7 Panduan Memilih Telekung Solat

Panduan dan cara memilih telekung Solat. Kalau wife dan sanak sedara singgah ke Pasar Kemboja Parit Buntar, memang akan teruja melihat banyak jenis telekung Solat dijual di situ. Semuanya murah-murah, dan kalau baca 5 Tips Beli Belah Di Pasar Kemboja Parit Buntar mungkin boleh dapat harga super duper murah, terutama kalau ada di antara anda yang mahu merebut peluang jana income dengan jual telekung secara online mahupun offline.

Pasar Kemboja ini juga merupakan antara lubuk untuk dapatkan supplier produk barangan untuk bisnes terutama bisnes tudung dan bisnes baju kurung. Banyak tudung dan telekung cantik-cantik boleh dapat di sini, dan jangan terkejut anda boleh nampak jenama tudung Fareeda pun ada dijual di sini, malah patern yang dijual lebih cantik dan terkini. Serius cakap ni ...

Telekung Laris Di Pasar Kemboja Bila Tiba Bulan Ramadhan

7 Panduan Memilih Telekung Solat
Dan apabila dekat dengan bulan Ramadhan, antara produk terlaris dan mendapat sambutan paling hangat di Pasar Kemboja Original Jalan Sempadan ini tentulah telekung. Ada yang kata, harga telekung cantik-cantik di sini tak jauh beza dengan harga telekung yang dijual di tempat shopping Bandung, Indonesia. Mungkin ada yang boleh dapat harga lebih murah dari senarai pembekal sendiri, tetapi buat mereka yang nak cari untuk pakai sendiri, dan bisnes kecil-kecilan, memang sangat disyorkan dapatkan produk telekung solat di sini.

Kalau isteri saya mencari telekung di Pasar Kemboja, selalunya akan gunakan panduan berikut untuk pilih telekung, samada untuk dipakai sendiri, atau disedekah pada sanak-sedara dan kawan-kawan. Anda juga boleh gunakan tips dan panduan memilih telekung solat ini, in Sha Allah.

7 Panduan Memilih Telekung Solat

  1. Pastikan saiz betul dengan si pemakai, agar nanti bila pakai tidaklah terdedah aurat ketika menunaikan solat.
  2. Bukan hiasan kerawang atau butiran corak yang perlu dipentingkan, tetapi adalah jahitan kemas dan fungsi telekung itu, agar ia tidak terjejas.
  3. Pilih telekung dari jenis kain kapas. Ia lebih selesa dan menyerap peluh. Ini akan menjadikan telekung tidak berbau busuk.
  4. Pastikan telekung itu tidak terlalu menonjol dengan hiasan kerawang atau corak. Pastikan ia kurang kira-kira 20 peratus dari keseluruhan telekung.
  5. Pilihlah telekung yang punyai beg khas. Mudah untuk dilipat dan disimpan. Telekung yang banyak sangat kerawang kadangkala sukar nak lipat dengan baik.
  6. Elakkan memilih telekung yang ada hiasan sekitar wajah, ia boleh ganggu kusyuk solat. Jika pilih kerawang, ia akan buat si pemakai rasa kurang selesa.
  7. Kainnya mestilah jangan terlalu nipis hingga menampakkan bentuk tubuh. Telekung bertujuan untuk sorokkan bukan untuk serlahkan bentuk badan ketika solat.


Saya harap dengan sedikit perkongsian ini akan dapat bantu para isteri mahupun suami memilih telekung solat yang terbaik dan sempurna. Jangan tersilap niat antara mahu beribadah dengan sempurna dengan tampil sedap mata memandang di bulan Ramadhan .. hoho ...

Ok, harap perkongsian ini membawa manfaat kepada yang mencari. In Sha Allah.