Bukan semua orang ada oven atau pembakar, jadi kali ini saya nak kongsikan satu resepi mudah untuk hasilkan biskut raya sedap tanpa perlu menggunakan oven. Resepi yang saya maksudkan ialah resepi untuk membuat Choco Ball atau Bebola Coklat.

Resepi biskut ini, yang biasanya dihidang waktu hari raya tidak memerlukan anda untuk memasak atau membakar menggunakan oven. Jadi, apabila tak guna oven, pastilah resepinya sangat mudah untuk diikuti.

Resepi Biskut Raya Choco Ball - Biskut Sedap Tanpa Menggunakan Oven

Resepi Biskut Raya Choco Ball

Untuk menyediakan Choco Ball ini, anda juga tidak memerlukan bahan yang banyak. Malah, anda boleh mempelbagaikan bentuk serta rasa Choco Ball anda dengan bahan-bahan tambahan yang sedia-ada di rumah.

Menarik kan?

Ok. Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan dan cara untuk membuat Choco Ball ini, yang tidak memerlukan oven.

Bahan-Bahan

Bahan-Bahan Membuat Choco Ball

  • 1 cawan Milo
  • 1 cawan Nestum
  • 1/2 cawan susu pekat manis 
  • 1 botol kecil peanut butter (170gm)
  • Badam cincang (terpulang nak guna banyak mana)
  • Chocolate chip (terpulang nak guna banyak mana)

Cara Membuat


  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas dalam mangkuk. Gaulkan semuanya sehingga sebati dan menjadi doh.
  2. Lepas tu, ambil sedikit campuran yang dah jadi macam doh tu, bentukkan ia bulat-bulat kecil. Anda kepal dengan tangan yang bersih semasa bentukkan biskut ni ya. Jangan pula tangan ada sisah kari ke, sisa bawang ke, sisa serbuk kunyit ke .. naya je rasa lain.
  3. Dah bentukkan bulat-bulat, letakkan ia dalam acuan kertas.
  4. Boleh tambah hiasan dengan meletakkan coklat cip pada bahagian luar, atau letak chocolate rice, nestum, buah ceri, kekacang, hirisan buah badam atau salutkan dengan coklat masakan. Paling mudah, salutkan sahaja dengan serbuk Milo.



Nah ..  dah siap Choco Ball anda. Sedia untuk dihidangkan.

Boleh sejukkan di dalam peti ais untuk pastikan coklat tidak mencair.

Resepi ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakann rasa coklat yang manis. Tak perlu minyak, mentega, telur .. segala bagai tu .. malah, anda tidak perlu membakar biskut ini menggunakan oven.

Memang cukup mudah dan hasilnya pula sangat menarik sebagai biskut Hari Raya.

Cubalah ya.

Sumber Asal: OhMedia

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement