Tak ramai yang tahu mengenai khasiat dan kelebihan yang ada pada Bunga Bakawali Putih. Pokok dari jenis kaktus ini sangat mudah ditanam, malah ia menjadi pilihan menghiasi laman kerana mempunyai manfaatnya tersendiri.

Pokok Bunga Bakawali (Epiphyllum anguliger) juga dikenali dengan nama lain seperti Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan paling popular dan unik ialah Queen of The Night Flower. Di Indonesia, pokok ini dikenali sebagai Wijayakusuma (Jawa) bererti Bunga Kemenangan.

Pokok Bunga Bakawali - Kaktus Unik dan Punyai Manfaat Tersendiri

Bunga Bakawali Putih - Kaktus Unik
Pokok Bunga Bakawali mempunyai ciri yang sangat unik kerana ia merupakan pokok kaktus yang menghasilkan bunga cantik berwarna putih yang hanya kembang pada waktu tengah malam. Bunganya pula berjurai dan mengeluarkan bau yang sangat wangi.

Bau Bunga Bakawali ini dikatakan mampu mewangikan kawasan kecil. Baunya yang wangi ini kadangkala memberikan gambaran yang pelbagai sehingga munculnya banyak kisah mistik mengenai Bunga Bakawali.

Uhh mana taknya, kembang hanya pada waktu malam .. wangi lak tu.

Pokok ini tumbuh menegak. Jadi, jika ingin menanam pokok jenis kaktus ini, sebaiknya kena perutukkan sokongan agar ia tidak tersembam ke bumi. Kalau tak ... mungkin pemandangan tak begitu cantiklah.

Pokok Bunga Bakawali
Pokok Bunga Bakawali dipercayai berasal dari kawasan tanah gurun yang panas. Jadi, pokok ini tidak memerlukan pengairan yang banyak. Mudah sangat nak tanam, hanya cucuk sahaja batang pokok ini, in Sha Allah .. ia akan tumbuh dan membesar dengan elok.

Ia tumbuhan yang suka merayap pada batang pokok lain. Jika liar, anda boleh dapati pokok ini banyak pada batang pokok besar, sama sifatnya dengan Pokok Ara yang juga dikatakan banyak misteri dan cerita mistik.

Saya ada menanam beberapa pokok ini di dalam pasu. Alhamdulillah, pokok ini sudah beberapa kali berbunga dan bunganya pernah dicari orang sebagai bahan untuk merawat orang yang terkena sihir.

Manfaat Bunga Bakawali

Saya difahamkan, Pokok Bunga Bakawali Putih ini mempunyai beberapa manfaatnya yang ramai tidak ketahui:


  • Dijadikan bahan untuk merawat rabun - gunakan embun yang melekat pada kelompak bunga dan disapu pada bahagian mata.
  • Digunakan untuk mencantikkan kulit.
  • Digunakan untuk merawat pesakit darah tinggi dan kencing manis - batang pokok dikeringkan dan dijadikan serbuk untuk dicampur dengan air dan diminum.
  • Digunakan untuk merawat luka - gunakan kelopak bunga yang dikeringkan.

 

Bahan Aktif Pokok Bunga Bawakali

Pokok Bunga Bakawali ini dipercayai mempunyai beberapa bahan aktif yang sering digunakan untuk rawatan tradisional India dan juga China. Bahan ini ada digunakan di dalam perubatan Ayurverda dan pembuatan jamu tradisional.



Bahan yang dimaksudkan ialah kompoun cordifoliosides A-E, Syringen, Alkoloid Kuning, Berberine, Giloin, Giloininand mentah, Abinogalactan polysachararide (TSP), Picrotene dan Bergenis.

Pun begitu, sayugia diberitahu bahawa tiada kajian saintifik yang dapat menyokong samada Pokok Bunga Bakawali ini mampu merawat penyakit seperti dinyatakan. Cuma, saya percaya setiap keunikan yang Allah kurniakan pada ciptaanNya adalah untuk manfaat manusia.

[Dah Baca?] 9 Mitos Mengenai Pokok Bunga Bakawali

Mungkin di masa akan datang, lebih banyak kajian dapat dibuat apatah lagi pokok ini sangat mudah ditanam.

Sebagai tambahan, ramai juga mempercayai bahawa seseorang yang berpeluang untuk menyaksikan bunga ini mekar bakal dilimpahkan rezeki yang banyak kerana Bunga Bakawali sangat susah untuk dilihat mula mekar kerana tidak diketahui masa yang tepat ia mula berkembang.

Namun, pada saya ... saya sukakan pokok ini kerana bunganya yang cantik, dan pastilah sebab ia bukan sebarang bunga. Mana nak cari pokok yang dari jenis kaktus yang ada bunga yang mekar pada waktu tengah malam dan berbau wangi semerbak?

Aha .. kalau ada, bolehlah kongsikan dengan saya menerusi ruangan komen di bawah.

Rujukan: Anim Agro Tech - Bunga Bakawali

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Ada jiran di kampung saya tanam pokok bunga ni. Kalau lalu tepi rumah dia, memang ada bau wangi. Harum semerbak. Terus lari tak cukup tanah. Sebab jiran tu dah meninggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau wangi datang dari bau syurga. Kalau bau busuk .. baru lari sbb iblis suka bau busuk2 ni. :)

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Bisnes Bundle