Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Ramai ibubapa yang masih lagi belum mendapat info penuh berkaitan PKSK ini, terutama untuk permohonan kemasukan anak ke Tingkatan 1 dan juga ke Tingkatan 4 tahun 2021 ke sekolah-sekolah tertentu.

PKSK dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah MenengahTeknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Tatacara Permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Menerusi PKSK 2021

Cara Memohon Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Khusus 2021

Saya mempunyai anak yang ketika ini berada di tahun enam, dan in Sha Allah, bakal memasuki ke Tingkatan 1 pada tahun hadapan (2021), maka info penting mengenai PKSK ini memang perlu diambil perhatian.

Memandangkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan juga Penilaian Tingkatan 3 (PT3) dimansuhkan pada tahun ini (2020) kerana wabak pandemik Covid-19, pihak kerajaan perlu melaksanakan inisiatif atau kaedah lain untuk keperluan pemilihan kemasukan ke sekolah-sekolah khusus.

Sekolah khusus yang dimaksudkan adalah melibatkan:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
PKSK Sekolah Khusus

Semua murid dan pelajar yang akan ke Tingkatan 1 dan juga ke Tingkatan 4 perlu perlu membuat permohonan secara online menerusi satu sistem secara single entry point seperti yang dimuktamadkan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 22 Mei 2020.

Apa maksud 'single entry point'?

Single entry  point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Sistem ini adalah kaedah pentaksiran standard secara berpusat yang digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus untuk tahun 2021. Ini bermakna semua murid dan pelajar yang ingin memasuki Sekolah Khusus WAJIB untuk membuat permohonan secara online serta menjalani PKSK ini seperti tarikh ditetapkan oleh KPM.

Kelayakan Memohon

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM adalah layak untuk memohon dan menduduki PKSK ini.

Tarikh Penting Berkaitan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Untuk ibubapa yang mahukan anak melanjutkan persekolahan ke sekolah-sekolah khusus yang disediakan oleh KPM, sila ambil perhatian mengenai tarikh-tarikh penting di bawah ini:

Cara Mohon SBP, SMKA, Sekolah Teknik 2021

Cara Membuat Permohonan Sekolah Khusus

Daripada jadual tarikh di atas, permohonan untuk kemasukan ke sekolah khusus Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat bermula dari 7 September hingga 2 Oktober 2020. Permohonan hanya boleh dibuat secara online.

Permohonan untuk kemasukan boleh di akses menerusi pautan di bawah:

Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.

Sistem akan membuat padanan dengan data maklumat yang telah ada dalam sistem APDM. Kemudian, pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah samada SBP/SMKA/SMT/KV/MTD, jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

Kaedah ini sama seperti permohonan online ke SBP dan juga MRSM sebelum ini.

PKSK Wajib Untuk Permohonan ke Sekolah Khusus

Murid yang telah membuat permohonan secara dalam talian tetapi tidak menduduki PKSK tidak akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke  mana -mana Sekolah Khusus - Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah MenengahTeknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Semakan Menduduki PKSK

Semua murid yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu di  https://www.moe.gov.my mulai 7 hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 dan pada 12 Oktober hingga 6 Nov 2020 bagi Tingkatan 4

PKSK ini hanya boleh dijalankan di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan dan tidak boleh dilakukan di rumah.

Tarikh Duduki PKSK

PKSK akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan di seluruh negara pada 12 hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 dan pada 26 Oktober hingga  6  November 2020 bagi Tingkatan 4.

Semakan Keputusan dan Rayuan Kemasukan ke Sekolah Khusus 2021

Keputusan permohonan kemasukan ke sekolah khusus boleh dibuat secara online seperti berikut:

Buat calon yang tidak berjaya untuk ditempatkan ke sekolah khusus, rayuan boleh dibuat secara online menerusi pautan yang sama (di atas) mulai 15 hingga 27 Januari 2021 untuk tingkatan 1. 

Manakala bagi calon Tingkatan 4 yang tidak ditawaran ke mana-mana sekolah khusus boleh membuat rayuan secara online di pautan yang sama bermula 5 hingga 19 Februari 2021.

Keputusan rayuan juga boleh disemak secara online menerusi pautan sama yang telah diberikan.

Secara amnya proses permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk tahun 2021 menerusi PKSK ini adalah seperti ditunjukkan di bawah ini:

Proses Permohonan ke Sekolah SBP, SMKA, MRSM 2021
Anda juga boleh rujuk pautan ini - Maklumat Umum PKSK KPM sebagai alternatif untuk mengetahui mengenai perlaksanaan PKSK ini.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih HH. nice saharing., tuk anak saya yg darjah 6...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement