Pusat Sains Negara (PSN) Wilayah Utara. Selama ini saya tak pernah tahu pun yang Pusat Sains Negara mempunyai cawangan di tempat lain. Tetapi selepas pertama kali bawa anak-anak ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur, baru saya tahu yang PSN ini ada cawangan di Kedah.

PSN Wilayah Utara adalah satu-satunya cawangan Pusat Sains Negara yang ada dan ianya terletak berdekatan dengan Taman Rekreasi Gunung Keriang. Secara tepatnya, ia terletak bersebelahan dengan Muzium Padi dan juga Pusat Akuatik Negeri Kedah.

Pertama Kali Kunjungan ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara (PSNWU)

Pusat Sains Negara Wilayah Utara, Gunung Keriang, Kedah

Mungkin ada di antara anda yang dah pernah ke PSN Kedah ini, dan mungkin ada yang baru tahu akan kewujudannya. Apapun, bolehlah baca dan tengok beberapa gambar perkongsian saya ini semasa berkesempatan untuk melawat Pusat Sains Negara Wilayah Utara ini.

Pusat Sains Negara Cawangan Utara

PSN Wilayah Utara dibuka setiap hari dari Khamis sehingga Sabtu mulai jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Ada bayaran dikenakan, tetapi tak adalah semahal harga masuk ke taman tema. Dengan bayaran cuma RM1, anda dan anak-anak (terutamanya) dapat belajar mengenai dunia sains yang penuh misteri dan keajaiban.

Komplek PSN ini memang besar, dan ia menempatkan beberapa galeri pameran.

Pusat Sains Negara Wilayah Utara di Kedah


Pusat Sains Negara Cawangan Utara
Galeri Pameran Pusat Sains Negara Cawangan Utara

Semasa saya dan keluarga ke PSN Wilayah Utara ini, ada dua dewan pameran yang dibuka. Setiap satu dewan pameran ada aktiviti menarik yang boleh dibuat. Barang pameran juga agak menarik dan mampu membuatkan otak separuh umur saya ini 'terkaku'.

Anak-anak saya juga seronok berada di PSN ini, malah mereka enjoy melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan, termasuklah anak saya yang paling bongsu berumur 2 tahun lebih (ketika itu).

Emak saya pun sempat melayan beberapa permainan IQ yang ada... 

Galeri Pameran Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Meh tengok beberapa gambar sekitar kunjungan pertama kali kami sekeluarga ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara (PSNWU) ini pada sekitar akhir tahun 2019.

Kunjungan Pertama Kali ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Galeri Pameran Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Galeri Pameran Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Galeri Pameran Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Galeri Pameran Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Aktiviti Di Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Saya kongsikan juga beberapa aktiviti yang anak-anak saya buat ketika berada di dewan pameran pusat sains ini. Dan yang paling menarik ialah Basikal Kabel kerana ia pastinya akan menguji tahap keberanian anak selain belajar fakta sains di sebaliknya.

Apa ada di Pusat Sains Negara Wilayah Utara, Kedah
Apa ada di Pusat Sains Negara Wilayah Utara, Kedah


Aktiviti Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Aktiviti Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Aktiviti Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Aktiviti Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Aktiviti Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Aktiviti Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Kemudahan di Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Selain dari dewan pameran, kompleks ini juga menyediakan beberapa kemudahan lain seperti surau, kafetaria dan juga kedai cenderahati. Di luar kompleks pula ada kawasan untuk rekreasi anak-anak.

Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Kemudahan tempat letak kenderaan juga disediakan memandangkan tempat ini agak luas. In Sha Allah, tiada masalah buat para pengunjung.

Pusat Sains Negara Kedah

Untuk aktiviti terkini mengenai Pusat Sains Negara Wilayah Utara ini, anda boleh rujuk di FB Page PSNWU.

Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Bisnes Bundle