Langkau ke kandungan utama

Muslim Niaga Dropship Produk Islamik

Jika mencari platform niaga produk Muslim berbentuk dropship, maka wajarlah anda pilih Muslim Niaga. Jika anda seorang yang memang mencari cara buat duit online, tentu dah tahu mengenai dropship. Ia merupakan cara anda jana pendapatan sendiri menerusi penjualan produk fizikal orang lain. Ok, saya tak nak cerita mengenai dropship, mungkin lain kali saya terangkan, tetapi saya mahu highlight mengenai Muslim Niaga.
Muslim Niaga berniaga di Pasar Khadijah, Kelantan
Muslim Niaga - Pasar Khadijah oleh Ghani Harun
Muslim Niaga adalah sebuah portal yang menyediakan servis kepada mereka yang mahu memulakan bisnes berbentuk dropship. Ini bermakna, anda pilih produk, anda tetapkan harga (atau guna harga jualan yang disediakan), promosikan produk, pembeli beli produk, beza harga jualan dengan harga anda dapat/beli menerusi Muslim Niaga adalah keuntungan anda. Dan proses hantar barang atau produk dilakukan oleh Muslim Niaga.

Dengan kata lain, anda jadi agen pemasaran kepada produk-produk yang dijual menerusi portal niaga untuk muslim. Faham kan?

Muslim Niaga Dropship Produk Islamik Online

Muslim Niaga

Laman web Muslim Niaga bukan satu laman web dropship biasa. Apa yang saya nampak ialah ia turut memberikan atau menyediakan satu laman web niaga sendiri untuk mereka yang mendaftar. Ia ibarat sebuah kedai online dengan dilengkapi pelbagai sumber sokongan, ada borang tempahan dan ada sistem bayaran. Cuba lihat apa yang pihak mereka sediakan di Muslim Niaga.
Muslim Niaga - Jenis Perkhidmatan

Contoh Kedai Online Peniaga Dropship Muslim Niaga

Choppp ... nak lebih jelas, saya kemukakan salah satu contoh kedai online menerusi Muslim Niaga yang dimaksudkan itu. Contoh seperti di bawah ini:
Contoh Kedai Online oleh Muslim Niaga
Bukan setakat kedai online yang dibuat khas untuk anda, tetapi saya difahamkan mereka turut sediakan servis lain seperti Rekabentuk (Design), Kursus Latihan Online (Training Online), Pembekal, Seminar Mentor Dropship, Latihan (Train) Usahawan dan Trading.

Muslim Niaga pernah ditampilkan dalam Astro Awani dalam rancangan Bisnes Alternatif.

Dropship Produk Islamik

Apakah produk Islamik yang diniagakan dalam Muslim Niaga? Ini satu persoalan yang saya sendiri tak dapat nak jawab. Mungkin dengan catatan ringkas saya ini, pihak berkenaan boleh lakukan sesuatu supaya Muslim Niaga benar-benar dapat memberikan kelebihan terbaik untuk mereka yang mahu bisnes online menggunakan konsep dropship.

Harap adalah sedikit butiran mengenai produk dropship yang dijual.

Kemudian, bukan semua orang faham mengenai apa itu dropship. Sebagai sebuah laman web yang sediakan servis berkaitan dropship, perlu tampilkan penerangan dropship di awal paparan. Bila mereka yang berminat telah faham, barulah berikan butiran mengenai servis-servis yang ada kaitan dengan dropship.

Perletakkan Video Muslim Niaga

Terkejut saya bila buka-buka terus bergema suara video yang diselitkan. Harap dapat dilakukan sesuatu pada video itu supaya tidak ganggu pengunjung pertama kali yang mahu ketahui menerusi pembacaan di Muslim Niaga.

Oklah, cukup rasanya saya dok komen pasal laman web Muslim Niaga ini. Jika anda punyai minat mahu menjana income sampingan menerusi dropship, maka maklumat di bawah ini mungkin boleh membantu anda.
Contest SEO Muslim Niaga


Muslim Niaga
No.32-3B
Sunwaymas Commercial Center
Jln PJU 1/3B
47301, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
No Tel: 011-14260161

Facebook: https://www.facebook.com/muslimniaga
Twitter: mndropship

Contest SEO Muslim Niaga ini di anjurkan oleh Farid Laham dan ditaja oleh Muslim Niaga Sumai Hotel Apartment Projek Iqra Farisya Anastasyia Akma Omar Nannie Isa Azhafizah Md Nor Nadia Shaira Shaf’ii Nabila Biela


Komen

  1. dgn adanya diorang ni, dapat la sesetgh orang kita faham ape itu dropship

    Contest SEO Muslim Niaga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pantas ko yer Paly ... :P

      Padam
    2. haha. tau takpe bro. semangat yang macam ini kita mahu. hehe

      Padam
    3. Saya dah baca ulasan pasal menang contest sticker kereta tu .. menarik ... telan gak la beberapa ilmu

      Padam
  2. ribuan terima kasih kerana menyertai contest seo muslim niaga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebb sudi anjurkan kontest SEO Muslim Niaga ni ...

      Muslim Niaga Dropship Produk Islamik

      Padam
  3. selamat berjaya bro hasrul

    BalasPadam
  4. good luck, muslim niaga good bisnes

    http://www.iuzira.com/2014/02/muslim-niaga-dropship-terbaik.html

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Ok SOP .. nampak gayanya makin ramai la nanti mengular dengan keyword Muslim Niaga ni .. :)

      Padam
  6. Goodluck... Solehah pun join juga...

    http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2014/02/muslim-niaga.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goodluck juga pada solehah ....

      Padam
  7. Review yang baik. Semoga berjaya...!

    BalasPadam
  8. Otai dah masuk jugak...good luck

    BalasPadam
  9. semga berjaya bro. blog berautoriti tinggi ni, hebat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishh .. tak abih2 dgn autoriti tinggi .. :P tak ada maknanya ...

      Padam
    2. hahahha. betul lah kan. :D

      Padam
  10. Semoga berjaya bro Hasrul, review yang hebat :)

    BalasPadam
  11. dah lama intai muslim niaga ni...tp xjoin2 lagi nak jadi agen... fulus :3 hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ... seblum ni eddymart pun ada wat

      Padam
  12. aku baru siap buat entri..blom submit kepada urusetia lagi..huk

    BalasPadam
  13. good luck bro.. mesti dpt tempat ni tengok lah rank blog tahap gaban dah ni..hehe...

    www.myinfo4u.net/muslim-niaga-dropship-sistem-terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum tentu lagi ... :) saya tak berharap sangat tapi sedang mencuba untuk menang .. seriusss... :)

      Padam
  14. insyaAllah,ada chance nak mng ni :)

    BalasPadam
  15. alamak otai seo pun join!hehe!good luck :0

    Contest SEO Muslim Niaga

    BalasPadam
  16. Moga dengan adanya platform dropship muslim niaga ini dapat meningkatkan lagi ekonomi penduduk muslim di malaysia khususnya =)

    Jom Terjah : Muslim Niaga : Platform Dropship Produk Islamik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga ramai lagi akan berjaya dalam bisnes online ini - Muslim Niaga Dropship Produk Islamik

      Padam
  17. semoga berjaya dgn contest SEO Muslim Niagat ni bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doakan ... kalau menang alhamdulillah..

      Padam
  18. Semoga bertuah & berjaya HH.. :)

    BalasPadam
  19. semoga kita sama-sama dapat memperkembangkan perniagaan muslim niaga.

    adarain.com

    BalasPadam
  20. Good luck bro.. semoga berjaya.. masih belum ada idea lg nak tulis..

    BalasPadam
  21. Salam... bro buat review tentang Musl Niaga... cukup menarik. Semoga ada rezeki buat tuan.

    BalasPadam
  22. moga berjaya Tuan Hasrul dalam contest ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, terima kasih kerana berikan sokongan ...

      Padam
  23. Muslim Niaga membuka peluang perniagaan yang boleh menjana keuntungan berlipat ganda. Tak perlu pening pikir pasal stok. Juz daftar sebagai ejen n dah boleh berniaga. Terbaik la Muslim Niaga! All d bez saudara HH....

    Muslim Niaga Platform Dropship

    BalasPadam
  24. Tahniah, review yang bagus..semoga berjaya!

    BalasPadam
  25. review yang baik dr otai..sy baru lihat portal muslim niaga tapi belum ada niat lagi nak join.. mungkin nnt akan sertai..

    BalasPadam
  26. Saya x dpt masuk ke portal muslim niaga. Minta pihak tuan berikan linknya. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Link seperti tertera di atas, jika tak boleh masuk, ia diluar bidang kuasa saya, sbb bukan saya pemilik Muslim Niaga.

      Anda kena hubungi syarikat tersebut - ada no telefon yang telah disediakan.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.