Jika anda mengikuti blog saya, dah pasti sedar yang kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Medan, Indonesia. Destinasi utama percutian kami pastilah ke Danau Toba, Medan, Sumatera Utara.

Kami ke Medan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Bandar Udara Kualanamu. Penerbangan dengan Air Asia mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Hotel Patra Comfort, Hotel Pilihan Bercuti di Medan Jika Mahu Menyaksikan Pemandangan Luas tasik Danau Toba

Percutian ke Danau Toba - Hotel Patra Comfort

Bandar Udara atau Lapangan Terbang Kualanamu adalah sebuah lapangan terbang yang baharu dan cukup moden di Sumatera. Ia mempunyai ruang balai berlepas dan ketibaan yang agak luas dan selesa.

Berhadapan lapangan terbang ini ada stesen keretapi yang sedang dibina. Saya pasti ia bakal menjadi antara penghubung penting antara Kualanamu dengan bandar Medan.

Percutian saya dan keluarga adalah menerusi pakej yang dikendalikan oleh rakan isteri saya. Mereka jugalah yang sebelum ini menguruskan percutian kami di Bandung.

Percutian di Medan adalah percutian luar negara kedua bagi kami sekeluarga.

Patra Comfort Hotel DiMiliki Pertamina International

Percutian kali ini, kami menginap di sebuah hotel yang dimiliki oleh Pertamina, iaitu Hotel Patra Comfort, yang terletak di Parapat. Pertamina adalah syarikat carigali gas dan minyak milik kerajaan Indonesia, dengan kata lain sama seperti Petronas.

Percutian ke Danau Toba - Hotel Patra Comfort

Saya difahamkan hotel ini menjadi antara pilihan pelancong dari Malaysia yang ingin menikmati keindahan Tasik Danau Toba dari tebing tinggi, dan sebagai tempat bermalam sebelum ke Pulau Samosir yang menjadi tarikan utama di Danau Toba.

Ketika berada di hotel ini, saya boleh katakan ia merupakan hotel yang agak baik. Pemandangan cukup bagus, malah banyak spot untuk mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan Tasik Danau Toba yang terbentang luas serta gunung ganang yang menghijau dilindungi kabus.

[Dah Baca?] Kisah Percutian Medan Part 2 - Kampung Tomok, Perkampungan Batak di Pulau Samosir

Percutian ke Danau Toba - Hotel Patra Comfort
Percutian ke Danau Toba - Hotel Patra Comfort

Tasik ini memang luas. Saya difahamkan ia mengunjur sehingga 100km, dengan kelebaran 30km. Ia berada pada ketinggian 505 meter atau 1,657 kaki daripada aras laut. Ia adalah tasik semulajadi terbesar di Asia, dan ketiga di dunia.

Fakta-fakta menarik mengenai Tasik Danau Toba dan juga Pulau Samosir boleh didapati di ruangan lobi Hotel Patra Comfort ini. Malah, anda boleh mengetahui secara saintifik bagaimana Pulau Samosir boleh terbentuk di tengah-tengah tasik ini.

Meh saya belanja beberapa gambar sekitar hotel ini.

Patra Comfort Hotel Pilihan Percutian di Danau Toba, Medan
Patra Comfort Hotel Pilihan Percutian di Danau Toba, Medan

Mesti tertanya, bagaimana dengan keadaan bilik hotel? Luas ke? Selesa ke? Kemudahan apa ada di hotel ini?

Ok. Pada saya, bilik disediakan oleh Patra Comfort memang selesalah, sesuai dengan namanya. Jika anda pernah menginap di Bukit Merah Laketown Resort, rasanya lebih kurang samalah kot, cuma tak ada beranda yang mengadap tasik mega luas.

Gambar Bilik Hotel Patra Comfort

Ni beberapa gambar bilik tempat kami menginap di hotel ini ..

Foto Bilik Hotel Patra Comfort Danau Toba

Dari segi makanan pula, alhamdulillah, tidak banyak bezanya dengan makanan di Malaysia. Boleh makan nasi lemak, ada bihun goreng, nasi goreng ... hmm nak kata sedap sangat tu taklah, tapi in Sha Allah, selera orang tak sama kan?

Hotel ini ada mini taman air, ada kolam yang besar. Tapi sebab cuaca di sini pun agak sejuk, memang gigil la nak cecah air .. huhu.

Amnya, hotel ini memang terbaiklah.

Dari segi harga, anda boleh semak di Agoda. Tapi biasanya, tempahan online hotel ini pasti laku keras, apatah lagi ia antara hotel yang popular.

Oh ya, lagi satu kenapa hotel ini menjadi pilihan ialah kerana lokasinya yang jauh dari hiruk-pikuk dan kebisingan kenderaan. Ia memang jauh dari jalan besar.

Nak masuk ke hotel ini memang perlu melalui jalan yang berliku seperti anda ingin naik ke Bukit Fraser. Jika anda ada Pak Supir yang membawa, in Sha Allah tiada masalah sebab mereka dah tahu selok-belok jalan.

Okeh. Jangan lupa baca post lain mengenai percutian saya ini ya. :)

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!

Advertisement