Ada pelbagai cara rakyat Malaysia meraikan hari Kemerdekaan Malaysia. Ada yang menyambutnya dengan melihat perarakan mega di ibukota. Ada yang menyambutnya dengan shopping sakan sempena tawaran Hari Merdeka. Ada pula yang pergi bercuti bersama keluarga ke destinasi dalam negara.

Apapun yang kita buat, semuanya berasa gembira dan pastinya bersyukur kerana negara Malaysia tidak lagi berada di bawah jajahan dan pemerintahan orang luar. Kita merdeka dengan mentadbir sendiri negara ini mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang yang telah dibentuk dan dipersetujui semua kaum dan bangsa sejak puluhan tahun dahulu selepas 31 Ogos 1957.

Pantun-Pantun Berkaitan Kemerdekaan Negara

Pantun Hari Kemerdekaan Negara Malaysia
Antara cara menarik untuk menghargai kemerdekaan yang telah kita kecapi adalah dengan keratan pantun. Pantun adalah lambang budaya Malaysia. Ia berciri Malaysia dan telah menjadi minat melangkaui rakyat Malaysia itu sendiri.

Di dalam post ini, saya akan kongsikan beberapa pantun menarik sempena Kemerdekaan Malaysia. Mungkin ia boleh dijadikan rujukan untuk persembahan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Pantun Kemerdekaan #1

Pantun Hari Kemerdekaan Negara Malaysia

(http://cutezrawna.blogspot.com)

Pergi ke kedai membeli buku,
Buku di beli untuk dibaca,
Jalur Gemilang dikibar selalu,
Tanda merai kemerdekaan negara.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Tak kan hilang jasa pejuang,
Kemerdekaan disambut tanda merai.

Anak kecil bermain guli,
Bermain bersama anak cik Siti,
Jalur Gemilang dikibar tinggi,
Tanda mengenang jasa dan budi.

Terbang tinggi burung merpati,
Hinggap sebentar di atas dahan,
62 tahun kemerdekaan dirai,
Negara sejahtera penuh kenangan.

Alkohol dan arak bawa bencana,
Keluarga menjadi porak peranda,
Berlalu sudah penjajahan negara,
Mimpi ngeri rakyat jelata.

Tumbuh subur pokok kelapa,
Dilanggar oleh si anak gajah,
Sejarah negara jangan dilupa,
beratus tahun kita dijajah.

Berjalan-jalan dengan cik siti,
Singgah sebentar di kedai baba,
Para pemimpin silih berganti,
Membina peradaban negara tercinta.

Pergi ke sekolah penuh semangat,
Menuntut ilmu untuk berjaya,
Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut merdeka

Awan tenang berseri hiasan,
Ditiup angin hingga ke Melaka,
Pahlawan dikenang menjadi warisan,
Menjadi ikutan rakyat merdeka.

Mengayuh basikal pergi ke pekan,
Membeli keperluan untuk keluarga,
Tinggalan moyang tunggak warisan,
Indah sentosa bumi merdeka.

Pergi ke hutan memburu rusa,
Landak pula jadi tawanan,
Budi ditabur pemimpin negara,
Kenang jasa tiap pengorbanan.

Menutup mata duduk bersila,
Ditegur oleh si anak tiri,
Semangat kita membara semula,
Musim merdeka datang lagi.

Pantun Kemerdekaan 2


(http://latiptalib.blogspot.com)

Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita,
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai,
Empat Puluh Tujuh tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Setiap tahun menyambut merdeka,
Jalur gemilang berkibar megah,
Sejarah negara jangan dilupa,
beratus tahun kita dijajah.

Kaum melayu, Cina dan India,
Hidup sejahtera bersatu padu,
Jasa pemimpin jangan dilupa,
rakyat terbilang negara maju..

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut merdeka,
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.

Pantun Kemerdekaan 3

(http://hafizulismail85.blogspot.com)

Tanam padi di pinggir desa,
Berehat sebentar di bawah titi,
Bahasa kebangsaan jiwa bangsa,
Perpaduan disemai bersatu hati.

Cincin suasa tersemat di jari,
Hiasan cantik memikat pandangan,
Hidup bermuhibah perlu dihayati,
Keselamatan nasional bersama dipertahankan.

Pasar malam penuh berseri,
Ada Melayu, India dan juga Cina,
Kebudayaan etnik sentiasa dihormati,
Menjana perpaduan pengukuh nusa.

Burung enggang terbang melayang,
Singgah hinggap di atas meja,
Bukan ringgit pandangan orang,
Perpaduan cermin tamadun negara.

Kota Melaka kota budaya,
Lokasi berehat satu keluarga,
Di bawah Gagasan 1 Malaysia,
Bahasa dimartabat sehati sejiwa.

Rantai emas rantai pusaka,
Disimpan rapi dalam peti,
Cintai kedaulatan sayangi bangsa,
Kekalkan perpaduan tanpa sangsi.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement