Pernah tak anda terfikir yang plastik pembalut roti Gardenia dan juga biskut Hup Seng boleh dijadikan beg selimpang dan tas tangan yang menarik? Malah, harganya boleh mencecah ratusan ringgit kerana keunikannya.

Pastinya buat kebanyakkan kita termasuklah diri saya tak terfikir pun yang barang terbuang seperti plastik pembungkus roti Gardenia dan juga pembungkus Hup Seng boleh dijadikan satu kerja seni yang menarik dan boleh dijual.

Rekaan Unik Beg Vintaj Dari Pembungkus Gardenia dan Hup Seng - Kreativiti Pemuda Malaysia

Rekaan Unik Beg Vintaj Dari Pembungkus Gardenia dan Hup Seng

Tahukah anda, baru-baru telah viral kisah seorang pereka fesyen di Johor yang telah berjaya menghasilkan beg tangan menggunakan plastik bungkusan kedua-dua jenama popular tersebut?

Wong Liwan, seorang pereka fesyen berusia 31 tahun dari Wan's Handmade telah menjadikan plastik bungkusan roti Gardenia dan pembungkus biskut Hup Seng kepada sebuah beg tangan yang tampak cukup menarik serta kreatif. Malah, ia nampak sangat vintage.


Koleksi tersebut telah viral di Facebook dan menerima lebih daripada 4,000 perkongsian. Malah, ramai yang berminat untuk mendapatkan beg tangan yang dihasilkan oleh beliau.

Beg dari pembungkus roti Gardenia
Beg dari pembalut hup seng

Beliau yang berasal dari Batu Pahat bukan setakat membuat beg tangan, malah beliau juga mahir membuat kostum dan anak patung. Ia tidak menghairankan kerana seluruh keluarga beliau terlibat dalam industri pembuatan tekstil.

Wan's Handmade adalah jenama beliau sendiri. Ia diwujudkan pada tahun 2014 setelah tamat pengajian di Singapore’s Nanyang Academy dan setelah menimba pengalaman bekerja di Singapura sebagai pereka fesyen di sana. Sejak dari itu, Wong Liwan atau lebih suka dikenali sebagai Wan sering muncul dengan hasil rekaan sendiri.


Idea Tercetus dari Bengkel Mengenai Kitar Semula

Menurut Wan, idea menghasilkan rekaan vintaj beg tangan ini datangnya daripada satu bengkel “Plastic Reborn Workshop” yang diadakan oleh kumpulan teater di Johor Bahru yang dikenali sebagai “Blackroom Illustration and Theatre” pada 2017.

Selain daripada plastik bungkusan Gardenia dan Hup Seng Cream Crackers, Wan turut menggunakan bungkusan roti jenama Massimo untuk rekaan yang lain.

Beg tangan dari pembungkus plastik terbuang

Rekaannya daripada Plastic Reborn Project ini berharga dari RM79 ke atas sementara ciptaannya yang lain dijual antara RM15 hingga RM200. Malah, beliau menamakan koleksi terbarunya ini sebagai Anastasia.

Koleksi tersebut terdiri daripada barangan seperti klac, beg tangan atau beg silang. Manakala bagi pouch bag dan crossbody, Wan menggunakan bungkusan plastik roti Gardenia. Sebelum ini, beliau turut menggunakan plastik Mister Potato and Lays dalam rekaannya.

Sumber: MSN Trending

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement