Jual tudung Fareeda tiruan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tak payah nak cerita mengenai tudung Fareeda, ia merupakan produk hangat di pasaran. Harga tudung ni ... perghh usah cakaplah, hanya wanita tertentu je yang mampu memakainya. Dek sebab populariti dan harganya, ada yang ambil kesempatan jual produk tiruan untuk dapat untung lipat kali ganda.

Apa yang saya mahu ketengahkan ialah mengenai cara tudung tiruan ini dijual iaitu secara online. Dengan menggunakan laman sosial Facebook, peniaga yang menciplak tudung Fareeda ini menjual dengan harga yang sama tetapi hakikatnya ia produk yang kualiti rendah. Untung banyak tuuuu ....

Jual Tudung Fareeda Tiruan Secara Online


Model tudung Fareeda cun cantik

Memetik Kosmo Online:

PUTRAJAYA – Kerakusan enam peniaga termasuk sepasang suami isteri menjual tudung jenama terkenal Fareeda yang diciplak mengundang padah apabila premis mereka diserbu baru-baru ini.

Dalam serbuan berasingan di Batu Caves, Gombak, Selangor dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 20 Mac dan 3 April lalu, sebanyak 1,225 helai tudung tiruan jenis Fareeda Aisya dan Fareeda Mariya bernilai RM77,065 dirampas.

Tudung tiruan jenama tersebut dijual pada harga sama seperti tudung Fareeda yang asli.

Sebab tak best inilah yang akan buatkan ramai pelaku bisnes online terpalit ketidakpercayaan. Disebabkan angkara peniaga online rakus kaut keuntungan, susah nanti pemilik bisnes online lain nak cari makan.

Ini juga antara sebab pihak kerajaan mula ambil langkah untuk mewajibkan mereka yang ada bisnes online supaya daftar pernigaan dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

Nak jual biarlah jujur. Kalau dah buat tahik macam ni, apa yang berlaku adalah akan tutup periuk nasi orang lain. Kasihan yang lain. Nak untung lebih pun biarlah kena cara... ehem..ehem ...

p.s: Gambar tu sekadar hiasan


10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tudung fareeda telah dipatenkan dan orang ramai or para peniaga tak boleh sesuka suki hati tiru design tudung fareeda... mereka ada hak untuk menyaman sesiapa saja yang melakukannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, nanti nak paten gak la blog ni .. leh tak Farah?

      Padam
  2. sy x mampu nak beli tudung fareeda nie...huhuhu...

    BalasPadam
  3. Keluaran Fareeda yang awal2 pernah beli tapi sekarang x lagi dan bukan sebab bertukar ke yang tiruan...bertukar ke tudung yang lebih mampu dibeli dan lebih mengikut syariat dalam menutup aurat itu yang lebih penting..

    BalasPadam
  4. Tak mampu nk beli tudung fareeda

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Tudung fareeda? Tak pernah beli pun sebab deno hanya pakai tudung bawal .. Hihik^^

    BalasPadam
  7. sekali kena saman.. tak memadai dgn yg dijual.

    BalasPadam
  8. dulu2 adidas,nike,puma je yang bnyak..
    tak sangka pulak tudung pun ada org nk ciplak.
    hebat branding Fareeda nie

    BalasPadam
  9. hmm tudung fareeda ni kalau beli siap nak kena beratur kat bangi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement