Klik Sini Untuk Tempahan Rujukan
Tempoh hari, saya dan anak-anak berkesempatan untuk pergi ke Festival Royal Floria Putrajaya 2015, yang bermula dari 31 Mei hingga 7 Jun 2015 bertempat di Presint 4, Putrajaya. Saya difahamkan festival Royal Floria Putrajaya tahun ini mengambil bunga Teratai atau Lilium sebagai tema utama. Tetapi, kunjungan saya dan anak-anak lebih untuk melayan bunga Orkid cantik yang banyak dipersembahkan dalam festival ini.

Walaupun terpaksa berpanas seawal jam 10 pagi, saya dan anak-anak memang teruja nak lihat kepelbagaian hiasan bunga dan taman. Anak-anak seronok sebab dapat lihat taman-taman hiasan yang dibina menggunakan bahan terbuang dan kitar semula. Bagi mereka, itu satu perkara yang unik dan menarik, apatah lagi Amri anak sulong saya memang suka bab-bab reka-mereka ni. Anak kedua saya, Zikri siap dah pasang angan-angan nak buat eksperimen sendiri.... hoho ... nanti saya kongsikan gambar taman-taman ini dalam post yang lain ye.

Layan Orkid Cantik di Festival Royal Floria Putrajaya 2015

Orkid Cantik di Festival Royal Floria Putrajaya 2015
Untuk blog post kali ini, saya nak kongsikan beberapa gambar orkid cantik yang ada dipamerkan di festival Royal Floria Putrajaya 2015 ini. Nasib baik, ada khemah besar khas siap dengan hawa dingin disediakan untuk peminat-peminat Orkid. Uhh macam-macam jenis Orkid ada dipamerkan. Cuma kami terlepas event pertandingan hias Orkid yang ada diadakan.

Foto Gubahan Orkid di Festival Royal Floria Putrajaya 2015

Ok, jom layan beberapa gambar yang saya ambil menggunakan Asus Zenfone 6 ini.
Orkid Cantik di Festival Royal Floria Putrajaya 2015
Orkid Cantik di Festival Royal Floria Putrajaya 2015
Orkid Cantik di Festival Royal Floria Putrajaya 2015
Orkid Cantik di Festival Royal Floria Putrajaya 2015
Orkid Cantik di Festival Royal Floria Putrajaya 2015
Ada banyak sebenarnya gubahan orkid cantik-cantik, tetapi sebab orang terlalu ramai, jadi susah saya nak dapatkan gambar serta foto yang cantik, apatah lagi menggunakan hanya telefon kamera. Tambah lagi dengan anak-anak yang asyik mengajak ke Taman Dingin yang terletak berdekatan...hoho.

Malang sekali, saya dan anak-anak tak kesempatan untuk masuk ke Taman Dingin atau Taman Musim Sejuk yang ada di Royal Floria Putrajaya ini, disebabkan ramai orang beratur nak beli tiket. Dah la kena beratur untuk beli tiket, kena beratur pula kali kedua untuk masuk. Hmm .. . memang taklah kalau dah bawa anak-anak ni .. hoho.

Oh ya, untuk masuk ke Royal Floria Putrajaya 2015 ini, kena bayar ye ... ianya bukan percuma... hoho. Nasib baik saya hanya pergi dengan 3 orang anak saya, hanya dua orang kena bayar, 1 dewasa dengan dua kanak-kanak, anak saya yang kecil masuk percuma.

Masuk-masuk je dapat cenderahati daripada Langkawi .. hoho .... lalala.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wah.. Cantiknya Orkid2 tuh.. eee geram jer nengoknya. Letak aaa lagi gambar bunga bebanyak bro, Bagi kami yang tak berpeluang pergi nih menjamu mata.

    ReplyDelete
  2. cantiknya orkid.. Alycia mmg minat orkid.. walaupun tinggal di Putrajaya tp xsempat nk pergi huhu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement