Tahniah kepada semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020! Anda hebat! Keputusan SPM tahun 2020 telah merekodkan satu kejayaan cemerlang apabila pencapaian SPM kali ini mencatatakan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80, iaitu yang terbaik dalam tempoh lima tahun.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin, GPN pada 2019 adalah 4.86 manakala 4.89 pada 2018, 4.90 pada 2017 dan 5.05 pada 2016. Untuk pengetahuan, nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon SPM yang lebih baik; begitulah sebaliknya.

Top 10 MRSM Terbaik Bersandarkan Keputusan SPM 2020

Senarai Top 10 MRSM SPM 2020

Amnya tahun 2020, peratus calon yang layak menerima sijil SPM meningkat sebanyak 1.96 peratus iaitu 88.68 peratus berbanding 86.72 peratus pada tahun 2019. Malah, calon berkeperluan khas (CBK) yang layak menerima sijil SPM pada tahun 2020 juga meningkat kepada 68.22 peratus, berbanding 61.34 peratus pada 2019.

MRSM Catat Keputusan Cemerlang SPM 2020

Daripada keputusan SPM 2020 yang telah diumumkan pada 10 Jun 2021, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mencatatkan prestasi cemerlang dengan beberapa MRSM mencatatkan GPM (Gred Purata Maktab) kurang daripada 2.0.


Senarai 10 MRSM tersebut adalah:

  1. MRSM Tun Ghafar Baba
  2. MRSM Langkawi
  3. MRSM Taiping
  4. MRSM Alor Gajah
  5. MRSM Kuala Kubu Bharu
  6. MRSM Johor Bahru
  7. MRSM Kuantan
  8. MRSM Pengkalan Hulu 
  9. MRSM Gemencheh
  10. MRSM Tun Dr Ismail


Secara keseluruhan SPM 2020 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.359 yang menunjukkan peningkatan prestasi berbanding SPM 2019 (2.538) dan SPM 2018 (2.458). Malah, MRSM juga mencatata 100 peratus gred lulus dalam semua subjek.

Seramai 1,098 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mendapat semua A (A+, A dan A-) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan. Dalam jumlah tersebut, seramai 22 orang calon berjaya mendapat A+.

Tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja, tenaga pengajar, ibubapa dan juga pelajar (calon SPM 2020). Sesungguhnya kejayaan manis ini akan menjadi antara kayu pengukur kepada keputusan SPM akan datang, memandangkan ia dijalankan di waktu negara bergelut dengan Pandemik Covid-19.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alhamdulilah dan tahniah kepada mereka yang berjaya

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tahniah pada anak2 yg berjaya dengan cemerlang

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Cara Menjadi Jutawan PRODUK JENAMA SENDIRI. Diskaun 40% - Terhad!KLIK SINI

Muat Turun 176 Template Copywriting Story-Telling DI SINI. Hanya Copy-Paste Shj.

Advertisement