Pokok Ara. Pokok ini sering dikaitkan sebagai pohon yang menjadi tumpangan makhluk lain. Ada yang mengatakan pokok ini berhantu dan berpenunggu. Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan kerana ceritanya lebih daripada mulut ke mulut (hearsay) semata.

Sebenarnya, Pokok Ara mempunyai banyak spesies. Ada spesies yang dijadikan sebagai bahan pengubatan tradisional. Ada pula jenis berbuah yang buahnya dijadikan umpan untuk spesies ikan sungai seperti Kalui, Lampan, Patin dan juga ikan Kelah.

Percubaan Jadikan Pokok Ara Sebagai Pokok Bonsai Hiasan Dalaman Rumah

Pokok Ara Sebagai Pokok Bonsai

Baru-baru ini, saya dapati salah satu pasu saya ada tumbuhnya Pokok Ara Jejawi. Ia hidup menumpang atas pokok Kemboja Cina. Oleh kerana, pokok Kemboja Cina itu sudah seakan tidak mampu lagi untuk hidup subur, saya pun keluarkan dari pasu dan membiarkan Pokok Ara yang asalnya menumpang menjadi penghuni baharu.

Semakin lama, Pokok Ara Jejawi ini membesar dengan agak baik, menghasilkan akar berjurai yang mencengkam tanah.

Akar Berjurai Pokok Ara Unik

Akar berjurai inilah yang menjadikan pokok Ara Jejawi ini unik dan sesuai untuk dijadikan sebagai pokok bonsai hiasan dalaman rumah. Saya jadi tertarik dengan penampilan bonsai pokok ini.

Pokok Ara Sebagai Pokok Bonsai

Untuk pengetahuan, akar pokok Ara Jejawi adalah jenis akar udara. Ia akan menjadi keras dan akhirnya bertukar menjadi batang pokok. Akar ini juga suka membelit sesama sendiri lalu membentuk satu struktur dahan dan batang yang cantik yang memberikan ia satu kelebihan sebagai pokok bonsai.

Daun pokok ini berwarna hijau pekat untuk daun tua dan hijau kekuningan pada bahagian pucuk.

Ia sejenis pokok yang berbunga dan mengeluarkan buah. Buahnya tumbuh pada pangkal dahan atau di bahagian hujung ranting.

Malah, ada yang menyamainya dengan pokok Buah Tin kerana kesamaan bentuk buah ini yang berbentuk bawang.


Saya masih baharu dalam penanaman pokok bonsai ini. Ini adalah pengalaman pertama saya cuba membesarkan pokok ini yang saya letakkan di dalam rumah, berdekatan dengan ruangan kerja saya.

[Dah Baca?] Cara Tut Pokok Buah Tin dan Tips Untuk Tanam Dalam Pasu

Menurut pembacaan saya, pokok bonsai Ara ini mampu mencipta suasana iklim mikro dalam rumah. Ia juga dipercayai mampu membersihkan udara daripada bahan merbahaya seperti fenol, benzena dan trichlorethylene dengan sempurna.

Sejak berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak Covid-19, ramai juga yang terjebak dengan pokok hiasan dalam rumah ini. Bonsai Pokok Ara adalah salah satu pokok yang saya cuba usahakan untuk hidup subur di dalam rumah.

Harapnya berjayalah memandangkan pokok bonsai ini memerlukan penjagaan yang rapi, apatah lagi jenis pokok Ara Jejawi yang selama ini subur dan nampak tegap bila hidup liar membesar di taman-taman bunga dan tepi jalan.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya dulu banyak tanam bonsai gini Tuan, pastu pindah ke Pasir Gudang, semua Suami tak bawa, huwaa rasa nak menangis, tak tau laaa apa cite pokok-pokok tu sekarang...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement