Telur adalah antara makanan kegemaran seisi keluarga saya. Kalau dah tak ada lauk yang nak disediakan, pastinya telur akan menjadi antara bahan alternatif. Ianya samada dijadikan telur goreng (mata kerbau atau telur dadar), dijadikan sambal telur, telur tiga rasa, kurma telur dan kadangkal direbus begitu sahaja.

Telur yang biasa dibeli di kedai dan pasaraya kadangkala telur yang dah lama dan kurang segar. Ada juga yang menjual telur yang dah busuk. Tetapi itulah, yang menjual telur pun tak tahu sebenarnya isi telur tersebut samada masih elok atau sudah busuk.

Tips dan Cara Elak Dari Masak Telur Yang Tidak Segar atau Telur Busuk

Cara Elak Masak Telur Dah Busuk atau Tidak Segar

Jika kita lihat di pasaraya besar, ada telur yang dijual secara sepapan (30 biji) disertakan dengan tarikh luput. Jadi, sebagai pengguna yang bijak, bolehlah menyemak tarikh luput ini ketika membeli telur.

Tapi bagaimana kalau membeli telur di kedai Acheh atau di kedai runcit biasa?

Goncang Telur

Salah satu cara nak mengetahui samada telur itu masih elok atau tidak ialah dengan menggoncang telur ayam yang ingin dibeli. Jika terdengar bunyi seperti kocakan air, itu menandakan bahawa telur itu telur yang dah lama. Maka, janganlah beli.


Namun, agak jaranglah cara ini hendak dipraktikkan terutama ketika memilih telur. Jenuh nak goncang satu satu biji telur kalau nak membeli sepapan.

Nak tak nak, beli sahaja sepapan dengan harapan kesemua telur adalah elok.

Apabila sampai di rumah, anda boleh sahaja menguji telur itu sebelum menggunakannya. Ada dua cara yang sering saya lakukan untuk mengetahui samada telur itu elok untuk dimasak atau sebaliknya.

Rendamkan Telur

Cara Elak Masak Telur Dah Busuk atau Tidak Segar

Cara pertama ialah dengan merendamkan telur tersebut di dalam air. Seandainya telur itu timbul, maka telur tersebut sudah tidak lagi segar dan isinya sudah tercemar dengan udara. Dek adanya udara inilah yang menyebabkan telur itu timbul.

Jika telur itu tenggelam ke dasar, maka ia adalah telur yang masih elok dan segar.

Manakala, jika telur itu antara tenggelam dan timbul atau berada di bahagian tengah rendaman, ia sudah dikira tidak berapa segar, dan sebaiknya dimasak segera. Jika saya, saya lebih suka goreng telur yang kelihatan seperti ini.

Pecahkan Telur Dalam Bekas Berasingan Sebelum Masak

Cara kedua ialah memecahkan telur tersebut sebelum digunakan untuk memasak, contohnya untuk dijadikan telur mata kerbau atau telur dadar atau dicampur dalam masakan seperti mee segera, mee goreng atau bihun goreng.

Apabila telur dipecahkan, kita boleh lihat pada perubahan warna, tekstur dan juga bau telur tersebut. Cara ini biasanya saya gunakan untuk telur yang telah diuji dengan kaedah rendaman air, dan telur ini timbul tenggelam separuh.

Cara Elak Masak Telur Dah Busuk atau Tidak Segar


Telur yang tidak elok biasanya kuning telur tidak lagi nampak pejal, ada darah dan warna putih telur sudah tidak lagi jernih. Telur yang tidak elok juga ada bau yang tidak menyenangkan.

Ok ... simple je kan?

Saya pasti tips di atas ramai yang dah praktikkan terutama mereka yang sering membuat pastri di rumah. Telur yang segar akan membuatkan masakan seperti kek dan biskut lebih sedap dan tahan lama.

Jangan Lupa Untuk Basuh Telur Sebelum Dimasak

Cara Elak Masak Telur Dah Busuk atau Tidak Segar

Oh ya, sebelum menggunakan telur untuk masakan, pastikan anda membasuh bahagian luar telur dengan bersih. Ini adalah kerana telur itu telah terdedah dengan najis ayam dan pelbagai lagi benda yang kita tidak tahu sebelum dipasarkan.

Bila makanan kita bersih, elok dan segar .. barulah kita akan dapat manfaat daripada telur sepenuhnya. Betul tak?

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Catat Komen

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Terbaru Lebih lama