Sempena Hari Kebangsaan dan juga ulangtahun kelahiran saya yang ke 44 tahun, dengan ini sukacitanya saya ingin mengadakan satu giveaway berbentuk wang tunai dan juga set template blogspot premium (bernilai usd15). Jika anda seorang penulis blog atau pemilik blog (blogspot), jangan segan silu untuk menyertai giveaway ini.

Giveaway ini juga dibuat sebagai meraikan usia blog ini yang sudah mencecah 10 tahun, dengan lebih daripada 32 juta pageviews setakat ini sejak Ogos 2010. Blog ini juga sudah menempatkan keupayaan menjadi antara blog terbaik yang saya ada. Alhamdulillah.

10 Tahun Menulis Blog Sebagai Blogger Merdeka

Giveaway Blogger Merdeka

Melihat balik pembabitan awal saya sebagai penulis blog sambilan dan kemudian menjadi blogger sepenuh masa, banyak perkara yang telah saya tempuhi.

Sepanjang 10 tahun menulis blog, saya tidak terikat dengan mana-mana group blogger. Walaupun saya wujudkan Kelab Blogger Merdeka di FB, ini tidak bermakna saya menjenamakannya sebagai sebuah kelab untuk para penulis blog.

Saya menulis dan mengendalikan lebih daripada 5 blog (dulu ada 10+) dalam pelbagai niche, termasuklah niche kerjaya, pelancongan dan juga pelaburan.

Sejak berblog, ada pelbagai karenah orang saya temui di dunia blog Malaysia. Macam-macam isu. Ada 'perkelahian' antara blogger ternama. Soal pembayaran kerja-kerja penulis blog. Soal sifu blogger. Soal blogger ambil kesempatan blogger lain .. dan macam-macam lagilah.. uh.

Pengalaman Sebagai Penulis Blog Sepenuh Masa

Pengalaman Sebagai Penulis Blog Sepenuh Masa

Antara paling menarik ialah dijemput sebagai panel berkongsi pengalaman berkaitan cara menjana pendapatan menerusi blog selain pernah dijemput untuk mewakili blogger di dalam beberapa acara melibatkan influencer Malaysia.

Saya juga pernah berkongsi pengalaman sebagai blogger dengan beberapa influencer dari negara Asia termasuklah dari Korea Selatan, Jepun, Thailand, Jerman. Australia dan Amerika Syarikat dalam satu event sempena Tahun Melawat Malaysia.

[Baca] Siapa Hasrul Hassan?

Namun, tidak dinafikan ialah pengalaman dapat berkenalan dan bertemu dengan ramai rakan blogger dari seluruh Malaysia. Malah, ada di antaranya merupakan blogger berpengaruh di Malaysia dan berjaya mencipta kejayaan tersendiri.

Seronok melihat kejayaan ramai rakan blogger. Alhamdulillah.

Okeh.

Giveaway Blogger Merdeka 2020

Kelab Blogger Merdeka

Sekarang kepada benda utama iaitu Giveaway Blogger Merdeka 2020

Untuk pengetahuan, tahun ini Malaysia meraikan Hari Kebangsaan ke 63 dengan tema Malaysia Prihatin.

Syarat Penyertaan Giveaway Blogger Merdeka

Untuk menyertai giveaway ini cukup mudah. Anda hanya perlu membuat satu post berkaitan Hari Kebangsaan ke 63, dan kemudian tulis di akhir post tersebut berkenaan Giveaway ini. Pastikan ianya ada pautan aktif samada ke blog mahupun ke post ini.

Tajuk post: Bebas

Isi konten: Mengenai Hari Kebangsaan Malaysia

Panjang konten: Perlu lebih daripada 300 patah perkataan

Syarat: Punyai satu backlink ke post ini atau ke blog ini dan letakkan banner (gambar) Giveaway ini.


Daripada syarat tersebut, sudah semestinya anda perlukan sebuah blog bagi penghasilkan konten. Buat mereka yang tiada blog, boleh berikan sokongan dengan kongsi Giveaway ini di media sosial anda. :)

Hanya satu pemenang untuk satu blog post penyertaan.

Jika anda telah terbitkan post berkaitan untuk Giveaway ini, hantar penyertaan anda menerusi ruangan komen di bawah. Sertakan LINK/URL post tersebut.

Hadiah Giveaway

Giveaway Blogger Merdeka - Template Premium

RM100 tunai + template premium blogspot Flexnews x 3 pemenang

Tempoh Giveaway

15 Ogos hingga 31 Ogos 2020 - TAMAT

Pemilihan Pemenang

Setiap penyertaan wajib menyertakan post berkaitan Giveaway ini seperti ditetapkan. Jadi, saya akan lihat dan teliti setiap post yang diberikan. Setiap post diberikan satu peluang untuk menang dalam giveaway ini.

Setiap penyertaan diberikan satu nombor rawak, dan saya akan menggunakan random.org untuk memilih pemenang yang bertuah.

Okeh.

Mudah. Saya harap ramai rakan blogger yang akan menyertai Giveaway ini.

Semoga berjaya buat semua.

16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Boleh cuba ni...nanti dah free saya menulis mengenai giveaway ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik. Saya alu-alukan penyertaan .. mana tahu rezeki

      Padam
  2. Insyaallah. Saya join. Support Blogger Merdeka kebanggaan negara

    BalasPadam
  3. Selesai update artikel contest.

    https://sobrimansor.net/tema-hari-kebangsaan-malaysia-2020-malaysia-prihatin

    BalasPadam
  4. dah lama xjoin contest kat blog..insyaAllah nati nak join jgk..

    BalasPadam
  5. Saya join juga support bro HH..

    https://www.aynorablogs.com/2020/08/merdeka-63-tahun-merdekakah-kita.html?m=1

    BalasPadam
  6. Cik TK join!! Support bro HH!!

    https://tetikusmerah.blogspot.com/2020/08/selamat-hari-merdeka-yang-ke-63.html

    BalasPadam
  7. all the best semua!!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html

    BalasPadam
  8. Inshaa Allah shida juga nk turut serta..

    BalasPadam
  9. Salam Bro HH
    shida join ya :)

    http://www.duniashida.com/2020/08/malaysia-merdeka-2020.html

    BalasPadam
  10. Naim join,...

    https://pemudattbc.blogspot.com/2020/08/selamat-hari-kemerdekaan-ke-63.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement