akan keluar COD tu.

      Padam
  10. beli kat lazada tak mungkin ditipu kan????????????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena lihat apa yang dimaksudkan dengan ditipu tu. Anda kena baca entri saya mengenai Penipuan Lazada. :)

      Padam
  11. saya rujuk product yang saya hendak beli,ia menyatakan bahawa CASH ON DELIVERY NOT AVAILABLE FOR THIS PRODUCT jika ada sebarang kerosakan pada produk tersebut bolehkan ia diganti semula dan jika product yang saya beli tidak sampai dalam masa yang ditetapkan apa yang perlu saya lakukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ganti jika produk rosak, asalkan jangan rosakkan kotak dan pembungkusan dia. Bila produk tidak sampai, perlu rujuk dengan kod penghantaran, sebaik sahaja kita dah buat pembelian, Lazada akan hubungi menerusi email dan berikan kod tracking.

      Padam
  12. selepas bank in duit adakah kos penghantaran diambil kira.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembayaran jika ada dinyatakan kos penghantaran, termasuklah sekali.

      Padam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Asalamulaikum sy inggin bertanya kalau buat pembayar di 7eleven boleh ke..sy was2 ylh sya pertama kali inggin mencuba shopping lazada secara on9 kn..sy duduk melakaraya,di melaka tempoh penghantaran ambik masa berapa lame ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh .. tak ada masalah. Tak perlu was-was, kalau rasa tak selamat boleh buat cara lain, tapi in Sha Allah .. selamat. Untuk tempoh penghantaran, ikut produk yang dibeli, sbb dalam Lazada ada banyak seller .. dan setiap mereka bukan semestinya dari malaysia, dan gunakan khidmat penghantaran berbeza.

      Anda akan cuma dapat tahu mengenai masa penghantaran bila dah nak bayar, dalam cart shopping akan beritahu bila barang anda dijangka sampai.

      Padam
  15. Asalamulaikum sy inggin bertanya kalau buat pembayar di 7eleven boleh ke..sy was2 ylh sya pertama kali inggin mencuba shopping lazada secara on9 kn..sy duduk melakaraya,di melaka tempoh penghantaran ambik masa berapa lame ye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement