Jana Income Online Menerusi Affiliate
Giveaway Best Malaysian Food

02 May 2012

Blogging | Kalau Tak Minat Jangan Buat

As-Salam.
Jika anda tidak ada minat, jangan buat! Begitu juga dalam berblogging. Jika sekadar suka-suka kerana melihat orang lain ada blog, dan anda pun nak ada blog .... blog anda tak kemana. Tapi, alasan ini hanya boleh dipakai jika anda ingin blog anda dikenali dan ramai pembaca. Kalau anda inginkan blog anda punyai ramai pengikut, mahu dilihat oleh ramai blogger, mahu pendapat anda didengari satu dunia ... maka tanamkan minat mendalam dalam dunia blog.

Ada banyak sebab orang suka berblogging. Antaranya, nak berkongsi ilmu dan pengalaman hidup. Ada lak kerana ia adalah salah satu cara untuk dia promosikan bisnes dia secara online. Ada lak kerana blog adalah tempat dia mencari kawan. Ramai lak yang menjadikan blog sebagai satu catatan harian yang menggantikan diari. Terserah. Walau apa pun alasan .... semuanya mesti ada minat. Bila anda minat, anda akan buat yang terbaik. Bila terbaik .... anda suka .. orang lain pun akan suka. Bila dah suka ... blog anda akan ada follower sendiri, dan tak perlu susah payah, orang lain akan promote blog anda.

Betul. Banyak blog yang ada ramai pengunjung, yang ada ramai followers, yang dibaca setiap hari oleh bloggers lain adalah blog-blog yang ditulis oleh mereka yang minat untuk berblog. Penulisan mereka pun tampak menarik walhal ianya hanya kisah jiran mereka yang tercekik tulang!


Jadi, sebelum anda nak berblog. Tanya diri anda - adakah anda berminat nak berblog? Tujuan anda berblog? Dah clear benda-benda tu ... anda lihat pula apa target anda ... sebab dalam apa bentuk kerja yang kita buat, perlu ada tujuan dan target atau misi serta visi. Kalau tidak ..... ianya hanya akan menjadi sampah sahaja, ibarat kita makan nasi lemak bungkus. Tengok nasi lemak cantik dan kemas berbungkus, isinya sedap ... memang nasi lemak terbaek ... dah habis makan ....pembungkus dibuang! Kan dah jadi sampah.

Jadilah seperti kari ... makin lama disimpan .. makin sedap, ada kuah ... simpan dalm peti ais, esok nak pakai panaskan .. letak isi balik ... dan terus sedap dan sedap. Walaupun kari tu dimasak 3 hari lepas.... asyik diperhangat, dan kuah menjadi makin pekat, ia jadi makin sedap. Kalau tak dimakan dengan nasi, dijadi cicah untuk roti canai. :)

5 Sebab Kenapa Menulis Blog

As-Salam. Agak-agak tahu tak sebab anda berblogging secara objektifnya? Secara subjektif ramai dah bagitahu dalam blog masing-masing, malah banyak segmen yang dianjurkan oleh blogger-blogger juga bertanyakan hal yang serupa.

Tapi secara keseluruhannya, saya boleh nyatakan di sini berdasarkan artikel yang saya baca dari ComLuv.Com ialah terdapat 5 sebab utama mengapa perlu untuk berblogging. Mari sama-sama kita lihat samada ia tepat tentang sebab musabab kita semua berblog.

5 Sebab Mengapa Perlu Menulis Blog


Memperbaiki gaya penulisan
Tak kiralah blog anda itu ditulis dalam bahasa melayu atau inggeris, malah dalam apa jua bahasa sekalipun, ternyata .. seseorang yang mempunyai blog ingin memperbaiki gaya penulisannya, samada untuk kepuasan diri sendiri mahupun sebagai satu daya tarikan kepada blognya. Ramai yang suka menulis, namun tak ramai yang punyai gaya penulisan yang menarik. Blog memungkinkan hal itu berlaku, kerana dari semasa ke semasa kita akan memperbaiki gaya penulisan kita. Semakin lama kita berblogging ... semakin lama ia menjadikan kita sebagai seorang penulis. Mana tahu ... suatu hari kelak, anda akan terbitkan buku anda sendiri.

Memperbaiki gaya bahasa
Bila mana anda sentiasa menulis untuk memberikan entri yang terbaik, anda secara tak langsung memperbaiki gaya bahasa anda. Cara penyampaian, tatabasa, tutur bicara semuanya mesti nampak ok dan sempurna (di mata anda tentulah).

Menambah ilmu pengetahuan
Secara tak langsung dalam mencari entri terbaik untuk blog anda, anda akan observe blog orang lain, baca buku dan majalah, menonton rancangan TV berkualiti dan mencari sumber dan maklumat yang diperlukan untuk memenuhi tajuk entri anda. Dan dalam masa yang sama ... ia menambah pengetahuan anda secara tidak langsung.

Berkongsi ilmu pengetahuan
Secara amnya, blog boleh dijadikan satu sumber ilmiah buat sesetengah orang. Bergantung dengan apa yang kita tulis, isi entri kita boleh dijadikan sebagai satu bahan rujukan secara tidak formal kepada orang lain.

Peroleh Pendapatan
Blog boleh menjana pendapatan jika betul caranya. Blog bukan sahaja dibaca di kalangan bloggers tetapi ramai orang, dan mungkin antara ramai itu merupakan pengiklan yang mahukan pendedahan kepada produk mereka. Blog yang punyai ramai pembaca dan sering dikunjungi hampir setiap minit oleh pengungjung baru (unik visitors) .. menjadikan ia satu platform pengiklanan yang boleh diharapkan.

Olahan dari sumber: ComLuv.Com

Panduan Menulis Blog | Tajuk Entri Sama Tapi .....

As-Salam.
Pernah tak masa sekolah2 dulu buat karangan yang lebih kurang macam ni:

Saya Sebatang Pensil

Pernah? Hmm .... semua orang buat tajuk serupa, tak lari kan ... pendahuluan pun lebih kurang sama gak. Citer pasal asal usul ... dan seterusnya. Pastu masuk isi, pengalaman jadi pensil ... lalu kat akhirnya .. tamat riwayat menjadi pensil.

Ok, macam blog juga. Tajuk mungkin sama, tapi isi dan pengolahan mungkin berbeza. Jadi, tak timbul isu tiru-tiru ni.... dunia blog adalah dunia kreatif. Anda sebenarnya berkarya dengan bahasa dan penyampaian tersendiri. Masing-masing ada luahan sendiri, tak perlulah nak dijadikan isu. UHh .... 

Lain orang lain pendapatnya. Kalau sama pun, cara olahan dan cara memberikan pendapat pasti berbeza. Ada yang lain. Pasti. Jadi, kalau ada yang mengherdik kata tiru tajuk la bagai .... nampaknya orang tu dulu pasti tak buat latihan mengarang tu...hehehee...

Tak apalah yer. Kepada mereka yang seronok berblog, teruskan menghasilkan karya anda. Ingat senang ke nak mengarang ni? Uhh susah oo nak mengalirkan idea. Bukan mudah. Lain background, lain caranya. Ada ilmu skit... tambah2 la kasik sedap dibaca.

Buat bloggers ... jangan serik untuk menulis. Nampak cam nak wat tajuk serupa .. buat je. Sebabnya anda ada isi yang nak diluahkan, ada rasa ingin disampaikan, ada ilmu ingin dicurahkan .... jadi jangan sebab tajuk .. anda bantutkan segalanya ... dah karang ..tapi tak publish2 .. :)

Panduan Menulis Blog | Pilih Widget yang Sesuai Untuk Blog

As-Salam.
Dalam dunia blog, widget itu penting .... sebagai salah satu seni dalam menghasilkan blog yang cantik, menarik dan mengiurkan. Blog yang kurang menarik ... akan menjadi cepat bosan. HH sering bertukar widget ... siyes .. HH pun gila gak ngan widget2 ni. Banyak dah widget dalam blog bertukar ganti. Rasa cam berat je .. HH akan buang. Tu widget yang nampak .... ada widget yang tak nampak ... dalam koding.

Blog yang menampilkan tutorial untuk widget memang banyak, baik berbahasa inggeris mahupun yang berbahasa malaysia, anda pilih. Tapi awas, ada widget yang boleh menyebabkan worms dan spamming berleluasa. Pilih dengan bijak. Agak2 lain macam punya penangan .... cepat2 kuarkan ... jangan kasik merebak. Bila dah kena .. susah ... kena buat balik blog ... hmmmm nak? Kalau rajin tak apa ... kalau tak rajin .. langsung tak ada blog dah.

Jika nak mencuba widget, perhatikan betul2 ia untuk apa, kalau fikir tak perlu, so janganlah letak. Jika nak trafik tinggi .... kena fikir, adakah widget tu akan menghadkan trafik? Kalau jika benar ia tidak menyumbang apa-apa kebaikan ..kenapa nak letak? 

Pilihan di tangan anda. Blog anda .... fikir2kan apa yang anda inginkan. :) Ok?

Wordless Wednesday #WW | Muay Thai atau Tomoi




Wordless Wednesday #WW | Jam Matahari



Lokasi: Muzium USM, Minden

Wordless Wednesday #WW | Selamat Hari Ibu


01 May 2012

Panduan Menulis Blog | Blogwalking Mempromosikan Blog

As-Salam.
Satu ketika dahulu, HH sangat rajin blogwalking, dan ianya merupakan cara paling berkesan untuk membolehkan blog anda dikenali dengan secara mesra. Namun, ada tatacara untuk menjadikan blogwalking itu satu mekanisma mempromosi blog dengan baik.

Antaranya ialah dengan cuba memberikan pandangan yang bernas mengenai sesuatu perkara. Dan lebih baik andai anda juga berkongsi cerita dan pengalaman yang sama mengenai topik yang sama.  Bila dah ada cerita yang sama, tentu samada tuan punya blog mahupun orang lain yang singgah ingin mengetahui kisah anda pula.

Blogwalking untuk mempromosikan blog perlu kerja keras dan sentiasa konsisten. Untuk lebih nampak impak, anda cuma manfaatkan beberapa buah blog yang mana relevan dengan blog anda untuk sentiasa memberikan komen. Kalau boleh biar setiap entri, anda menjadi antara pengomen dan pemberi idea terbanyak.

InsyaAllah, lama-kelamaan, orang lain ingin tahu isi kandungan blog anda atau setidaknya mengenali anda menerusi blog.

Cubalah.


Bukan Semua Orang Sukakan Bloggers !!

As-Salam.
Ada terdengar bisik-bisik ini tak?

Bicara 1:
"Kau tau dia tu ada blog la ... hebat ..." kata si A.
"Blog? Apa benda tu ...  ngarut je semua tu ... tak pekdah ...." kata si B.

Bicara 2:
"Ehh .. dia tu blogger popular la ... kau perasan tak?" kata si X.
"Blogger? Apa tu .. dapat duit ke jadi blogger tu? Buang masa je buat blog-blog ni ..." kata si Y.

Bicara 3:
"Dari tadi dok depan PC je .. apa ke benda dok menatap blog tu .. " kata si W.
"Ni nak buat entri terbaru ... nak upkan trafik ke blog ..." kata si Blogger.
"Hmm dari tadi dok buat itu je .. apa best sangat ke? Apa dapat buat blog ni? Ada dapat income? Buang masa adalah ....." kata lagi si W.

Jadi, bukan best sangat pun anda ada blog. Dan bukan semua orang yang ada di sekeliling kita tahu apa itu blog, macam mana nak buat blog ... dan apa yang menariknya tentang blog. Tak ada apa pun sangat dengan title blogger tu ....

Kadangkala ada antara kita gah ..... pakai baju tulis "Aku Blogger" atau "Saya Ahli Kelab Blogger HasrulHassan" ... sedangkan tak ada benda tu. Poyo je lebih ... hahahaha.......


Tapi buat mereka yang ada blog, yang hari-hari dok update dan buat posting baru di dalam blognya mungkin ada tafsiran sendiri, ada komen sendiri, ada hujah tersendiri. Masing-masing yang bergelar blogger akan cuba pertahankan apa yang seronoknya berblog itu.

Mungkin ada kata, "oh dia blogger terkenal tu" ... Erkkk .. terkenal yang macam mana? Tak ada yang terkenalnya sangat pun ... takat dikenali sesama blogger je pun. 

Tak gitu wahai blogger semua?


Gunakan Media Maya Seperti Blog Untuk Menyampaikan Kebaikan


As-Salam.
Terang lagi bersuluh? Fitrah manusia yang mahu menyebarkan dan menyampaikan. Jadi, ia bukan satu perkara baru kerana ianya telah diberitahu lebih 1400 tahun yang lalu, bahawa manusia itu punyai keinginan untuk menyampaikan ... namun persoalannya ... sampaikan apa?

Melihat pada kesukaan seorang manusia, itulah yang akan disampaikan. Jika dia sukakan memasak atau masakan, maka dia akan menyampaikan resepi masakannya. Jika dia suka perkara yang ada kaitan dengan hiburan, maka hiburanlah perkara yang sering dia hebahkan. Andai dia seorang yang cintakan agama, maka tentang agamalah yang akan disebarkan.

Dan blog secara revolusinya, secara mendadaknya tiba-tiba menjadi popular, tetiba menjadi satu fenomena dan kegilaan apabila ramai yang punyai akses internet memiliki blog sendiri, dan ada pula yang punyai lebih dari satu blog .... erkk ...:P

Sejajar dengan sifat lumrah manusia yang mahu menyampaikan itu, blog telah dijadikan satu platform ke arah itu. Manusia ambil kesempatan untuk bercerita, berceloteh, berkongsi, memberi, dan menyampaikan apa yang dirasa, yang diketahui, difahami dan dipelajari serta yang telah dipengalamankan sendiri.

Kini, seperti awalnya dan seperti yang telah saya katakan sebelum2 ini dalam entri2 lepas, terpulang pada diri untuk membawa dan menyebarkan kebaikan dalam landasan yang betul. Jika mahu mendapat manfaat, maka berilah manfaat. 

Andai anda memberikan sebiji benih yang busuk dan telah rosak, takkan ia menjadi sepohon pokok yang lebat dengan daun serta buah. Maka, fikirkan.


Panduan Menulis Blog | Blogger Popular Adalah Blogger Yang Berindentiti

As-Salam.
Bila kita mengharapkan diri kita sebagai blogger untuk menjadi popular dalam dunia blog, perkara yang harus difikirkan adalah mencari identiti dan niche sendiri dalam dunia siber. Untuk jadi popular, kena jadi pakar dalam soal diperkatakan .. barulah leh dapat title blogger popular .. hehehe... 

Blogger dengan identiti
Maksudnya, cara penulisannya, cara blog itu dipersembahkan termasuklah layout blog, bloglist yang ada dalam blognya dan beberapa perkara lain. Ia menunjukkan dia seorang blogger yang unik yang tak mudah terikut2 dengan blogger lain. Header blog juga diambil kira ... bermakna, blogger ini mudah dikenali dengan header blognya. Letak je header blog blogger ni .. uhh semua orang dah tahu dah... itu identiti blogger tu.

Cara penulisan santai selalunya diterap oleh blogger2 yang popular, walaupun mereka pakar memperkatakannya, macam kita melihat penceramah .... sapa yang memberikan ceramah dalam gaya santai, tidak terlalu 'tension', sesekali disulami sinis dan lawak .... mereka ini lebih senang diterima. Blog-blog yang popular menggunakan gaya bahasa yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Bila ada topik yang perlukan ketegasan, mereka menulis dengan penuh sopan tetapi dengan maksud yang mendalam.

Blogger yang popular juga mempersembahkan blog mereka dalam keadaan menyenangkan buat semua. Tak berat. Simple... tetapi dalam penampilan yang menarik dan memikat. Malah ada blog2 popular tak ada widget follower, pageview sekalipun.

Ciri unik seorang blogger popular adalah mereka suka letak bloglist yang sekepala dengan mereka ..  maksudnya ialah letak blog2 dalam senarai yang punyai maksud dan tujuan yang sama, macam blog yang memperkatakan mengenai widget atau tips... bukan main redah je ..

Nama juga perlu seragam ... ada trademark di situ. Sebut je Ben Ashaari, orang dah tahu, sebut je Kujie .. orang dah tahu .. sebut je Redmummy .. semua orang dah kenal. Walaupun ia bukan nama sebenar, tetapi nama itu penting dibawakan dalam dunia blog. Dan lagi satu ... blogger2 popular tak segan silu letak gambar mereka .. itu identiti. Namun ada juga blog yang popular yang tidak ketahuan identiti si penulis atau pemilik blog - mungkin ada sebab yang perlu kita lihat - lebih2 lagi jika blog itu membicarakan soal yang kontroversi.

Andai itu yang anda cari sebagai seorang blogger, tampilkan diri dengan identiti sendiri, insyaAllah .... anda bakal dikenali sebagai blogger yang popular - andai itu yang anda inginkan. :)

Isu-Isu Berkaitan Blogger Popular

As-Salam.
Dalam hal yang melibatkan blogger popular, selalunya akan timbul isu .... isu yang sepatutnya tak berlaku pun jika mereka bukan blogger popular. Antara isu yang sering timbul berkenaan blogger popular ialah:

  • Blogger popular tak singgah di blog, walaupun dah diberikan link blog dan url entri terkini di ruangan komen blog popularnya.
  • Blogger popular tak jawab atau reply komen yang ditulis dalam ruangan komen yang disediakan.
  • Blogger popular tak letakkan link atau url blog dalam bloglist sedangkan blogger ini dah letakkan dalam bloglistnya.
  • Blogger popular dikatakan tidak membaca entri, sekadar datang jenguk sahaja.
  • Blogger popular tak add kat facebook.
  • Blogger popular dikatakan sombong sebab tak dedahkan tips untuk berblog bila diminta buat begitu (dalam ruangan komen).
  • Blogger popular tak jadi follower sedangkan blogger biasa2 ni dah lamaaaa jadi follower blog popular ini.

Ini antara yang selalu berlaku .. dan yang menimbulkan isu-isu berulang ini selalunya adalah blogger yang baru, atau kata lain newbie.

Actually, tak perlu lagilah dibangkitkan isu ini, bayangkan kalau mereka tu blogger biasa je ... pageviews pun tak sampai 5 sehari ... ada kesah mereka follow tak follow? baca atau tak? Tak kan .... jadi kenapa bila sampai batang hidung blogger popular, macam2 yang kita tagihkan? Nak menumpang glamour? Trafik?

Ada banyak cara dalam memikat hati blogger popular ini, samada mereka jadi follower, datang ke blog, jawab komen dan sebagainya. Tak perlu lagi dipanaskan isu ini. Berbloglah seadanya .... jadi diri sendiri dan tulis entri anda dengan sendiri - tentu akan memikat ramai hati ... even blogger popular .. jika tidak sekarang .. mungkin nanti.

*p.s: Nanti saya buat entri bagaimana nak buat blogger popular singgah dan komen di blog anda!

Sukarnya Bila Menulis Entri Untuk Orang Lain

As-Salam.
Tentu sukar bila blog jadi popular, dah ramai pembaca, mesti setiap hari setiap yang datang inginkan dan dahagakan entri2 yang baru. Kalau masuk2 ..tengok tak ada entri baru .. hmmm rasa cam hampa. Tapi tak bermakna esok lusa tak datang ... still datang, tapi kecewa skit la kot ...

Hmm gitulah bila blog dah popular, sentiasa perlu update supaya tak mengecewakan pembaca. Kalau first time datang ... oklah ... tapi kalau dah ada pembaca setia yang sering klik2 ke blog setiap hari .... tentu tak best. Silap2 ... uhh tinggalkan komen ...."Kenapa dah lama tak update!" AHaksss.. kan dah kena .... walaupun hakikatnya blog tu adalah blog empunya diri, tapi dah jadi macam satu sumber tabloid lak .. macam dibayar untuk dapatkan info dan entri.

HH biasa je tengok situasi ini berlaku, bila sesuatu blog tu yang sering kita layan tetiap hari tetiba tak ada entri terbaru. Tertanya-tanya, kemana tuan punya diri pergi? Atau memang tak ada cerita nak diceritakan ke dah?

Dan bagi pemilik blog popular lak, ia satu dilemma juga bila pembaca bertanyakan entri2 terbaru. Dah tak ada idea .. tak ada sumber .. nak buat macam mana .... kang kalau tulis yang lari sikit dari kebiasaan, takut ada lak yang melenting ... hmmm susah kan? Susah nak dipuaskan hati orang.

Gitulah, dari sebuah blog biasa, yang ditulis mengikut kehendak sendiri ... dan kepuasan sendiri, kini dah terikat pula dengan keinginan pembaca. Bila dah jadi begini ... susah ....

Mengapa Blog Semakin Banyak?

As-Salam.
Nampaknya sejak akhir2 ini, blog2 yang tumbuh memang mengagumkan ... serius banyak. Dikhabarkan terdapat lebih dari 2 juta blog yang ditulis atau dikendalikan oleh rakyat Malaysia (statistik ini tidak rasmi, hanya dari ulasan seorang Menteri Kabinet pada June 2010). Hakikatnya, jumlah blog adalah melebihi dari jumlah blogger itu sendiri, ini adalah kerana terdapat blogger yang mengendalikan beberapa blog lain dalam satu-satu masa, malah ada yang buat lebih dari 2 blog!



Setelah paparan muka hadapan blogger boleh masyukkk .... dengan income yang perghh leh terbeliak bijik mata, maka makin ramailah yang masuk ke dalam dunia blog ini. Dari semuda belia remaja sekolah sehinggalah yang dah jadi veteran perang macam HH ni. Duit menjadi pendorong utama. Mengapa tidak? Hanya tulis entri dan cerita .... letak iklan ..pap dapat duit ... mudah kan? Tak perlu kuar rumah pun .. surirumah biasa pun leh buat duit, hanya dengan menulis apa dia masak untuk tengahri tu .....

Ohh alangkah indah jika benar semudah itu. Tidak .... tak semudah yang disangka. Walaupun dah ada platform medium pengiklanan seperti Nuffnang, Advertlets, ManggaAds, Adbrite, Innity dan bermacam-macam lagi ... ia bukan perkara yang mudah, tambah2 lagi dengan tsunami blog yang melanda. Ada jutaaaaannnn blog yang dahagakan iklan .... yang nak diklik iklan - iklan pun iklan yang samaa jer .. dah tak happening ... sumer nampak iklan ituuuuu jer. Nak klik? Uhhh wat apa .... iklan sama cam dalam blog aiii je. Nak main2 klik2 ... uhh ...nanti kena tahan ngan deme .... penipuan klik .. hah lagi naya ..lansung nanti tutup blog!

Benarkah? Buat blog semata-mata teruja nak dapatkan income? Antara sebab orang nak buat blog:
  •  Untuk jana pendapatan menerusi medium pengiklanan
  •  Untuk buat bisnes menerusi blogshop
  •  Untuk promote bisnes - bercerita pasal produk yang dijual
  •  Untuk dapatkan prospek bisnes - mlm, direct selling, insurans, takaful, saham/forex
  •  Untuk menyebarkan idealis politik - blog-blog politik
  •  Untuk mencari pengaruh - selalunya blogger2 yang tegar dan veteran
  •  Untuk menyerlahkan bakat - blog2 masakan, blog chef, blog fotografi, blog keusahawan, blog motivasi

Dan banyak lagi sebab .. namun, kebanyakkannya itu ... bila ditanya akan menjawab ringkas; "Buat blog sebab inginkan kepuasan dan kerana ingin berkongsi"

HH terjun ke dunia blog ini pun pada mulanya disebabkan tertarik dengan adsense .. tahu kan? Blog HH pada asalnya ..... hanya memaparkan free artikel dari laman-laman web yang memberi kebenaran untuk papar dan gunakan artikel yang ada dengan percuma. Isi kandungan blog HH adalah mengenai bagaimana nak buat marketing secara online. Tapi itu dulu ... sebelum adanya Nuffnang lagi.

Gitulah sedikit apa yang HH faham dengan kemunculan banyak blog yang ada. Setuju dengan pendapat HH ini? .. Jangan lupa klik LIKE. :)

30 April 2012

Setelah Lebih 2 Juta Pageviews .... Kini Waktu Untuk Perubahan

As-Salam.
Setelah beberapa hari memikirkan hala tuju blog ini, HH berpendapat, blog ini perlu diberikan matlamat khusus dalam penyampaiannya. 

Mungkin sejajar dengan penampilan blog ini yang sudah melebihi 2 juta paparan (pageviews), maka satu perubahan gaya dan isi kandungan yang lebih tertumpu (niche) diperlukan agar mendapat tempat tertentu di dalam dunia blog Malaysia.

HH pernah katakan dalam beberapa panduan menulis blog, bahawa pendekatan bertumpu ini akan menjadikan blog itu lebih profesional (erkkk) dan membuatkan ia lebih relevan dengan enjin carian dan mereka yang mencari maklumat.

Bukan apa, takut nanti ada yang tersesat jalan mengatakan bahawa blog ini merupakan blog gossip atau blog bergambar mengenai selebriti. Juga bukan blog menjual stiker kereta atau blog bisnes.

Kali ini, HH ingin memastikan bahawa blog ini memaparkan apa yang relevan dalam dunia blog Malaysia - Widget untuk blog, panduan menulis blog, gajet untuk blogger, isu dalam dunia blog tanahair dan berita-berita yang ada kaitan dengan dunia blog Malaysia, samada dalam arus perdana mahupun yang bukan dalam mainstream.

Moga anda akan sentiasa memberikan sokongan kepada blog ini.

Terima kasih.

*p.s: Maaf kerana sering dok kelirukan kunjungan kawan-kawan dan rakan blogger lain.

6 Kaedah Untuk Tinggikan Tubuh Menerusi Senaman Mudah

As-Salam.
Menurut beberapa kajian, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan seharian untuk menjadikan tubuh lebih tinggi. Walaupun, diketahui bahawa pertumbuhan tubuh badan itu berkait dengan pemakanan sejak kecil dan juga genetik, namun terdapat beberapa pergerakkan badan yang dapat mempengaruhi pertumbuhan tulang dan juga otot.

Anda boleh mencuba senaman-senaman berikut atau pergerakkan yang mengandungi ciri-ciri berikut untuk mendapatkan tubuh yang tinggi.

6 Bentuk Senaman Untuk Memanjangkan Tubuh

Lari Dengan Cepat (Sprint)
Latihan ini bermanfaat meningkatkan pelepasan hormon pertumbuhan. Penekanan pada otot kaki selama latihan dilakukan akan memberi impak pada pemanjangan tulang dan otot di bahagian kaki. Namun, ia merbahaya andai dilakukan terlalu kerap kerana ditakuti boleh mendatangkan kecederaan.

Menedang (Kicking)
Berdiri dengan kaki lebar dan angkat satu kaki kemudian lakukan tendangan. Ulangi cara ini sebanyak 20 tendangan pada satu kaki dan kemudian beralih ke kaki yang lain. Lakukan latihan ini selama 20 kali, dipercayai boleh memanjangkan tulang kering dan paha.

Lompat (Jumping)
Berdirilah di depan bangku atau tangga setinggi kaki. Latihan dimulakan dengan melompat menggunakan satu kaki dalam kiraan sepuluh. Lalu, ulangi dengan kaki lain. Lakukan gerakan melompat hingga tiga kali. Jangan terlalu menekan, berehatlah andai rasa letih. 

Berbasikal (Cycling)
Gerakan mengayuh akan membuatkan jari kaki terus mencapai pedal. Ini merupakan peregangan yang manjadikan kaki lebih panjang. Lakukanlah selama 10-15 minit.

Berenang (Swimming)
Ini antara kaedah senaman untuk memanjangkan tubuh yang sangat efektif. Ia juga menjadikan tubuh lebih fit dan fleksibel. Lakukan renang gaya dada dan lakukan minimal 20 minit.

Lompat Tali (Skipping)
Gerakan ini sebenarnya membolehkan bahagian tubuh diregangkan. Kaki perlu dilonjakkan lurus dan menujah ke atas, lalu memberikan ransangan untuk otot2 badan lebih melentur.


Ini merupakan antara cara serta kaedah senaman yang dapat membantu anda untuk memperoleh tubuh badan yang lebih tinggi. Namun, harus diingatkan, buatlah sekadar kemampuan anda, kerana gerakan-gerakan itu boleh juga mendatangkan kecederaan kerana melibatkan penggunaan otot dan tulang yang agak ekstrem.


29 April 2012

Panduan Menulis Blog | Menulis Untuk Memberikan Manfaat Baik

As-Salam.
Blog adalah medium penyampaian, maka sampaikan apa yang ingin disampaikan itu dengan segala kebaikan, dan bukannya dengan rasa penuh benci, dendam atau sakit hati. Ini bukan pertama kali HH bercerita menerusi Panduan Menulis Blog.

Apabila ingin menyampaikan sesuatu, sampaikanlah akan kebaikan. Tidak perlu bercerita soal keburukan, kerana ia boleh mendatangkan aib. Percayalah, blog-blog yang dok cerita pasal keburukan orang ini, hanya hidup sekejap sahaja, esok lusa akan tutuplah ia.

Tambah-tambah lagi, budaya seperti ini tidak elok dipraktikkan kerana ia akan menghitamkan hati kita, semakin banyak kita menulis cerita sebegitu, yang jadi penghujungnya tentulah tidak begitu baik.

Tulis blog agar untuk diri kita berasa seronok melakukannya, dan orang lain seronok membacanya. 

Tulis blog agar nanti akan ada yang mendoakan kebaikan kepada kita dan bukannya menanam sifat benci pada kita.

Tulis blog untuk menyampaikan kebaikan dan bukannya menambah keburukan.

Tulis blog untuk berkongsi pengalaman yang baik dan berguna untuk panduan orang lain dan bukannya untuk menjahamkan orang lain.

Tulis blog agar nanti Tuhan memberkati setiap tindakan kita, dan bukannya mendapat murka dariNYA.


Bersih 3.0 | Siapalah Aku Ini .....

As-Salam.
Perasaan HH bercampur baur, ada kenalan dan rakan serta sanak sedara di hujung sana, dan di sebelah sini ada adik beradik dan jiran tetangga. Masing-masing dengan kefahaman masing-masing. Yang pasti, yang keliru adalah orang macam HH, yang cuba hidup dalam aman dan damai.

Hidup aman dan damai, tidak semestinya senyap andai ada kezaliman yang berlaku. Tertanya juga, aman dan damai ke kalau ada kezaliman sedang terjadi? Maksud aman dan damai itu luas, ada kata duduk rumah boleh tonton TV siang malam tanpa gangguan, itu adalah aman damai. Ada yang beri pendapat, hidup aman damai adalah dapat cari rezeki dengan baik, tanpa ada yang cuba buat cara kotor.

Malah, ramai yang beritahu, hidup aman dan damai itu adalah berkongsi kesaksamaan sama rata, dan diberi peluang yang telus dan jujur.

Apapun sebab yang mereka berikan, kata pokok tetap aman dan damai. Siapa yang mahu hidup dalam negara huru hara? 

Bersih 3.0, ia bukan libatkan satu dua kelompok manusia. Ia ada ramai. Tetapi yang nampak di mata kasar kita ini adalah satu yang berbaju kuning, dan satu lagi yang bukan berbaju kuning.

Yang nyata, ada di antara mereka adalah sahabat, saudara, rakan, jiran, adik, abang, kakak, datuk, atau nenek, yang sebelum ini kita kenal bukan kerana mereka berbaju kuning atau tidak.

*p.s: Aku bukan penyokong mana-mana pihak, cuma aku melihat perkara ini sesuatu yang menyedihkan buat aku, dan buat mereka yang aku kenal. Maafkan aku.

27 April 2012

Tips Pengacaraan Sebuah Majlis | 7 Panduan Untuk Si Bidan Terjun

As-Salam.
Apabila anda terpilih buat pertama kali untuk menjadi seorang pengacara majlis, tentulah anda akan berasa sesat jalan, kerana anda tiada pengalaman dalam bidang berkaitan. Dek kerana itulah, ada yang pertama kali menjadi pengacara majlis jadi kaku di pentas.

Bagaimana boleh menjadi seorang pengacara yang baik, walaupun baru pertama kali menerima tugasan tersebut? Cara paling mudah dan berkesan, ialah belajar daripada seseorang yang telah punyai pengalaman luas dalam bidang tersebut.

Tetapi, adakala dan ketikanya, anda tidak dapat berguru, kerana kemungkinan anda hanyalah seorang pengacara bidan terjun. Jikakalau begitu, cubalah tips-tips berikut, agar tak nampak sangat anda tu seorang pengacara bidan terjun atau tangkap muat.

Ketahui Tatacara Panggilan Hormat Yang Betul
Anda perlu tahu siapa tetamu-tetamu kehormat yang akan datang, dapatkan nama penuh dan apa juga pangkat dan gelaran yang ada. Siap sedia dengan satu senarai lengkap, penuh dengan gelaran, pangkat serta jawatan tetamu tersebut. Periksa kembali senarai tetamu apabila majlis hampir bermula. Tak perlu ucap selamat kepada mereka yang tidak hadir. Anda boleh rujuk entri ini untuk panggilan hormat: Tatacara Panggilan Hormat

Ketahui Motif, Tujuan, Sebab Majlis Diadakan
Sebaik anda membuka mulut untuk memulakan majlis, anda perlu faham tentang tujuan majlis diadakan, bukan sekadar tajuk majlis sahaja. Anda mesti faham mengapa ianya diadakan, dan kenapa tetamu kehormat yang dijemput itu perlu hadir - relevannya dia dengan majlis tersebut.

Jangan Berpakaian Terlalu Menyerlah Daripada Tetamu
Apabila anda menjadi pengacara majlis, anda harus tahu bahawa anda sebenarnya bekerja di belakang tabir, maka tidak perlulah terlalu melawa atau berpakaian terlalu menyerlah. Cukup mengikut protokol majlis.

Mengetahui Perjalanan Majlis
Anda perlu pastikan anda faham perjalanan majlis yang diadakan mengikut turutan. Catitkan siapa yang bertanggungjawab bagi setiap turutan acara itu.

Jangan Syok Sendiri
Kadangkala pengacara majlis cuba untuk menceriakan suasana, tetapi mungkin kerana audiens yang ada tidak selari dengan pemikiran anda, apa yang anda lakukan hanyalah menjadikan diri anda sebagai objek bahan lawak. Pastikan anda tidak terlalu berlebihan dalam soal menceriakan keadaan.

Cepat Akui Kesilapan
Andai berlaku kesilapan, anda sebagai 'antara-muka' majlis perlu cepat memohon maaf kepada tetamu. Jangan sampai mereka mengetahui kesilapan terlebih dahulu daripada anda, dan paling buruk mengetahui punca kesilapan tersebut. Jangan ego, permohonan maaf perlu untuk menunjukkan bahawa anda seorang yang merendah diri dan sanggup menerima teguran.

Akhiri Sesuatu Dengan Senyuman Dan Ucapan Terima Kasih
Berterima kasihlah kepada mereka yang sanggup mendengar kata-kata anda di pentas. Berterima kasihlah kepada tetamu yang sudi hadir. Berterima kasihlah pada mereka yang telah menjalankan tugasan dengan baik agar majlis berjalan sempurna.



'Thumbdrive' Kiut | Pasti Memikat Peminat Gajet Komputer

As-Salam.
Memang menarik, dan nampak lain dari yang lain. Namun, ada sesetengah daripada rekabentuk peranti thumbdrive ini agak bahaya untuk kanak-kanak kecil.

Rekabentuk Thumbdrive Yang Kiut



Menarik tak? Ia mungkin akan menjadi antara koleksi menarik si pemilik. Yang pasti ia bukan mainan buat anak-anak, tetapi merupakan peranti yang menyimpan 'rahsia' tersendiri.

Sumber: Pixel Element

Statistik Pemilikan Kenderaan dan Jumlah Kemalangan Serta Kematian di Jalanraya Malaysia 1995-2010

As-Salam.
Kemalangan setiap tahun semakin meningkat, berkadaran dengan jumlah kenderaan, dan juga jarak panjangnya jalanraya di Malaysia. Anda boleh lihat sendiri statistik kemalangan, jumlah pemilikan kenderaan, jumlah kematian, dan kepadatan penduduk yang dikeluarkan oleh Miros ini dari tahun 1995-2010.

Statistik Pemilikan Kenderaan dan Jumlah Kemalangan Jalanraya Malaysia 1995-2010


Sumber: Miros

Kasihan Isteri, Kasihan Perempuan | Familia


As-Salam.
HH bukanlah seorang yang baik, ada berat dosa dan pahala. Marhein seperti ramai yang ada. Tetapi, kadangkala ada terdetik untuk berbuat satu kebaikan. Dan tatkala ada bicara hati yang mengusik diri, tentu sekali HH ingin berkongsi.

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan." (H.R Bukhari)

Kasihan isteri dan golongan perempuan. Tidakkah anda berasa risau dan takut kerana anda seorang perempuan? Tidakkah anda kasihan dan sedih melihat dan mengetahui keadaan ini andai anda seorang lelaki?

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."  (H.R Bukhari)

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."  (H.R Bukhari)

Mohon isteri, anak, sedara-mara dan rakan-taulan perempuan yang kita kenali terhindar dari menjadi golongan ini, insyaAllah.

 

Antara 5 Terbaik Dalam Carian Google


As-Salam.
Hampir setahun HH cuba menjenamakan Panduan Menulis Blog dengan blog ini, alhamdulillah, telah nampak hasilnya .... 

Kini, apabila menaip kata kunci Panduan Menulis Blog, blog hasrulhassan.com akan muncul di laman pertama carian enjin Google, dan menjadi antara 5 terbaik. Paling membanggakan, 3 entri dari blog ini mengenai Panduan Menulis Blog berjaya mendapat tempat antara 10 terbaik dalam enjin carian tersebut.


Konsisten. Kena belajar cara konsisten dalam menulis tajuk entri, jika mahu muncul dalam enjin carian seperti yang HH maksudkan.

Mungkin kebanyakkan dari anda, terutama pembaca blog ini, sudah mengetahui hampir semua teknik dan kaedah menulis blog yang berkesan, dan yang membolehkan blog dikenali dan menerima trafik, tetapi ada juga di kalangan anda, yang mungkin cuba dan masih baru untuk mencari tapak dalam penulisan blog.

Moga apa yang telah HH kongsikan berdasarkan pengalaman HH dalam dunia blog dapat dimanfaatkan oleh ramai orang terutama mereka yang cuba untuk mendapat tempat tersendiri dalam dunia blog Malaysia.

Ingin membaca entri-entri berkenaan Panduan Menulis Blog? Sila klik sini: Panduan Menulis Blog hasrulhassan.com


Diana Danielle | Foto Oleh digitaldome | Dari Lensa Kamera

As-Salam. Merakamkan gambar cantik merupakan teknik yang harus dipelajari. Ia berkait dengan pengalaman yang seiring dengan ilmu yang ada. Dengan teknik yang betul, bersimpul dengan pengalaman yang telah dikaut daripada kepelbagaian, satu gambar boleh mengambarkan seribu cerita walaupun ianya merupakan sebuah potret diri.

HH kongsikan beberapa gambar cantik selebriti tempatan - Diana Danielle, yang dilensakan oleh digitaldome (klik).

Digitaldome merupakan kumpulan jurugambar yang aktif merakamkan peristiwa yang melibatkan Diana Danielle, anda boleh lihat beberapa keping lagi gambar menerusi laman Facebook Diana Danielle (klik) mahupun di laman web digitaldome (klik) sendiri.

Terima kasih kepada digitaldome dan Diana Danielle kerana berkongsikan foto-foto cantik ini.

- hasrulhassan

Foto Cun Diana Danielle oleh digitaldome

 

26 April 2012

Panduan Menulis Blog | Elakkan Saiz Terlalu Besar Blog Anda

As-Salam.
Ramai yang mungkin tak menyedari bahawa saiz sesebuah blog akan mempengaruhi secara tidak langsung kedatangan trafik ke blog. Saiz blog yang terlalu besar akan menyebabkan blog akan muncul agak lambat dan lembab - bergantung kepada kelajuan capaian internet dan juga jumlah memori peranti. Bila lambat, sangat mudah pengunjung untuk klik pangkah.

Antara penyebab saiz blog itu menjadi besar ialah kehadiran gambar-gambar yang bersaiz besar dan di dalam format yang tidak sesuai. Format gambar seperti *.gif, *.tif atau *.png yang besar akan menyebabkan pertambahan saiz blog yang tidak perlu. 

Satu lagi ialah kerana penulisan format blog itu sendiri yang banyak menulis kod berleret seperti javascript. Kod-kod yang terlalu panjang akan menyebabkan sistem gelintaran memori atau capaian pelayar internet ambil masa untuk menterjemahkan satu persatu baris kod yang ada dalam html blog anda.

Dan antara cara untuk meringankan blog adalah dengan membuat pautan luar, terutama untuk javascript. Kita sering nampak kod berikut: 

<script type="text/javascript" src="http://yourjavascript.com/06221611241/codejquery-1.2.6.min.js"></script>
Itu menunjukkan bahawa blog anda sedang mencapai script ini dari luar, dan menjadikan saiz template blog anda kecil kerana tiada penulisan kod html bagi kod itu.

Seandainya anda menggunakan banyak javascript dalam template blog (menerusi penulisan html) maka eloklah kod-kod tersebut diletakkan dalam satu fail dan dimuat-naik di mana-mana laman web yang menyediakan khidmat hosting script seperti di atas.

Tetapi terdapat masalah juga dengan cara ini, di mana sedikit sebanyak akan mengganggu proses memuatkan blog anda walaupun saiz blog anda kecil, iaitu kebolehan untuk mencapai script tersebut di hosting; yang sering digunakan untuk widget-widget di blog.

Pilihan adalah pada anda. Uji kemampuan loading blog anda, dan cuba aplikasikan perubahan di atas.


 

25 April 2012

Wordless Wednesday #WW | ATV Bukit Merah


Lokasi: Bukit Merah, Laketown Resort, Perak

Teknik Fonetik | 5 Perkara Jangan Apabila Ajar Anak Kecil Membaca



As-Salam.
Tentu seronok melihat anak-anak kecil seawal usia 4-5 tahun dah boleh membaca, atau melihat gelagat mereka sedang membaca. HH sendiri seada boleh mahu melihat anak-anak boleh membaca dengan baik. 

Tetapi, tidak boleh sangat memaksa mereka untuk mengenal huruf dan membaca di usia yang terlalu awal, kerana daya otak mereka belum cukup kuat nak menerima segala input, apatah lagi bila melibatkan huruf yang berbentuk-bentuk gitu.

Sepanjang pengetahuan HH, antara teknik yang terbaik diperkenalkan untuk membolehkan anak-anak dapat membaca dengan cepat adalah teknik fonetik. Kalau anda, sebagai ibu bapa pergi ke kedai buku, pasti akan jumpa buku2 yang perkenalkan teknik ini.

Malah, di sesetengah tadika, taman asuhan kanak-kanak atau tabika, akan ada buku begini dan banyak yang menerapkan teknik fonetik dalam memperkenalkan anak-anak kepada huruf dan bunyi.

Jika anda mahu mengajar anak-anak menggunakan teknik ini, ada beberapa perkara jangan yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.

5 Perkara Jangan Apabila Mengajar Anak Membaca Kaedah Fonetik
  1. JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca.
  2. JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.
  3. JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.
  4. JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.
  5. JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal.

Dan apabila mengajar, banyakkan bersabar, sebab ia bukan mudah, tetapi andai berjaya, ia memang satu usaha yang sangat-sangat berbaloi.

Sumber: ReadNetwork

Wordless Wednesday #WW | Wajah Kecil di Balik Langsir





Penyu Agar | Spesies Penyu Terancam di Pulau Pinang


As-Salam.
Penyu Agar, penyu dari spesies yang terancam. Di Pulau Pinang, ada pusat konservasi dan penetasan telur penyu jenis ini, di Pantai Kerachut.

HH dan keluarga biasa tengok penyu ini di Akuarium Pusat Penyelidikan Ikan Kebangsaan (FRI) di Batu Maung. HH pernah bercerita mengenai tempat ini, dan pernah memuatkan beberapa gambar di akuarium tersebut di blog HasrulPhoto.


Penyu Agar juga dikenali sebagai "penyu hijau" mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. 

Andai anda nak melihat kelibat penyu ini di Pulau Pinang, bolehlah pergi ke Pantai Kerachut di musim bertelurnya iaitu antara April – September. Penyu Agar menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm.


Selain Pulau Pinang, penyu ini boleh didapati di perairan di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak. 

Nak baca catatan blogger lain mengenai FRI dan Penyu Agar?

Nak baca catatan blogger lain mengenai Pantai Kerachut?

Wanita Mithali Adalah Wanita Bersifat Lebah | Familia


As-Salam.
Sebut je kumbang, ramai akan kaitkan dengan lelaki, dan pasangannya adalah bunga yang dikaitkan dengan wanita. HH lak, nak kaitkan wanita dengan lebah. Ingin menjadi wanita terbaik, wanita solehah, wanita mithali, maka tirulah sifat sang lebah.

Lebah, sarangnya berbentuk bersegi, makanannya adalah debunga atau serbuk sari bunga. Dan dari situ, sang lebah menghasilkan madu. Madu ini pula beri manfaat pada semua. Boleh sembuhkan sakit, dan antara penawar yang sering disebut dalam Al Quran dan Hadith.

Lebah kuat bekerja, dan ia setia pada ketua. Jika ketua diserang, mereka akan menyerang. Mereka tak gentar melawan musuh yang lebih besar, mereka utuh dan kukuh menjaga madu mereka. 


Lebah sepakat, mereka bina sarang bersama. Mereka cekal kerana boleh terbang jauh mencari debunga sebagai makanan, yang secara tak lansung menyemarakkan hidupan dengan benih-benih bunga yang bertebaran.

Hebatkan lebah ini? Dan jika anda seorang wanita, cubalah menjadi sang lebah.


HH mengaitkannya kerana wanita solehah taat pada suami, wanita mithali sentiasa berusaha keras untuk keluarganya, wanita hebat kerana memberi manfaat seperti lebah memberikan madu yang dapat menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. 

Wanita solehah ibarat lebah, walaupun kecil tetapi ada sengat untuk menjaga keperibadiannya.


Tebus Petrol Shell Bernilai RM30 Dengan Bonuslink

As-Salam.
Tadi HH pergi mengisi minyak di stesen Shell, dan kemudian buat penebusan hadiah sebuah bekas pensil Alvin and The Chipsmunk - sebab ada peraduan best, dapat tahu daripada juruwang yang cantik yang petrol Shell bernilai RM30 boleh ditebus menggunakan mata ganjaran Bonuslink..... wahhh sungguh menarik.

Jadi, kepada rakan-rakan yang ada mata ganjaran banyak tu, bolehlah pergi menebus minyak petrol untuk kenderaan dengan hanya 3000 mata = RM30 minyak petrol.

Jangan lambat sebab tawaran ini terhad sehingga hujung bulan Mei 2012 sahaja!

Tebus 3000 Mata Bonuslink = RM30 Petrol


Suami Romantis, Dapat Pahala | Familia


As-Salam.
Suami perlu dan jangan takut-takut untuk bersikap romantis dengan isteri. Caranya? Hmm ... sama seperti anda ketika bercinta dulu, bagaimana anda sering bersama dan mahu bersama dengan pasangan cinta anda? Maka begitulah halnya dengan isteri anda sekarang ni.

Menurut riwayat, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid.

Aisyah RA berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk" - Hadis riwayat Abu Daud.

Haaa, sunnah Nabi tu, dapat pahala jika diamalkan prinsip romantis kepada isteri. Jika semasa bercinta boleh jadi Don Juan (yang romantis), mengapa tidak sekarang? Dah lesu ke?

Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga sering memanggil isterinya dengan panggilan yang indah dan disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya. Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.

Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda. Kerana apa yang anda buat ini, akan mendapat barakah dan pahala. InsyaAllah.



24 April 2012

Pelajar Perempuan Dicekup Bogel Dengan Nelayan | Kamar Syariah

As-Salam.
Walaupun diberikan didikan agama semasa di sekolah, namun gejala tidak bermoral seperti khalwat dan bersekedudukan masih lagi berlaku di kalangan remaja Islam. Ia sesuatu yang agak memalukan, apatah lagi di awal usia yang masih lagi belajar. 

Sayang sekali, ramai yang telah hanyut dek kerana nafsu yang tidak dikekang. 

- hasrulhassan


Pelajar Perempuan Dicekup Bogel Dengan Nelayan | Kamar Syariah

KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.

Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.

Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.

Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.

Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.

Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.

Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.

Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara. - Sinar Harian, 22 April 2012

Feng Shui | Resam Kepercayaan Budaya Cina | Resam Budaya

As-Salam.
Feng Shui, ia bukanlah satu agama, tetapi ia berkait tentang kepercayaan mengenai pengaruh alam ke atas kehidupan seseorang manusia.

Dalam bahasa cina, Feng maksudnya angin dan Shui maksudnya air. Oleh itu, Feng Shui maksudnya mengkaji, memahami dan menghayati kaitan angin serta air dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, maksud feng shui adalah mengkaji kehidupan persekitaran (luaran dan dalaman) berkait rapat dengan manusia pada satu-satu masa. Terutama daripada segi kesihatan, watak, kekayaan, peluang dan hubungan.

HH sendiri pernah belajar dan mengkaji mengenai Feng Shui ini, tetapi tidaklah secara mendalam, setakat tahu serba sedikit, sekadar untuk ilmu pengetahuan. Malah, pernah juga mempraktikkan pemahaman Feng Shui ini dalam kehidupan, dan dalam beberapa perkara, ia ada salingkait dengan kepercayaan masyarakat Melayu.
 
Dalam ilmu Feng Shui, ada dua faktor perlu diberi perhatian iaitu masa dan tempat. Tradisinya, feng shui dibahagikan kepada Yang feng shui dan Ying feng shui. Yang feng shui selalu dirujuk kepada entiti kediaman dan perniagaan. Manakala Ying feng shui pula selalu dikaitkan dengan kedudukan pekarangan kubur.

Mereka yang percaya akan Feng Shui melihat alam sekitar dan sekeliling dengan cara yang berbeza, dan mereka percaya 1/3 daripada kehidupan dipengaruhi oleh Feng Shui ini.

Acapkali orang cina yang ingin membeli rumah akan ambil kisah mengenai pengaruh Feng Shui ini. Kedudukan rumah dalam prinsip Ying dan Yang, boleh kategorikan persekitaran luaran kepada dua prinsip ini iaitu: Ying - Rumah (memberi kesan kepada individu); dan Yang - Perjalanan (memberi kesan kepada kesihatan atau peluang)

Di samping itu, Feng Shui boleh mengambil kira bentuk lima unsur iaitu logam, kebakaran, kayu, air dan tanah. Daripada itu, boleh memahami lagi kesan kepada sekeliling individu. Contohnya kesan pada mental yang digalakkan seperti agresif dan sangat menghormati; tidak digalakkan pula seperti hujah, konflik, menderhaka; dan neutral - undang-undang dan kesibukan.

Hari ini, pengaruh dan pemahaman mengenai Feng Shui ini telah meluas ke banyak negara termasuklah Eropah, di mana ia digunakan bagi mereka-bentuk sesuatu bangunan atau tempat.

 

6 Minggu, 6 Bulan dan 6 Tahun Hidup Berpasangan (Episod 1) | Familia

As-Salam.
Kehidupan kita berubah, samada berganjak dari kehidupan yang kurang baik, kepada kehidupan yang lebih baik. Ada juga di antaranya, hidup daripada kehidupan serba bagus, kepada kehidupan yang mula berasa kesempita, tak berapa baik seperti sebelumnya.

Setiap kehidupan ada pasang dan surutnya, bak kata orang yang hidupnya lebih lama dari kita semua, 'hidup ini seperti roda'. Ya, hidup ibarat roda, kejap di atas, kejap di bawah, kejap kang duk tengah-tengah.

Mari singkap kehidupan pasangan 6 minggu, 6 bulan, dan 6 tahun.... 



6 Minggu, 6 Bulan dan 6 Tahun Hidup Berpasangan | Familia

Sebelum Tido
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach. 
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah Tido kalau tak mengepit tak bole ker???! 

Pakai Toilet
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh 
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!! 

Balas SMS
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang.. 
6 bulan: Trafik jam aah 
6 tahun: K.. 

Dating process
6 minggu: I love U, I love U, I love U. 
6 bulan: Of course I love U. 
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih 
6 bulan : Im BACK!! 
6 tahun: Masak apa hari ini?? 

Hadiah (ulang tahun)
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni 
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah 
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak.. 


Lelaki Dari Dhaka | Cerpen Kehidupan

As-Salam.
Kita berhak membuat keputusan kita sendiri, itu melambangkan kita punyai pendirian. Namun, pendirian itu mesti ada asas dan akarnya, biar berpandu dan punyai sebab yang munasabah. Hidup ini mesti ada asal dan tujuan, kalau asal kita nampak dan tujuan kita jelas, insyaAllah, apa yang akan dilalui dalam hidup akan lebih mudah dan selamat.

Pilihan memang di tangan kita, apatah lagi berkata soal jodoh, kita berhak memilih yang terbaik untuk diri kita, namun, buat mereka yang baru jejakkan kaki dalam satu perhubungan, awaslah dengan keputusan yang dibuat, jangan sampai tersalah pilih, kerna kelak yang akan siksa sengsara adalah diri sendiri.



Cerpen Kehidupan | Lelaki Dari Dhaka

Keputusan Tok Ngah dan ayah memang memeranjatkan. Membuatkan Liza tidak diam duduk. 

Tapi Liza punya pilihan sendiri. Malam yang telah dimamah usia semakin memuncak. Hitamnya pekat membaluti siang hari. 

Angin yang berpuput halus menulusuri melalui jerjak tingkap. Menyapa rambut Liza yang ikal mayang.

Dalam kamar yang bercat putih Liza berbaring lunjur di atas katil bujang. Sambil tangan kanan menghempap di dahi memi­kirkan masalah hidup yang tidak berke­sudahan. Risau dengan keputusan yang bakal diambil sama ada memberi kebaikan atau menghancurkan masa hadapannya. Mahu tidak mahu satu langkah yang bijak perlu diambil. Lampu kalimantang meman­car terang ke dinding bercat putih. Memantul seluruh kamar tidur. Kipas berbunga tiga masih mampu bergayut di siling. Menge­luarkan kepulan-kepulan angin. 

Suara dari telefon petang tadi masih terngiang-ngiang mencuit gegendang telinga Liza. Arahannya mudah “Liza kau perlu balik ke kampung esok.” Arahan yang tanpa meninggalkan kelu untuk meneka apa yang tersirat dari suara itu. Belum sempat Liza bertindak balas suara itu lenyap. 

Dua lelaki yang hadir serentak dalam hidupnya membuatkan Liza resah. Seorang adalah pilihannya dan seorang lagi adalah pilihan keluarga. Dalam situasi ini yang manakah harus diutamakan? Azlan bukannya menjadi pilihan Liza. Pilihannya Abdul Rahman. Rahman bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di Nilai. 

Runsing yang datang menjegah dini malam mem­buatkan Liza memberatkan masalah itu di ruang mindanya. Liza menarik selimut hingga separuh dada. Dingin malam membelai tulang belulangnya. Memberkas tubuh hingga kesejukan. Pun begitu masih belum dapat membekukan masalah yang dihadapinya. 

Siapa yang harus dipilih? Seorang yang hanya tahu merempit dan seorang lagi dari Dhaka. Keputusan itu perlu ditindak segera. Liza yang tinggal di bandar besar Kuala Lumpur perlu pulang membawa bungkusan jawapan yang menggembirakan kedua belah pihak. Jam randik dikunci tepat jam 6 pagi. Menyambung kembali angan-angan kerisauan yang menuju ke kemuncak. Mata hitam masih tegar untuk dilelapkan. Memi­kirkan setibanya hari esok. Pulang ke kampung. Hati muda berolak kencang. Di ruang mindanya terfikirkan apa perkara yang hendak disampaikan hingga perlukan dia pulang ke kampung. Perkataan ‘perlu’ itu sememangnya harapan yang tinggi meng­gunung yang perlu ditunaikan. 

Usai solat Subuh Liza berangkat ke kampung. Membawa diri yang tidak dapat tidur semalaman. Liza pergi ke stesen kereta api. Perjalanan ke kampung yang memakan masa hampir separuh hari amat memenatkan. Berbekalkan tenaga yang masih berbaki Liza mengusung beg bajunya hingga ke halaman rumah. 

Ayah, Tok Ngah dan emak rancak berborak di ruang tamu. Kehadirannya seperti tidak diendahkan. Di atas meja kopi terdapat empat cawan berisi air teh. Padahal hanya mereka bertiga sahaja yang berada di situ. ‘Mungkin yang satu lagi untuk aku kot.’ Kata hatinya.

“Assalamualaikum.” 
“Waalaikummussalam. Ha Liza… balik pun kamu.” Emak menyapa perlahan. 
“Eh, dah semakin cantik anak kamu Lah.” Tok Ngah cuba berjenaka.
“Kenapa ni? Macam berbincang sesuatu je?” Liza mencelah dari belakang. “Liza macam mana dengan keputusan kamu?” Emak sedikit memberi ruang kepada Liza untuk membuat pilihannya sendiri. Ayah diam-diam ubi. 

Dengan wajah yang bengis sudah pasti dengan pendirian­nya itu. Untuk menjodohkan dengan anak Tok Ngah, Azlan. Emak ragu-ragu dengan bakal menantunya si Azlan. Sikap yang tak ubah seperti hidup segan mati tak mahu. Liza mendiamkan diri.

“Dah buat keputusan?” 
“Keputusan apa?” 
“Kamu jangan buat tak tahu pulak. Cepat bagi jawapan Azlan atau Abdul Rahman?” Ayah seperti singa lapar. Hanya tunggu masa hendak menerkam mangsa. Tok Ngah hanya memerhati. 

“Sa...saya pilih Rah...man, Rahman....”
“Bertuah punya budak. Madu yang aku bagi racun yang kau balas. Aku tak kira apa pilihan kau. Kami dah berbincang kau kena kahwin dengan Azlan juga.”
“Ayah…tolonglah itu pilihan Liza.” “Liza…” Emak tak berani berkata lebih daripada itu. “Azlan tu jahat budaknya. Lainlah Rahman. Dah bekerjaya.” Liza dalam sedu sedan berkata.
“Manusia mana yang tak pernah buat salah. Berilah peluang untuk dia perbaiki diri. Bawalah dia ke pangkal jalan.” 

Sepulangnya dari kampung Liza terus ke tempat kerja. Teka-teki bakal suaminya belum terjawab. Ingin juga untuk mendapat­kan pandangan dari rakan sekerja mahupun rakan karib. 

Ana dan Milah sentiasa bersedia untuk mendengar rintih resah rakan-rakannya. Kalau ikutkan mereka bukannya berke­lulusan kaunseling tapi punyai idea yang bernas. Keadaan Liza seperti tidak terurus membawa masalah dari kampung ke tempat kerja.

“Eh, ada apa mak kau suruh balik kampung?” 
“Ayah aku tu sibuk sangat nak jodohkan aku dengan Azlan tu. Tak mahu aku. Dahlah kaki merempit. Tak bekerja pulak tu. Nanti dah kahwin nak bagi makan apa? Pasir.” 
“Habis tu macam mana dengan keputu­san kau Liza? Siapa kau pilih? Milah dengan mukanya yang serius membelah tekanan yang tertanggung Liza. Ana hanya menyimpul senyuman. 
“Aku tak tahulah siapa yang harus aku pilih.” Liza mengangkat mukanya. Liza mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung. Liza terpaksa memberitahu ayah dia tidak akan memilih Azlan. 

Petang yang ceria menjelma tiba. Stesen kereta api Kuala Lumpur memang ramai orang. Berpusu-pusu orang menunggu dan tertunggu. Liza seperti menanti seseorang yang akan tiba menjemput. Kereta api yang meluncur laju membelah gerombolan angin sesat di perjalanan tiba tepat pada waktu yang tertetap. Liza melangkah keluar dari gerabak. Liza menoleh ke kiri dan ke kanan. Bahunya membawa beban yang berat. Di tangan kanan menggenggam erat beg baju. 

Lama masa menunggu tertunggak Liza mengambil keputusan untuk berangkat. Sesudah orang yang dinantikan tidak muncul Liza mendapatkan teksi yang berbaris panjang di hadapan stesen kereta api. Terpaksa bekejar ke Sentul, mencari Rahman yang berjanji untuk menjemputnya. 

Sebuah rumah yang agak terpencil dari bandar hanya sunyi yang bertandang. Tiada riak bayang manusia yang berselindung di rumah usang itu. Liza berdengus kasar. Bebola matanya berlari-lari ke sekeliling rumah mencari manusia untuk bertanya. Bebola matanya terhenti pada sekeping kertas putih terlekat pada muka pintu yang tertutup erat.

-Liza saya terpaksa kembali ke Dhaka.- Abdul Rahman 

Keluhan berat menjuih keluar. Liuk badannya lemah gemalai. Menyentap hatinya. Daya yang tertinggal masih tidak cukup memikul badan lalu rebah di muka pintu. Terkulai dengan hati yang hancur. Liza seperti longlai dengan apa yang terjadi. Dari kelopak matanya bergenang air mata meleleh turun, membasahi pipinya. Lelaki yang diharap untuk menjadi suaminya itu telah mendustai kepercayaan yang diberi­kan. Telah bersusah payah dia berkorban duit dan segala-galanya untuk lelaki itu tapi dia seperti dibodohkan. Lelaki itu juga menye­babkan hubungan dengan ayahnya renggang. Lelaki itu juga telah memporak perandakan hatinya. Lelaki apakah itu? 

Dari liuk badan yang tak terdaya Liza meringankan kelopak matanya setelah mendengar derapan kaki mendekatinya. Seorang lelaki yang bersongkok dan berbaju Melayu. Lagak gayanya persis seperti Azlan. 

Sumber asal: Warta Perdana

|Pakar SEO Blogspot|

Copyright @ 2014 HASRULHASSAN™. Originally by Templateism | for Terkini MH370 | Read Disclaimer

Ping your blog, website, or RSS feed for Free