As-Salam.
Blog adalah medium luah perasaan, bukan luahkan kemarahan. Ketidakpuashatian boleh disuarakan tetapi biarlah berpada dengan apa yang ingin anda sampaikan. Kalau sampai menyumpah-nyumpah .... ishh HH fikir tak berapa eloklah.
Cara kita menulis dan menyampaikan mesej perlu betul. Kita bukan mahu berperang, tetapi kita mahu menasihati dan cuba betulkan keadaan yang mungkin dah tak berapa betul. Sekali lagi, HH sekadar menasihati ...apabila ada luahan yang menggelegak dalam jiwa, uruskan dulu kemarahan anda ... dan barulah mengadap blog untuk diluahkan kepada mereka yang sudi. Bukan kejap2 tu gak terus hamburkan .... sebabnya nanti ... akan ada 'orang ketiga' yang cuba menghasut hati dan perasaan serta menyesatkan akal. Ingat tu ..:)
Blog adalah tempat untuk anda luahkan dengan kejujuran dan keikhlasan anda terhadap sesuatu - baik peristiwa, gambar, isu dan macam2 lagi. Anda ada hak untuk bersuara, tetapi jagalah hak yang diberikan itu dengan baik berlandaskan peraturan, adab dan akal. Ingat anda seorang yang punyai pegangan agama ... anda ada Tuhan dan ada dosa serta pahala yang perlu ditanggung.
Terima kasih kerana sudi baca.
emmm rugi nye ler kalau takat berblog tuk sakit kan hati org lain .. bkn dpt pe pun, dpt dose lg ado le
ReplyDeletestakt ni x jumpa lg blog cmtuh...
ReplyDeletetp kalu kt FB mmg bersepah..
Yezz.sokong tu.tp, nak bt mcmane..klu tegur nnt katenye,ni blog die..suke ati den la kan...tp, CM cube sedaye upaye tidak membawa masalah rumah tangga dlm blog..hehehe...tapi ad jugak terbace 1 blog tu..die baru pas bw..pastu die bt 1 entry hasil bw die..die bebel la ada blog tak cantik pun..huduh..tapi follower rmi pastu byk komen kat entry..part blog buruk tu terasa pulak aii..haha...tapi,CM tgk blog beliau pun, takde la cun sgt smp nak mengeji blog org len..
ReplyDeleteops..termengumpat!heheeeee...
assalamualaikum HH...x baik bergaduh sesama blogger ni cuba cari jln penyelesaian yg baik org pun suka n x rugi apa2 pun kalau sesama kita berbaik...:)
ReplyDeleteplatform blog ni terpulang kpd sesape yg gunakannya..kalo niatnya baik tu, akan jadi baik la dunia blogger ni. kalo sebaliknya? terpulang la..
ReplyDeletesangat setuju dengan HH.. Ada cara baik untuk menegur di dalam blog.. Saya sendiri pun dah terkena dimana ada orang menulis tentang blog saya.. Terima ajelah.. huhu
ReplyDeletekdg2 depa ingat orang x baca kot.. kesian.. ini namanya etika penulisan kurenggg
ReplyDeletelom jumpe agi blog sumpah seranah..hope tak jumpe sbb tak sanggup nak bace hehehhe
ReplyDelete@una imana Jika selalu blogwalking ...pasti akan jumpa
ReplyDelete@CIK MAY Terima kasih cik May dengan komen ini ...:) terbaekk
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.