Tengah mencari resepi barat untuk hidangan menyelerakan ke? Apakata anda mencuba resepi Makaroni Keju Bakar yang telah dikongsikan oleh Peppermint86 My Resepi. Anda bolehleh mencuba hidangan makanan ini samada untuk makan bersama keluarga di hujung minggu atau sebagai juadah berbuka puasa.

Untuk menyediakan resepi Makaroni Keju Bakar ini cukup mudah. Anda tidak memerlukan banyak bahan. Malah bahan-bahan untuk resepi ini juga sudah mudah didapati dan boleh dibeli secara online.

Resepi Mudah Makaroni Keju Bakar

Resepi Mudah Makaroni Keju Bakar

Resepi yang akan dikongsikan di bawah ini adalah untuk membuat Makaroni Keju Bakar bagi hidangan 4 orang. Jadi, kalau nak dijamu pada bilangan orang yang lebih ramai, anda kena pandai mengubahsuai sukatan yang ada.

Contohnya, kalau nak hidangkan untuk 8 orang, maka bahan-bahan kena double lah. Kalau hanya untuk dua orang, maka kurangkan separuh.

Ok, jom berbalik kepada resepi membuat Makaroni Keju Bakar yang mudah dan cukup simple ini. Ada beberapa cara lain untuk menghasilkan resepi ini, tetapi ini adalah yang paling senang untuk diikuti dan pastinya tidak terlalu banyak bahan digunakan.

Oh ya, kerana ia dibakar, anda mestilah mempunyai oven untuk membakar.

Bahan-Bahan

  • 2 biji telur ayam (kecil)
  • Setengah cawan susu cair
  • 125g keju cheddar yang kemudiannya diparut
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada putih
  • 125g makaroni

Cara-Cara Memasak

  1. Rebus makaroni dengan air dan sedikit minyak sayuran sehingga lembut. Toskan.
  2. Pukul telur dengan hand whisk.
  3. Masukkan susu dan pukul lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada putih.
  5. Masukkan makaroni ke dalam adunan susu dan telur dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan 3/4 parutan keju dan gaul lagi bersama makaroni tadi.
  7. Tuangkan adunan yang telah sebati ke dalam dulang pembakar dan taburkan baki parutan keju di atas adunan.
  8. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 20-25 minit pada suhu 160-170 darjah celcius.
  9. Siap untuk dihidangkan.



Mudah je kan untuk menghasilkan satu menu resepi makanan barat yang menyelerakan ini. Bahan-bahan pun tak banyak dan tak sukar untuk dicari.

Jika ada masalah mencari keju untuk resepi ini, cuba klik pautan ini - https://invol.co/clnjsw

Selamat mencuba.

p.s: Nantikan resepi yang sama tetapi dengan lebih ramuan dan bahan untuk tambah menyelerakan.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement