Hari ini saya nak kongsi satu resepi yang simple tetapi sedap, terutama buat mereka yang menggemari ikan Siakap. Resepi yang saya ingin kongsi di dalam post kali ini ialah Siakap Masak Stim Limau Lemon.

Aha ... ada yang kecur air liur tak bila sebut nama resepi ni? Ke takde? Adakah saya seorang sahaja yang syok sendiri? Hahahahaha ...

Resepi Siakap Masak Stim Limau Lemon

Resepi Ikan Siakap Masak Stim Lemon

Menu resepi ini sememangnya resepi yang agak popular terutama kepada penduduk di Thailand yang berdekatan dengan muara sungai atau laut. Malah, di Malaysia .. masyarakat Cina khususnya amat menggemari menu masakan stim seperti ini.

Ada banyak resepi sedap yang menampilkan ikan siakap, dan salah satunya ialah masak stim lemon.

Atas sebab saya tak dapat nak sediakan buah lemon yang mencukupi, maka saya gunakan buah limau kasturi yang memang ada ditanam di halaman rumah.... huhu .. benda dah ada dan percuma, maka gunakanlah dengan sebaiknya, ye tak? hehehehe ...


Baik .. kita terus ke resepi yang telah saya sendiri cuba sebelum ini.

Bahan-Bahan

  • Ikan siakap 1 ekor
  • 1 biji lemon
  • 3 - 5 biji limau kasturi
  • 1 batang serai yang dihiris kasar
  • 5 hirisan nipis halia
  • 1 - 3 tangkai cili kecil merah
  • 5 - 10 tangkai cili kecil hijau atau cili padi
  • 5 ulas bawang putih yang dicincang kasar
  • 1 batang daun ketumbar
  • Setengah kiub pati ayam
  • 4 sudu besar sos ikan

Cara Memasak

Cara Masak Ikan Siakap Stim

Ok, mudah sahaja nak menyediakan resepi Ikan Siakap Stim ini.

Pertama sekali perlulah bersihkan ikan siakapdari bau yang kurang menyenangkan. Aha .. ikan siakap muara boleh mendatangkan bau hanyir yang bakal merencatkan selera makan anda jika tidak dibersihkan, jadi ... seeloknya jika nak merasa resepi ini sedap, cari ikan siakap segar - yang dipancing dan bukan ikan siakap bela yang biasanya ikan siakap muara.

  1. Bersihkan ikan. Gunakan air hirisan limau nipis (jika ada), tak pun gunakan sahaja limau kasturi. Jika tiada, boleh sahaja gunakan air asam jawa.
  2. Masukkan hirisan serai dan juga halia ke dalam perut ikan.
  3. Kemudian, kukus ikan siakap ini dengan api sederhana. Apabila hampir masak, kecilkan sedikit api.

Kuah/Sos

  1. Goreng bawang putih yang telah dicincang tanpa minyak sehingga naik bau atau warna keperangan.
  2. Masukkan sedikit air, kiub ayam, sos ikan, hirisan serai, cili merah dan cili api yang telah dicincang/dihiris ke dalam kuali.
  3. Biarkan ia bersebati, kemudian apabila sudah sedikit menggelegak, masukkan pula air hirisan lemon dan limau.
  4. Akhir sekali, masukkan sos atau tuangkan ke atas ikan siakap tadi lalu biarkan ia dikukus selama lebih kurang 3 minit. Jangan lupa masukkan daun ketumbar yang telah dihiris.

Selesai.

Mudah je kan? Benda paling penting ialah sos atau kuahnya. Jika kuahnya sedap, in Sha Allah, ikan Siakap Stim Limau Lemon akan jadi lauk yang sedap samada untuk makan tengahari atau makan malam anda.
Selamat mencuba.

buy Now Russel Taylors

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Nampak merbeles ikan siakap stim limau HH :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sos dia tu sedap. Nak cepat, leh beli sos cili thai .. hehehe

      Delete
  2. sedapnya, hirup panas2 dgn nasi panas..mcm mkn restoran thailand!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha ... ya ya ... tu la .. ia jadi lagi sedap jika ikan siakap tu fresh. Biasa saya buat untuk ikan siakap yang saya pancing sendiri. Mmeg terbaiklah.

      Delete
  3. Wahhh dari bahan-bahan dia dah tau sedaaapp!!! Boleh try buat nanti ni!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle