bisnes shopee
Ramai yang sedia maklum bahawa penularan dan kesan Covid-19 telah menjejas banyak perusahaan dan industri di dunia. Antara yang menerima kesan paling teruk ialah industri pelancongan, termasuklah industri atau perusahaan perhotelan.

Industri ini mendapat impak yang telah menjejaskan operasi sehingga membuatkan beberapa hotel terkemuka terpaksa menutup operasinya. Ia menyebabkan ribuan pekerja dalam industri ini kehilangan pekerjaan dan sumber mata pencarian.

Senarai 4 Hotel Terkemuka di Ipoh Yang Tutup Operasi Kerana Covid-19

Senarai 4 Hotel Terkemuka di Ipoh Yang Tutup Operasi Kerana Covid-19

Industri perhotelan di Malaysia juga banyak yang terjejas. Ada beberapa hotel terkemuka telah menutup atau memberhentikan operasi kerana tidak mampu lagi menanggung kerugian.

Walaupun beberapa langkah dibuat seawal tahun 2020 untuk mengurangkan kesan Covid-19, tiada dapat disangkalkan bahawa permintaan terhadapa industri pelancongan yang merudum jatuh tidak mampu menyelamatkan hotel-hotel ini daripada terus menanggung kerugian.

Industri perhotelan di Ipoh antara yang terkesan sehingga memperlihatkan beberapa hotel terkemuka dan telah lama beroperasi di Malaysia terpaksa ditutup dan pekerja diberhentikan.

Ingin tahu senarai hotel terkenal dan terkemuka di Ipoh yang terpaksa menutup operasi kerana kesan Covid-19?

1. Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh

Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh Tutup Operasi Akibat Covid-19

Hotel ini adalah merupakan antara hotel yang menjadi mercu tanda di bandaraya Ipoh. Terletak di pinggiran Sungai Kinta, ia memaparkan keindahan bandaraya terutama di waktu malam.

Hotel bertaraf 4 bintang dengan 318 bilik ini telah dibuka pada tahun 2012 dan telah menerima pelbagai review yang baik daripada pelanggan dan pelancong luar dan tempatan.


Saya dan keluarga pernah menginap di hotel ini yang menyediakan bilik hotel yang luas selain fasiliti seperti kolam renang yang terbaik.

Menurut laporan, hotel ini telah menutup operasinya pada 30 April 2020 setelah kerugian jutaan ringgit kerana pembatalan tempahan. Penutupan hotel ini mengakibatkan 150 pekerja hotel hilang pekerjaan dan sumber mata pencarian.

2. Hotel Tower Regency

Tower Regency Hotel Ipoh Tutup Operasi Kerana Covid19

Salah satu hotel yang popular di Ipoh, ia juga terpaksa memberhentikan operasinya mulai 30 April 2020.

Menerusi satu memo dalaman hotel tersebut bertarikh 31 Mac yang tersebar di aplikasi WhatsApp, ia menyebut hotel yang beroperasi sejak Januari 2009 itu mengalami kerugian jutaan ringgit sejak tiga tahun lalu ketika cuba memastikan operasi berjalan seperti biasa.

Penularan pandemik Covid-19 telah memburukkan lagi keadaan, sehigga tiada jalan lain kecuali daripada menutup operasi. Dilaporkan 140 pekerja Tower Regency Hotel kehilangan pekerjaan akibat penutupan ini.

[Dah Baca?] Tips dan Panduan Untuk Dapatkan Harga Hotel Murah di Hotel Yang Nampak Mewah

3. Hotel Syeun, Ipoh

Syeun Hotel, Ipoh

Antara hotel yang pernah saya menginap ketika percutian bersama keluarga di Ipoh. Ia merupakan antara hotel tertua di Ipoh. Hotel bertaraf 4 bintang ini yang telah dibuka sejak 1993 terpaksa menutup operasinya pada 31 Mei 2020.

Menurut laporan, hotel ini telah mengalami kerugian sejak 3 tahun sebelum wabak pandemik Covid-19. Mengikut perancangan, ia terus dibuka untuk mengharapkan keuntungan sempena tahun melawat Malaysia 2020. Akan tetapi sebaliknya yang berlaku.

Penutupan operasi Hotel Syeun Ipoh telah menyebabkan 155 pekerjanya hilang punca pendapatan.

4.Hotel Travelodge, Ipoh

Travelodge, Ipoh

Hotel ini masih baharu. Ia memulakan operasi di Ipoh sekitar awal bulan Januari 2020. Hotel dengan lebih 250 bilik ini merupakan hotel bertaraf antarabangsa jenama Travelodge yang gagal bertahan lama akibat kesan pandemik Covid-19.

Sepertimana kebanyakkan hotel di Ipoh, ia mengharapkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 untuk memperoleh keuntungan. Ia ditutup pada Mei 2020. Pun begitu, ada beberapa cawangan hotel jenama ini yang bertapak di Penang dan Kuala Lumpur.


Penutupan hotel terkemuka bukan setakat berlaku di Bandaraya Ipoh, tetapi juga di beberapa bandar besar lain seperti Penang, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru termasuk juga beberapa hotel terkenal di Sabah dan Sarawak.

Jelas, Covid-19 memberikan impak dalam semua sektor.

Ia mengakibatkan ramai orang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian walaupun terdapat bukti adanya pekerjaan baharu yang wujud seperti dalam sektor penghantaran makanan dan juga perniagaan online.

Apapun, kita perlu sentiasa berfikiran positif untuk terus menghadapi kehidupan yang sudah mengadaptasi norma baharu kehidupan kesan dari Covid-19.

Mungkin pengumuman kerajaan dalam PENJANA mampu merubah situasi menjadi lebih baik terutama untuk sektor pelancongan yang kini dibenarkan beroperasi mengikut standard operation precedure (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia.

Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Panduan Shopee