Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia. Tahun ini merupakan ulantahun ke 63 negara telah megisytiharkan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Manakala 16 September merupakan Hari Malaysia yang mana Persekutuan Malaysia tertubuh dengan kemasukan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963.

Hari Kebangsaan Malaysia telah ditetapkan oleh kerajaan untuk diraikan pada setiap 31 Ogos, manakala Hari Malaysia ditetapkan pada 16 September setiap tahun. Kedua-dua tarikh ini merupakan cuti umum rakyat Malaysia.

Tema dan Logo Hari Kebangsaan 63 (2020)

Tema dan Logo Hari Kebangsaan 63 (2020)

Pada tahun ini (2020), kerajaan telah mengumumkan bahawa Hari Kebangsaan akan disambut dan diraikan dengan logo berbentuk hati dengan tema Malaysia Prihatin.

Tema Hari Kebangsaan tahun ini agak unik, malah sangat memberi makna kerana ia berlaku tatkala negara masih lagi berhadapan dengan wabak pandemik Covid-19.


Malaysia Prihatin Tema Hari Kebangsaaan 2020

Gabungan dua perkataan ini memberi gambaran bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang berganding-bahu memastikan wabak ini dapat dikekang dan akhirnya nanti membebaskan Malaysia daripada ancaman Covid-19 yang masih tiada penawar khusus.

Logo Hari Kebangsaan Berbentuk Hati

Maksud makna logo Malaysia Prihatin Hari Kebangsaan 2020

Untuk sambutan kali ini, logo berbentuk hati menjadi pilihan dengan warna bendera Jalur Gemilang menjadi latarnya, melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Pada logo, terdapat tujuh jalur merah putih yang membentuk hati, membawa maksud terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.

Manakala warna biru tua disertakan sebagai memberi erti kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang hidup dengan aman dan harmoni selama lebih daripada 60 tahun.

[Dah Baca?] Fakta Hangat Kemerdekaan Tanah Melayu Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Stigma bunga raya yang digabungkan bersama logo berbentuk hati itu pula menzahirkan bahawa negara menuju kejayaan, manakala lima titik merah adalah simbolik kepada lima kelopak bunga raya menggambarkan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan di negara ini.

Bulan sabit dan bintang pecah 14 pula menggambarkan Islam sebagai agama Persekutuan dan perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Prihatin Sebagai Rakyat Malaysia

Logo dan tema Hari Kebangsaan Malaysia 2020

Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita menghargai nilai kemerdekaan yang ada pada setiap sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia. Walaupun kita berhadapan dengan pelbagai masalah seperti wabak pandemik Covid-19 sekarang, kita perlu kekal bersatu dan bersama dengan kerajaan untuk memastikan wabak ini tidak melemahkan kita.

Kita perlu bersama untuk menangani wabak selain terus kekal bersatu untuk berhadapan dengan kesan wabak ini.


Sama-samalah kita menjadi warga yang bertanggungjawab dan prihatin. Kita tak seharusnya meletakkan sepenuhnya tanggungjawab kepada kerajaan, kerana kita takkan mampu jika hanya membiarkan hanya kerajaan melindungi kita, walhal kita ambil mudah dan lepas tangan.

Selamat Hari Kebangsaan ke 63.

Anak-anak kita pasti akan ingat tahun 2020. Dan ia akan menjadi satu cerita yang dikenang sehingga akhir hayat. Maka, biarlah ingatan dan kenangan mereka tersebut merupakan kenangan yang menunjukkan kita rakyat Malaysia bersatu dan sama prihatin. Malaysia Prihatin!

Sumber: Berita RTM

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement