Percutian Seronok di Taman Air Mini Swiss-Garden Golf Resort & Spa, Damai Laut

Antara banyak hotel atau resort percutian yang ada di Perak, Swiss-Garden Hotel & Beach Resort adalah antara yang seronok untuk kami sekeluarga menginap. Ia merupakan tempat percutian yang memenuhi aktiviti sekeluarga, dan berdekatan dengan beberapa tempat tarikan yang lain seperti Lumut, Pulau Pangkor dan juga Teluk Batik; serta Teluk Senangin.

Kami pertama kali jejak kaki ke hotel ini pada tahun 2017 (kalau tak silap), itupun secara 'terpaksa' dan tanpa dirancang. Waktu tu, saya dan wife telah extend percutian kami dek kerana saya mahu pergi memancing bersama anak lelaki saya.

Taman Air Mini di Swiss-Garden Damai Laut, Lumut

Taman Air Mini di Swiss-Garden Damai Laut, Lumut
Hotel ini agak jauh masuk ke dalam dari jalan utama Lumut - Taiping. Kalau anda pertama kali sampai ke Hotel Swiss-Garden ini, pastinya ia satu pengalaman yang agak kurang menyenangkan. Tetapi bila dah kerap keluar-masuk dari pintu gerbang hotel ke jalan utama, in Sha Allah anda akan jadi biasa.

Ketika pertama kali ke sini, cuaca agak kurang baik sebenarnya. Hujan turun boleh dikatakan sepanjang hari, menyebabkan isteri dan tiga lagi anak saya tak dapat nak ke mana-mana walhal saya dan anak kedua saya pergi memancing.

Jadi pengalaman pertama tu agak terbatas sikit, memandangkan banyak melakukan aktiviti indoor sahaja.

Tempahan Online Menerusi Agoda


[Baca] Senarai Aktiviti Menarik Boleh Dibuat di Swiss-Garden Hotel and Resort Damai Laut, Lumut

Alhamdulillah, baru-baru ini, kami dapat ke hotel ini sekali lagi. Tempahan hotel dibuat secara online menerusi Agoda (kalau tak silap).
Percutian di Swiss-Garden Hotel Damai Laut Lumut, Perak
Kami tiba awal, lebih kurang jam 12:30 tengahari, dan kami terus dapat bilik yang agak selesa untuk kami sekeluarga. Sampai sahaja, semua decide untuk pergi ke kolam renang sebab pastinya kolam renang masih lagi tak ramai orang.

Apatah lagi bila dapat tahu yang Taman Air Mini Swiss-Garden dah siap renovasi sepenuhnya.
Percutian di Swiss-Garden Hotel Damai Laut Lumut, Perak
Kali akhir kami ke hotel ini, bahagian tertentu kolam sedang dinaik-taraf untuk taman air ini. Memang sedikit teruja la nak tengok bagaimana rupa taman air yang dah siap tu.

Wahh .. agak menarik weihh ... sesuai untuk anak-anak termasuklah golongan separuh remaja macam saya .. haha.

Gambar Taman Air Mini, Swiss-Garden Damai Laut Hotel & Resort

Nah, saya belanja beberapa gambar Taman Air Mini Swiss-Garden Hotel ini ...
Percutian di Swiss-Garden Golf Resort and Spa Hotel Damai Laut Lumut, Perak
Taman Air Mini Percutian di Swiss-Garden Golf Resort and Spa Hotel Damai Laut Lumut, Perak


Taman Air Mini Swiss-Garden Golf Resort and Spa Hotel Damai Laut Lumut, Perak
Tamain Air Mini di Swiss-Garden Golf Resort and Spa Hotel Damai Laut Lumut, Perak
Percutian di Swiss-Garden Golf Resort and Spa Hotel Damai Laut Lumut, Perak
Saya rasa dah banyak hotel di Malaysia yang bina taman air mini seperti yang ada di hotel Swiss-Garden kat Lumut ni. Ia memang satu tarikan, khusus untuk anak-anak. Kalau nak masuk taman air yang betul-betul tu, sure harganya agak mahal.

Jadi, nak lebih jimat, carilah hotel yang memang dah ada built-in mini water park macam yang ada di Swiss-Garden Golf Resort & Spa di Damai Laut, Lumut ni.

Jika ke sini, yang jadikan ia satu percutian lebih berbaloi ialah, ada terdapat aktiviti lain seperti memancing, memanah, naik kuda, main layang-layang, Island Hoping, menonton wayang terbuka, memanah selain indoor game yang pernah saya ceritakan dalam percutian sebelum ini.

Bayar kurang Rm200 untuk penginapan semalam di sini, in Sha Allah, satu famili ada benda nak buat selain melepak dalam bilik hotel.

Waktu cuti biasanya tempahan akan penuh, jadi cuba dapatkan harga penginapan tengah minggu seperti Rabu dan Khamis yang secara normalnya lebih murah dari hujung minggu.

Tak pernah pergi bercuti ke hotel ini? Cubalah buat tempahan menerusi Agoda ya. :)


Post a Comment

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.