Siapa yang kaki game perlu baca artikel ini. Ia bakal memberitahu fakta penting samada anda seorang yang berada dalam ketagihan permainan video atau sebaliknya.

Zaman ini, boleh dikatakan permainan video sudah menjadi sebahagian dalam kehidupan, apatah lagi ia kini boleh dimainkan secara online di mana sahaja menerusi telefon bimbit. Ia tidak lagi terhad di komputer atau kedai permainan video.

Permainan Video Menjadi Sebahagian Kehidupan

Tanda-Tanda Ketagihan Bermain Video Game

Permainan video atau video game sejak penghujung tahun 90an kini merupakan salah satu daripada aktiviti yang banyak dimainkan oleh ramai orang pada masa lapang baik kanak-kanak, remaja mahupun golongan dewasa.

Boleh dikatakan sekarang, hampir di mana sahaja kita boleh nampak ada yang sedang bermain permainan video ini.

Kecenderungan ini telah sedikit sebanyak merisaukan. Adakah mereka yang kerap bermain permainan video ini dikategorikan sebagai ketagihan?

Bagaimana dengan golongan yang menjadikan permainan video ini sebagai salah satu sumber atau punca pendapatan malahan kerjaya dalam hidup?



Apa Maksud Ketagihan Permainan Video?

Tanda Ketagihan Main Permainan Video

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan permainan video?

Ramai yang tidak sedar bahawa kebanyakan daripada mereka mungkin sedang mengalami ketagihan terhadap permainan video.

Permainan yang pada mulanya hanyalah sebagai satu cara mengisi masa lapang, kini telah banyak menjejaskan keadaan kesihatan mental pemainnya.

Gaming Disorder

Walaupun American Psychiatric Association (APA) tidak mengelaskan ketagihan game ini dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM), namun WHO ada menyatakan ‘gaming disorder‘ dalam International Classification of Diseases (ICD-11).

Menurut WHO, ‘gaming disorder’ adalah corak tingkah laku permainan yang berterusan atau berulang, yang mungkin dilakukan dalam talian atau luar talian.

Ciri Seseorang Ada Gaming Disorder

Tingkah laku tersebut ditunjukkan oleh gangguan kawalan terhadap permainan, peningkatan keutamaan yang diberikan kepada permainan sehinggalah mainan lebih diutamakan daripada kepentingan hidup dan aktiviti harian yang lain.

Selain itu, terdapat kesinambungan atau penerusan permainan walaupun berlakunya kesan-kesan yang negatif ke atas pemainnya.

Walaupun kebanyakan daripada pemain video game ini tidak mengalami ketagihan game, WHO menganggarkan terdapat antara 3% – 4% pemain yang mengalaminya.

Perbezaan ketara yang menentukan sama ada video game tersebut sihat atau sebaliknya adalah bagaimana permainan tersebut menjejaskan kehidupan seseorang secara negatif.

11 Tanda Dikategorikan Sebagai Ketagihan Permainan Video

11 Tanda Ketagihan Bermain Permainan Video

Menurut kriteria yang dinyatakan melalui DSM-5, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya 5 atau lebih tanda-tanda yang dinyatakan di bawah ini dalam tempoh 1 tahun untuk dikategorikan sebagai mengalami ketagihan.

Antara tanda-tanda ketagihan tersebut ialah:

  1. Selalu berfikir berkenaan gaming sepanjang masa
  2. Rasa sedih sekiranya anda tidak dapat bermain video game
  3. Perlu habiskan banyak masa bersama video game untuk mendapatkan kepuasan
  4. Tidak mampu untuk menghentikan permainan tersebut atau mengurangkannya
  5. Tidak mahu melakukan perkara-perkara lain yang pernah dinikmati sebelum ini
  6. Mempunyai masalah sama ada di sekolah, di rumah atau di tempat kerja disebabkan oleh permainan video tersebut
  7. Terus tetap bermain permainan video walaupun sedar mengalami masalah atau gangguan disebabkan oleh permainan video
  8. Menipu orang lain berkenaan jumlah masa yang dihabiskan untuk bermain permainan video
  9. Menggunakan video game sebagai medium untuk melegakan emosi dan perasaan
  10. Berasa bosan, resah atau sedih jika tidak dapat bermain video game (simptom withdrawal)
  11. Bermain permainan video sehingga memutuskan hubungan dengan pasangan, kehilangan pekerjaan, atau pelajaran terjejas dan merudum


Bahaya Ketagihan Bermain Permainan Video Kepada Kanak-Kanak

Bahaya Ketagihan Main Permainan Video pada Kanak-Kanak



Ketagihan ini bukan sekadar berbahaya kepada orang dewasa tetapi ia turut memberikan kesan yang buruk kepada kanak-kanak.

American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan, pendedahan terhadap keganasan yang ditonjolkan dalam media termasuklah video game boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut mempunyai tingkah laku yang agresif.

Selain itu, kanak-kanak juga mungkin akan lebih mudah menerima tingkah laku keganasan yang ditonjolkan dalam game dan menganggapnya sebagai satu yang normal.

Oleh sebab itu, ibu bapa atau penjaga amat perlu mengawal dan memerhatikan sebarang game yang dimainkan oleh anak-anak di rumah. 

[Ads] Nak Tahu Cara Buat Duit Dengan APPS GAME Sendiri? Klik Sini

Kesan Ketagihan Bergantung Kepada Individu

Ada yang berpendapat bahawa permainan video juga ada kebaikannya, malah ramai yang anggap ia boleh dijadikan satu medium pembelajaran untuk kanak-kanak selain merangsang kreativiti dan pembangunan karektor.

Kesan negatif seperti boleh menggalakkan keganasan, seksisme, kelucahan dan pergaulan sosial yang terlalu bebas boleh dikekang atau dibendung bergantung kepada individu. Jika individu itu ada asas bagus terutama dari segi pendidikan moral dan agama, in Sha Allah, gejala buruk boleh dielakkan akibat dari terlalu leka bermain permainan video.

[Dah Baca?] 25 Tips Merangsang Anak Untuk Jadi Bijak

Amnya, boleh dikatakan bahawa kesan negatif yang mempengaruhi seseorang individu tersebut akibat ketagihan video adalah berpunca daripada sikap pemain terhadap game itu sendiri dan juga kehidupannya.

Adalah lebih baik agar sentiasa tidak melampaui batas dalam memenuhi kehendak atau hobi seperti bermain permainan video ini, biarlah berpada dan sentiasa bersederhana. 

Sumber asal: Ketagihan Main Video Game - Hellodoktor

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement