Harga Beg Tangan Kulit Jenama Hermès Birkin Cecah USD200K Sebuah

AI Trade
Tetiba sahaja jenama beg tangan mewah ini diperkatakan ramai. Anda nak tahu berapa harga bagi sebiji beg tangan kulit jenama Hermès Birkin ni tak? Uhh ... jangan buat memain ooo .. hanya golongan yang kaya-raya je yang pakai jenama beg tangan ini.

Harga Beg Tangan Jenama Hermès Birkin Boleh Cecah USD200K Sebiji


Harga Beg Tangan Jenama Hermès Birkin
Saya tak pasti samada beg tangan kulit jenama Hermès Birkin ini ada dijual di pasaran Malaysia. Tetapi harganya memang mahal. Al-maklumlah ia sebuah beg tangan jenama eksklusif.

Beg Tangan Termahal di Dunia?

Daripada pencarian saya, harga beg tangan kulit jenama Hermès boleh mencecah sehingga USD185,000 sebuah. Malah dalam satu lelongan, beg kulit jenama Hermès Birkin ini telah dijual dengan harga USD223,000 di Hong Kong. Ia menjadikan beg tangan jenama ini antara beg tangan kulit termahal di dunia.
Harga Beg Tangan Jenama Hermès Birkin
Beg tangan Birkin yang terjual dengan harga sebegitu mahal adalah sebuah beg kulit Hermès Birkin dari kulit buaya, dan ianya berwarna pink. Beg ini disertakan bersama beberapa cirian emas dan juga butiran berlian.

Beg Tangan Birkin Baru Bermula USD12K

Ok. Daripada pencarian saya, didapati harga sebuah beg kulit Birkin yang baru bermula dari USD12,000 hingga lebih USD200,000 dan biasanya dijual di pasaran 'kedua' berbanding harga asal beg tangan Hermès Birkin ini.

Kenapa beg tangan jenama Hermès Birkin ini mahal?
Harga Beg Tangan Jenama Birkin

Pastilah kerana kualitinya yang terbaik. Beg tangan kulit Hermès Birkin dibuat setiap satunya dengan teliti, dan dengan kecekapan tukang dan bukannya mesin. Setiap satu beg tangan kulit Hermès Birkin mengambil masa sehingga 18 jam untuk dihasilkan sempurna.

Malah, pembuatan beg tangan kulit Hermès Birkin boleh menjadi lebih 18 jam andai ditambah aksesori lain seperti berlian dan tetapan emas.

[Dah Baca?] Cibaduyut - Lokasi Terbaik Cari Produk Kulit Berkualiti di Bandung, Indonesia

Tidak hairanlah kenapa harga beg tangan kulit jenama ini begitu mahal, malah boleh dijual semula dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga asal. Ia boleh menjadi satu pelaburan terbaik untuk mereka yang menghargai fesyen, apatah lagi diwariskan kepada generasi seterusnya.

Untuk info, beg tangan kulit jenama Hermès Birkin tidak mudah rosak; dan kalau rosak pun, ia mudah untuk dibaiki kerana ada jaminan seumur hidup untuk produk ini.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

11 Comments

  1. Woww mahainyaa...
    Klu artis yang ada pakai, saya tau Dato Ct dan Datin Eina azman tu haaa..tak silap laaa..

    Mahai kedaung hargaaa huiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu jutawan kosmetik pun ramai yang beli beg tangan ni. Dia ada dua jenis, satu Birkin satu lagi tu Kyle ke apa ke ..

      Delete
  2. kalau buaya tahu mereka pasti bangga kerana hasil kulit mereka begitu berharga....

    cuma rasa geli tengok kulit buaya memandangkan buaya hidup mudah dijumpa di tempat sahaja..

    apa-apapun barangan berharga kerana kualiti dan jenama itu sendiri..

    dengan barangan berjenama harga diri akan menjadi lebih prestij biarpun Islam tidak pandang sangat kekayaan jika sekadar untuk kemegahan dunia...

    kaya untuk bersedekah kepada orang susah jauh lebih mulia kerana memberi manfaat kepada orang lain lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhh agak-agak ada tak pemilik beg ni nak sedekahkan kat orang lain.

      Delete
  3. Tq infonya HH.. baru tahu harganya.. huhu

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Memang mahal betul. Tu dalam USD tu

      Delete
  5. akak beli beg tangan yg harganya cuma RM100 je,tu pun setahun suami akak x habis berleter lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... ye, kalau orang biasa macam kita kita ni .. memang betul tu, nak beli beg kulit rega Rm100 pun rasa beban dah.

      Delete
  6. Beg tangan Hermes, Chanel dan Louis Vuitton adalah pelaburan. Keuntungan melebihi menyimpan stock di pasaran saham. Orang perempuan kena tahu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ia satu pelaburan yang memang menguntungkan. Beg tangan jenama ni, makin lama disimpan makin berharga .. yelah, susah kot nak jumpa yang sefesyen .. buatan tangan.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.