Dah cantik. Dah dapat peluang. Dah pun dikenali ramai. Malah ada peminat tersendiri, jadi tidak pelik jika blogger cantik jelita ini berada di dalam calon top 5 ABPBH2013. Blogger ini memang terkenal. Bukan blogger biasa. Saya boleh katakan dia sudah menjadi idola ramai blogger di Malaysia. Dan saya pasti, 9 daripada 10 pengunjung blog ini mesti pernah walaupun sekali singgah dan baca blog Hanis Zalikha.

Ya, tahniah diucapkan kepada blogger yang mempunyai paras dan wajah mempesona ini. Tahniah kerana berjaya menjadi top 5 kategori artis baru wanita popular dalam ABPBH2013. Satu pencapaian peribadi cukup manis saya fikir untuk Hanis Zalikha.

Blogger Cantik Calon Top 5 ABPBH2013

Blogger Cantik Calon Top 5 artis baru popular ABPBH2013

Saya tak nak komen pasal kerjaya artis Hanis Zalikha. Maaf, saya tidak arif.

Tapi, kalau bakat menulis blog. Memang Hanis Zalikha hebat. Itu sebab dia popular. Jadi, kalau ada kategori blogger wanita popular ABPBH2013 ... mungkin boleh menang dan memang sesuai dengan dirinya.

Menerusi blog, saya fikir dengan mudah Hanis Zalikha boleh meraih sokongan daripada pengunjung dan pembaca blognya. Ramai tu yang nak lihat si Hanis naik pentas .....

Dunia blog dah makin meriah. Saya juga sering ketengahkan blog-blog selebriti tertentu. Bukan setakat pelakon, penyanyi .. malah ada blogger di kalangan penulis lirik, penggubah lagu, penulis skrip drama. Antara yang saya nak sebut seperti Bicara Mak Dara, Zarul Umbrella, Nizam Ijam dan beberapa lagi.

Sekali lagi tahniah pada blogger cantik Hanis Zalikha atau lebih mesra dipanggil KekNis kerana berada dalam top 5 pelakon baru wanita popular ABPBH2013.


16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Untunglah badan..pakej semua lengkap..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma ada satu benda yang tak lengkap pada Hanis Zalikha .. :)

      Delete
  2. Betul kalau pakej x lengkap x naik punya hanis zalikha tu..

    ReplyDelete
  3. Oh... ada jugak contest 'Blogger Cantik' bukan setakat blog yang cantik..tapi blogger dia pun? :D
    Maaf saya masih baru... dan ini maklumat baru yang saya dapat :) dan belajar... Tahniah juga kepada blogger Hanis Zalikha kerana dicalonkan Top 5 Blogger Cantik ABPBH2013 :D

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ya, tahniah pada dia .. rezeki dia nak jadi popular kot gitu

      Delete
  5. tahniah hanis zalikha....

    ReplyDelete
  6. tahniah hanis zalikha....

    ReplyDelete
  7. Rezeki dia.. alhamdulillah.. semoga menjadi inspirasi kpd yg lain.. tahniah!!

    ReplyDelete
  8. Allah kurniakan bakat dan rupa paras.. semoga akan bertudung suatu hari nanti. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Panduan Bisnes di Shopee

Advertisement


Rahsia Bisnes Tudung

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement



Panduan Ternak Kambing