15 Julai 2013

7 Sebab Gambar Hilang Dalam Blogspot

As-Salam. Sebelum ini saya ada terbitkan entri atau post mengenai bagaimana gambar dalam blogspot disimpan, maka sekarang saya nak beritahu anda bagaimana gambar-gambar dalam blog tersebut boleh hilang. Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian agar gambar dalam blogspot tidak hilang.

Pernah berlaku di mana blogger mendapati blognya sudah tidak ada gambar latar (background). Malah, hampir kesemua entri atau post dalam blognya yang punyai gambar sudah bagaikan hilang. Ia dipaparkan seperti contoh di bawah.
Ok. Perkara seperti ini boleh berlaku atas beberapa sebab. Dan sebab-sebab itu adalah dinyatakan seperti di bawah ini.

7 Perkara Yang Boleh Menyebabkan Gambar Dalam Blog Hilang

  1. Anda telah menukar setting di album gambar Google+ Profile di mana anda sudah tidak ada shared album.
  2. Anda menukar setting album blogspot anda kepada not-shared.
  3. Anda telah menukar setting album gambar anda di dalam Picasaweb.
  4. Anda telah memindahkan gambar yang ada di dalam direktori album di Google+ Profile dan juga Picasaweb ke album lain.
  5. Anda telah buang atau padam gambar-gambar tersebut menerusi aplikasi di telefon pintar Android anda.
  6. Anda telah mansuhkan akaun Picasaweb di dalam sistem telefon pintar Android anda.
  7. Anda telah tanpa sedar format software gambar dalam telefon pintar Android yang menggunakan Google+ Profiles, secara automatik ia telah dipadamkan.

Jadi, pastikan anda tidak melakukan perkara-perkara di atas agar gambar dalam blogspot anda tidak alami masalah hilang secara tiba-tiba. Ini termasuklah gambar header blog anda!

In Sha Allah, saya akan berikan cara penyelesaian untuk masalah ini di entri yang lain.

Cuba baca - Jika Gambar Dalam Blog Hilang

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

15 Komen 7 Sebab Gambar Hilang Dalam Blogspot

wah ! bru tau..thanks :)

ainim86 Suju delete Julai 15, 2013

Oo..so far belum pernah tukar apa2 setting kat picasaweb. Kalau jadi pun sebab photobucket saya yg dah limit bandwidth

owh.. acam tu rupanya. thanks bro sebab info ni :)

sukmawati binti haron delete Julai 16, 2013

oh...baru tahu ...thanks info setakat nie belum usik apa-apa lagi.....

Princess MOMOY delete Julai 16, 2013

ok baru faham sedikit sebnyak kenapa. itu lah yg kadang2 pelik tetiba je tak ada. bahaya juga pakai andriod


http://www.momoy-blogirl.blogspot.com

kadang2 tak sedar terdelete ermmm

Hmmm ... bila dah sedar, tak guna dah .. huhuhu

Ya. Macam itulah @boni ultra kacak

Terima kasih kerana perkongsiaan ini.

thanks satu perkongsian baik....takut ler nak usik apa-apa kat blog sebab pernah terkena blog tak boleh buka.........haru biru rasanya........

alamak. saya dah terdelete. habis semua gambar yg di upload dari tahun 2010 lagi.

assalam HH.. skrg sy ad masalah baru di blog.. urmm bler sy buka blog di handset sy, sy dapati gmbr2 di blog sy tidak dapat dilihat atau rosak.. tapi bler buka di laptop ataupun computer, gambr2 tersebut dapat dilihat..ini mmbuatkan cstomer2 saya susah utk mmbuka blog sy dgn hanset utk melihat gambar.. harap HH dapat tolog selesaikan masalah sy ini.. Wssalam.. komalaysia.blogspot.com

Aisyah .. tadi saya buka di phone saya .. ok je ... :) kena update browser kat phone tu .. :P

Salam mana link nak mengatasi masalah ni? blh adakan balik tak gambar2 yang dh hilang tu??

Masalah ni sukar untuk diatasi - tetapi boleh baca entri ni - http://www.hasrulhassan.com/2013/09/jika-gambar-dalam-blog-hilang.html


EmoticonEmoticon