Tahukah anda bahawa terdapat lebih daripada 100 varieti atau jenis buah Durian yang ditanam di Malaysia. Namun, hanya 8 jenis buah Durian yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk dikomersilkan; iaitu D24 (Bukit Merah), D99 (Kop Kecil), D123 (Chanee), D145 (Beserah), D158 (Kan Yau), D159 (Mon Thong), D169 (Tok Litok) dan D197 (Raja Kunyit/Musang King). Buah durian jenis ini kebanyakkannya dieksport ke Jepun, Korea, Australia, New Zealand termasuk Amerika Syarikat dan Timur Tengah.

Manakala buat peminat durian tempatan, kebanyakkannya suka menikmati Durian D2 (Dato Nina), D118 (Durian Tembaga), D175 (Udang Merah), D197 (Raja Kunyit/Musang King), D200 (Duri Hitam/Ochee), Durian D168 (Durian Mas Hajah Hasmah/IOI), tidak dilupa Durian D160 yang turut dikenali sebagai Durian Tekka atau Durian Buluh Bawah - yang turut menerima jolokan sebagai Musang Queen. Namun begitu, Durian Kampung tetap menjadi antara pilihan paling popular disebabkan rasanya serta harganya yang lebih murah.

Senarai 62 Jenis Durian yang Terdapat di Dusun Jabatan Pertanian

Senarai 60 Jenis Buah Durian di Malaysia

Secara rasminya, sehingga Jun 2022, terdapat 137 varieti buah Durian yang telah didaftarkan di Jabatan Pertanian Malaysia. Setiap jenis buah durian ini mempunyai tekstur, rasa dan bentuk buah yang berbeza. Ada yang manis kelat, manis pahit, manis berlemak, manis pahit berlemak, manis susu dan sebagainya. Harga setiapnya juga berbeza, sesuai dengan faktor rasa, usia pokok, kebolehdapatan selain permintaan.

Berikut adalah senarai 62 jenis atau varieti buah Durian yang telah didaftarkan dan kini ditanam di dusun-dusun Pusat Pertanian di seluruh Malaysia.

Senarai Buah Durian di Malaysia

Senarai Buah Durian di Malaysia

Senarai Buah Durian di Malaysia

Senarai Buah Durian di Malaysia

Secara peribadi, saya lebih sukakan durian kampung yang terdapat pelbagai rasa. Namun, daripada pengalaman menikmati buah durian jenis durian klon/kahwin; saya lebih sukakan buah Durian Tekka dan Duri Hitam.

Durian Nasi Kunyit - Durian 'Rare' Pulau Pinang

Durian Rare - Durian Nasi Kunyit Pulau Pinang

Durian Pencen atau Durian Nasi Kunyit juga sedap tetapi sukar untuk diperoleh kerana ia merupakan varieti durian terawal dan sudah tidak banyak dusun yang mengeluarkan buah jenis ini. Buah durian ini rasanya manis, pekat, warna buah seakan kunyit, manakala baunya harum seakan bunga kacang.

Jika ditanya, buah durian negeri mana yang sedap; saya akan mengesyorkan buah durian Balik Pulau dan durian Bentong/Raub. Rasanya lebih pekat daripada durian tempat lain. Manakala, jika mahu mencari durian kampung, saya lebih sukakan durian Batu Kurau dan Kuala Kangsar yang rata-rata berharga jauh lebih berpatutan dari durian tempat lain.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Banyak betul nama durian... Yg pasti memang sedap dan LeYa peminat durian...hehe..

    BalasPadam
  2. tu diaa.. banyak nyaa...... hahahha idokler teman tahu... https://modernmumthingy.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement