Laksa. Hmmm sedapnya. Laksa yang sedap bergantung kepada kuahnya yang pekat, cukup rasa ikannya, masamnya dan pedasnya. Saya fikir para peminat laksa pasti setuju dengan pendapat saya ini.

Dalam banyak pengalaman makan laksa di luar, saya takkan lupa makan laksa ikan seekor (ikan sekoq) semasa bercuti ke Langkawi lama dahulu. Menu ini pernah menjadi tular dan popular sedikit masa dahulu sehingga ramai peniaga laksa buat tiruvasi perkara yang sama.

Laksa Ikan Seekor Paling Padu, Buat Cara Paling Mudah dan Cepat

Laksa Ikan Seekor Paling Padu, Buat Cara Paling Mudah dan Cepat

Saya memang tidak nafikan laksa ikan seekor memang sedap. Dengan cara ini ia menambahkan lagi rasa ikan pada kuah laksa yang dah tersedia dengan rasa ikannya.

Pada saya, laksa ikan seekor memang sedap. Namun, ada juga penggemar laksa yang tidak menggemari laksa ikan seekor ni. Menurut mereka, susah nak makan laksa macam ni sebab ikan yang disediakan masih ada tulang menyebabkan feel untuk makan laksa tu jadi terganggu.

Tambahan lagi, agak tidak berbaloi untuk menikmati laksa dengan ditambah ikan seekor pada harga yang berkali ganda lebih mahal daripada laksa biasa. Mana taknya, beza harga sangat jauh. Laksa biasa boleh dapat dalam RM1 - RM3 .. tapi bila ditambah ikan seekor, terus melambung sehingga ada peniaga laksa menjualnya sehingga RM10 sepinggan!

RM10 sepinggan? Jual tepi jalan je .. huhu .. bukan kena apa-apa cukai pintu atau cukai perniagaan .. huhu.



Ohh bukan semua peniaga laksa begitu ya. Ada je laksa ikan seekor yang dijual dengan harga cuma RM5 sepinggan. Pada saya, memang murahlah. Rasa berbaloi jika ikan pula adalah ikan segar yang boleh terasa manis isinya bila dijamah bersama kuah laksa.

Cara Mudah dan Cepat Nak Nikmati Laksa Ikan Seekor

Baru-baru ni, isteri saya teringin nak makan laksa. Nak buat menu laksa ni ... rasa macam malas je. Jadinya, dengan kecerdikan yang ada pada isteri saya, dia pun beli kuah laksa daripada kedai yang memang ada jual laksa.

Beli kuah je. Cukup.

Beli dalam sebungkus RM5 pun dah banyak dapat. Jika beli RM10, leh makan sekeluarga sehingga 2 hari!

Jimat tu.

Balik rumah, sediakan laksa basah, bahan-bahan lain seperti timun, bawang, salad, cili api dan sediakan beberapa ekor ikan kembung yang telah direbus... 

Ikan kembung segar saiz kecil - sesuai untuk makan laksa, harganya dalam RM5 - RM7 sekilo di Pasar Basah Parit Buntar. Uhh banyak tu ye ....

Siap bahan-bahan, terus jadikan Laksa Ikan Seekor.

Laksa Ikan Seekor

Mudah, cepat dan paling penting ikan digunakan adalah ikan segar yang kita sendiri sediakan. Memang mantap. Cara ini, walaupun kuah asalnya tak berapa pekat, terus jadi pekat sebab dah letakkan ikan seekor ni. Sedap cui ...

Fuh. Memang puas dapat makan laksa dengan ikan kembung seekor ni. 

Aha inilah cara paling cepat atau ekspress untuk menikmati laksa ikan seekor yang popular terutama di Pulau Langkawi.

Beli kuah laksa, beli bahan-bahan lain, letak ikan seekor. Barulah best sebab semua bahan-bahan lengkap, siap boleh tambah ikut suka .. huhu.

Andai anda terasa nak makan laksa ikan seekor yang lebih padu, buatlah cara ni ya.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya tak pernah lagi makan laksa ikan sekor ni HH , macam malas pula nak sisip tulangnya hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba sekali je seumur hidup. Nanti baru leh kongsi cerita pada orang

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement