Siakap Chalet Amir Kampung Baru. Ni entri berani pecah rahsia punya ... haha. Hari tu ada cerita di Facebook, ramai juga yang nak tahu, apatah lagi selepas saya muat naik deretan ikan siakap yang berjaya dipancing di Chalet Amir Kampung Baru.

Chalet Amir Kampung Baru dah lama popular, tetapi sebab lokasinya yang agak tersorok, jadi tidak ramai yang tahu. Popular ni maksud saya di kalangan kaki penjejak ikan Siakap. Saya dan ahli keluarga pun sebenarnya baru tahu lokasi memancing ikan siakap dan kurau ini pada tahun 2013. Dan semenjak itu, saya satu famili termasuk sekali ipar duai memang sering ke Chalet Amir.

Siakap Chalet Amir Kampung Baru

Di sinilah letaknya lubuk ikan Siakap dan juga Kurau. Kalau mahu memancing ikan Siakap di Chalet Amir, kena ada teknik dan umpan yang sesuai. Kalau tidak memang tak merasalah nak menjerat Raja Muara ni.

Saya dan famili sudah lebih 5 kali bermalam di Chalet Amir. Dan agak malang bagi diri saya, masih belum lagi merasa tarikan dan hambatan si Raja Muara. Yang sering bernasib baik adalah adik ipar saya, setakat entri saya tulis ni, dah lebih 5 ekor Siakap dinaikkan. Ada saiz besar, ada saiz sederhana. Paling berat rasanya cecah 5 kilo.
Siakap Chalet Amir Kampung Baru

Tips Memancing Siakap Chalet Amir

Kata mereka yang berjaya menjerat Siakap di Chalet Amir ni, umpan udang kaki merah hidup adalah umpan yang paling ngam sekali. Dengan menggunakan teknik memancing berpelampung, mata kali dipasang pada perambut panjang sedepa.

Masa nak menjerat ikan Siakap ini pula adalah ketika air baru nak pasang dan ketika baru nak surut. Ketika ini, ikan Siakap galak mencari makanan.

Namun begitu, hasil pancingan bergantung juga dengan keadaan air. Ada beberapa kali ke Chalet Amir dengan hasil yang mendukacitakan.

Selain Siakap, ada pemancing yang berjaya naikkan Kurau dan juga Jenahak. Tapi setakat ini, saya cuma pernah saksikan ikan Siakap dan Tetanda (anak Jenahak) yang dinaikkan menerusi pancing. Kalau nak memancing ikan Tetanda, kena gunakan umpun-umpun baru boleh dijerat. Kadangkala ada Tetuka yang makan umpan udang mati. Telinga Gajah pun ada di Chalet Amir ni, begitu juga dengan ikan Belanak dan Senangin.
Kurau Siakap Chalet Amir Kampung Baru
Ehsan: Facebook Chalet Amir

Lokasi Chalet Amir

Lokasi Chalet Amir terletak di Kampung Baru, Ayer Tawar, Perak. Jika dari arah Ipoh, anda akan jumpa satu simpang belok ke kanan, bersebelahan stesen minyak Shell; sebaik sahaja anda melepasi pekan Ayer Tawar. Anda perlu menuju hingga habis jalan tersebut dan terjumpa jeti nelayan Kampung Baru. Betul-betul sebelum sampai ke jeti atau hujung jalan, ada satu simpang kecil masuk ke kanan. Di situlah letaknya Chalet Amir dan beberapa chalet yang lain.

Cara lain untuk ke lokasi ini, ialah daripada Jambatan Seri Bainun, iaitu dari arah Taiping. Ada satu simpang ke kiri dari jalan besar yang menuju ke Kampung Baru. Nak senang .. lihat je signboard, memang ada dah .. hoho.

Lokasi Memancing Jambatan Seri Bainun

Dari lokasi Chalet Amir Kampung Baru ni boleh kelihatan jelas Jambatan Seri Bainun, yang juga menjadi lokasi pemancing popular di sini. Saya pernah memancing di bawah atau di tiang Jambatan Seri Bainun. Merasalah juga naikkan ikan Kembong (guna Appolo), Selar Kuning, GT (Nyok-nyok), Pari dan Kerapu. Tapi ini kisah tahun 2010 .. sekarang lokasi tersebut dah kurang menyengat dah... hoho.

Cara Nak Tempah Chalet Amir

Chalet Amir ada beberapa rumah yang boleh anda tempah dan sewa dengan harga sangat berpatutan mengikut jenis chalet. Tetapi ... hoho ...  selalunya akan penuh disebabkan dah ramai pelanggan tetap yang sering ke situ, termasuklah saya dan famili .. jadi, kalau yang baru nak merasa tu, kena pilih hari yang dirasakan takkan ada orang nak melepak di situ - selalunya bukan cuti sekolah.

Tempahan boleh menggunakan telefon, tetapi saya nak nasihatkan, jangan terlalu yakin bila dah tempah menerusi telefon, sebab tuan punya Chalet Amir ni sering terlupa. Pernah beberapa kali datang, sedar-sedar Chalet ditempah dah ada orang lain yang masuk .. hahaha....

Nak nombor telefon, anda boleh cari di Facebook Amir Chalet... hoho ...

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement