Mana boleh tak ada modal kalau nak berbisnes ni, semua tu tak logik! Erkkk ... ye ke tak logik? Sebenarnya ada je cara nak jana income online tanpa modal ni, terutama buat mereka yang ada blog, ada akaun di laman sosial. Betul, memang ada. Ada banyak sumber buat duit online tanpa modal, cuma ada yang tak perasan sangat. Mengapa? Sebab mereka tak mahu nak buat duit online. Hanya mereka yang serius nak jana income online sahaja yang akan cari lubuk buat duit ini.

Tak Logik Jana Pendapatan Online Tanpa Modal

Ada yang tidak percaya bahawa boleh dapat income dan berniaga tanpa perlu sesen pun. Saya sejak awal berblog dah ada kepercayaan memang boleh jana income sampingan tanpa modal ini. Pada masa itu, saya hanya bersandarkan blog sahaja untuk cuba jana income yang diinginkan. Kini, dah ada platform seperti Facebook dan Twitter yang dapat bantu lagi dalam penjanaan income tanpa modal ini.
Make Money Online with Affiliate

Ok, buat mereka yang aktif dengan blog (mahupun tidak aktif), ada Facebook, ada Twitter ... anda perlu tahu, bahawa terdapat sumber-sumber yang percuma untuk anda mendapatkan pendapatan sampingan secara online ini.

Malas nak berkata lebih panjang, saya teruskan sahaja niat berkongsi kepada anda.

Affiliate

Menerusi affiliate, anda daftar percuma, cari produk, dan kemudian promosikan. Promosikan menerusi blog, laman sosial mahupun secara offline. Ada URL disediakan khas untuk anda promosikan. Apabila ada jualan produk yang dipromosikan, anda bakal terima komisen. Ada komisen RM2, ada RM15, ada RM50, ada yang memberikan anda komisen sehingga 60% daripada harga produk ... tidakkah itu berbaloi? Lagi-lagi bila anda tidak sedikitpun perlu keluarkan apa-apa modal dalam bentuk wang!

Nak tahu mengenai affiliate? Cuba tonton video yang telah disediakan ini. Ianya percuma, tak perlu bayar apa-apa pun. Tonton mengenai affiliate di sini - Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah
Jana income online tanpa modal tak logik

Platform Media ChurpChurp dan 8Share

Ok, cara kedua menerusi dua platform ini - ChurpChurp dan 8Share. Dua platform ini membolehkan anda sebagai pemilik akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram menerima komisen hasil perkongsian yang disediakan. Daftar juga percuma. Anda tidak perlu keluar duit sesen pun untuk menjana income bersen-sen ... malah beringgit-ringgit.


Daftar percuma di dua pautan yang disediakan di bawah, pilih salah satu atau kedua-duanya sekali. Tak rugi apapun. Lagi anda daftar kedua-duanya, maka lagi banyak sumberlah anda boleh jana income online tanpa modal.


Jana income online tanpa modal tak logik

Seterusnya lakukan promosi, kongsikan iklan yang ada, kongsikan informasi yang menarik, tulis di blog, tulis di Facebook, tweet di akaun Twitter. In Sha Allah, jika ada yang klik, mana tahu akan jana income yang buat anda tersenyum setiap hari .... walaupun ia hanya RM0.20 sen, RM2.00 atau RM10 sehari, serius tanpa modal yang perlu anda fikirkan!

p.s: Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, dua platform ini sangat sesuai buat blogger baru yang nak belajar cara jana income online

12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum...

    Perbezaan pemahaman penggunaan istilah "tanpa modal" adalah berbeza pada tiap seorang antara kita.

    Seperti yang pernah saya kongsikan dalam ceramah/forum keusahawanan apabila dijemput oleh Kolej Komuniti Selandar, Melaka dalam forum anjuran mereka, saya katakan jangan terlalu letakkan "modal duit" sebagai halangan untuk berniaga atau menjana pendapatan. Modal adalah subjektif, bukan hanya sekadar bersandarkan pada nilai matawang sahaja.

    Contoh modal yang selain dari kewangan ialah :

    1.Modal - Kesabaran
    2.Modal - Mempunyai Ramai Kenalan
    3.Modal - Petah bercakap atau bertutur
    4.Modal - Kreatif (fikiran)
    5.Modal - Paras rupa/wajah yang cantik, bersih, lawa, kacak
    6.Modal - Keberanian

    Itu cuma sebahagian jenis-jenis modal yang saya kongsikan dalam forum berkenaan. Jika dikaitkan pula dengan menjana pendapatan melalui "online", ia berkaitan dengan modal masa, modal internet (walaupun guna internet percuma), modal komputer (walaupun komputer pinjam) dan modal ilmu (yang diperolehi dari pembacaan atau belajar secara terus dari sumber).

    Dan antara modal-modal yang saya nyatakan itu, ada yang saling berkaitan dan menentukan jenis perniagaan atau cara yang bakal kita jalankan untuk mencipta pendapatan sampingan.

    Kemudahan awam yang disediakan kerajaan tempatan juga memainkan peranan dalam erti kata "menjana pendapatan online". Contohnya di bangunan UTC Melaka, pihak K-Ekonomi negeri Melaka menyediakan pusat ICT dengan kemudahan komputer dan internet yang boleh digunakan oleh orang awam secara percuma.

    ReplyDelete
  2. tanpa modal nampaknya..memang membunuh perkataan ini kan?tapi ramai dah buktikan. Apa susah..dropship skang kan dah makin femes..

    selain tu, kalau ada buat servis, memang hanya memerlukan skill sahaja..contohnya, skill buat blog,skill seo,skill design...itu semua tiada modal diperlukan kalau ada kemahiran..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Modal yang nak kena ada tu bukan bersifat duit la, tapi nak ada ilmu, ilmu sekrang mana ada yang FOC.

      Delete
  3. Tu dia brother Reezluv yang kacak dan kaya dah komen ;)

    ReplyDelete
  4. wah tips menarik ni..kita xpernah try lg aff tu huhu

    ReplyDelete
  5. setuju..lagi satu..modal yang paling utama adalah 'diri sendiri'.,. sama ada mahu bertindak atau tidak..kadang-kadang manusia ni suka beralasan..belum cuba lagi tapi dah beri respon yang negatif..even RM 0.20 pun duit juga kann..

    ReplyDelete
  6. Zara dftr 8share ngan nuffnang ntuk jana pdapatan mlalui blog.. mgkin ada yg pndnag remeh nntuk 0.20 stiap klik tu.. xpa.. sikit2 pon lama2 jadi bukit =)

    ReplyDelete
  7. Program Affliate amat sesuai untuk disertai kerana tidak perlu modal.

    ReplyDelete
  8. Kalau modal dari segi wang ringgit tu memang ada pilihan sama ada nak keluarkan atau tak.

    yang penting sekali ialah modal dari segi masa dan pengetahuan :-)

    ReplyDelete
  9. Bg i ap yg kita nk cari income untuk menambahkn lg pendapatan. Klau nk besar maka usaha dia kna lbih. Ok

    ReplyDelete
  10. Setuju dengan Sabree Hussin. Memang ada yang tak perlukan modal untuk buat biz di internet.. Tapi kalau tak ada ilmu susah juga...dan 1 lagi modal kerajinan...susah oo nak cari ilmu kat internet ni...juling mata.. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat duit online tanpa modal memang begitu, modal duit tak ada tapi nak kena ada modal ilmu dan kerajinan.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement