Panduan Temuduga Kerja Kerajaan
Facebook - laman sosial yang merevolusikan cara kita berkomunikasi, cara kita bergaul, cara kita mencari kawan. Sememangnya pada awal penciptaannya, ia dianggap satu kelebihan di mana ia memudahkan perhubungan antara rakan kolej dalam bidang yang sama; begitulah menurut pengasasnya.

Namun, sejak kebelakangan ini, laman sosial yang punyai ratus juta pengguna di seluruh dunia ini semakin disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dan ia bukan sahaja mengundang pelbagai perkara negatif tetapi juga membiakkan kegiatan jenayah.

Perkara-Perkara Mendatangkan Dosa Menerusi Laman Sosial Facebook

Perkara-Perkara Mendatangkan Dosa Menerusi Laman Sosial Facebook

Teknologi tidak salah. Yang menjadi salah adalah apabila ianya digunakan secara berlebih-lebihan atau secara melampaui batas. Siapa yang menggunakannya?

Hmm ... pastilah kita.

Facebook sepertimana teknologi lain diwujudkan untuk kebaikan. Sesuai dengan cara dan kaedah menggunakannya, ia boleh menjadi antara penghubung silaturrahim, medium dakwah malah boleh menjadi lubuk menjana pendapatan.

Tetapi itulah, apabila manusia adalah penggunanya, pasti akan timbul masalah.

[ads id='ads1']

Menurut Ustaz Zaharuddin, pengguna Facebook sebenarnya boleh membiakkan dosa tanpa sedar akibat terlalu kerap menggunakan laman sosial ini. Kadangkala perkara sekecil memberikan like, share atau komen boleh menjadi lubuk dosa ini.

Antara perkara yang ditegaskan oleh Ustaz Zaharuddin, tentang Dosa Bersarang di Facebook adalah enam perkara di bawah ...

6 Perkara Mendatangkan Dosa Menerusi Facebook

Perkara-Perkara Mendatangkan Dosa Menerusi Laman Sosial Facebook

1. Mendedahkan Keaiban Suami atau Isteri

Meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci dan marah terhadap pasangan masing-masing melalui status mereka.

Sememangnya bukan tujuan mengaibkan atau menjatuhkan maruah, sekadar melepaskan tekanan diri, namun tanpa disedari ini juga tergolong dalam kategori mengumpat yang diharamkan oleh Islam.

Kenyataan seperti itu menjelmakan maksud tersirat bahawa pasangan tersebut sedang berperang dingin, lantas tercetuslah idea bahawa berlaku kekurangan pada salah seorang daripada mereka.

2. Terlebih Gambar

Sememangnya fitrah wanita inginkan pujian dan perhatian. Maka berlambak-lambaklah gambar dimuat naik dengan pelbagai gaya, aksi dan fesyen. Yang menjadi bahayanya pabila menjadi tatapan ramai lelaki yang kemudiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda dan membuat lamaran “nafsu.

Wanita menjadi pameran lelaki umum? Dosa jawabnya.

3. Penyamaran

Terdapat lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi “friend”, lantas mendapatkan maklumat dan gambar yang dikhaskan akses untuk rakan wanita sahaja. Si wanita yang pada asalnya berasa selamat, rupa-rupanya telah mendedahkan gambar kepada orang yang tidak sepatutnya.

Jadi, pastikan gambar anda masih terhad dan terjaga.Terus pergi ke bahagian setting dalam Facebook untuk membuat beberapa tetapan mengenainya.

4. Muat Turun Gambar untuk Simpanan dan Tatapan

Kerana mudahnya mengakses gambar sesorang, lelaki berhati buas memuat turun gambar tersebut untuk disimpan sebagai koleksi peribadinya. Banyak wanita menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian, tanpa disedari berkongsi saham dosa dengan lelaki seperti itu.

Dosa seandainya mendedahkan aurat serta maruah wanita!

Adalah lebih baik simpan sahaja gambar cantik molek untuk tatapan suami yang sah, dan tunggulah pujian para malaikat dan bidadari syurga nanti.



5. “Tagging” Tanpa Izin dan Gambar Silam yang Membuka Aurat

Terdapat “trend” memuat naik dan menyebarkan gambar-gambar lama yang tidak menutup aurat melalui “tagging” tetapi kini telah pun menutup aurat. Justeru penyebarannya adalah haram.

Gambar yang menutup aurat tetapi dalam keadaan yang mengaibkan juga mengundang dosa kerana menyebarkan keaiban orang lain.

6. Mengutuk Diri Sendiri dan Kebaikan Diri

Ada juga mereka yang dahulunya di waktu sekolah ataupun universiti berpenampilan cukup solehah and “extra caution” dengan aurat, namun kini telah berubah fesyennya yang lebih berani. Apabila tersiar gambar-gambar “extra caution” itu mereka secara tak sedar mengutuk diri sendiri dengan kata-kata “zaman solehah”, “zaman innocent”, “zaman suci” dan sebagainya.

Adakah sekarang anda sudah tidak suci? Adakah anda sekarang sudah tidak solehah? Anda yang mengutuk diri anda sendiri.

Cara terbaik gunakan facebook

Begitulah poin-poin dikongsikan oleh Ustaz Zaharuddin mengenai perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa menerusi laman sosial Facebook ini. Malah, poin dinyatakan turut terpakai untuk laman sosial yang lain seperti Instagram dan juga Twitter.



Jadikan perkongsian ini satu ingatan buat kita semua.

Kalau boleh di bulan Ramadhan, kurangkanlah penggunaan media sosial ini. Paling tidak, pilih dan tulis status yang baik-baik dan menuju kepada perkara yang boleh mendatangkan pahala dari dosa.

Ada banyak perkara positif dan baik boleh dikongsikan. Mungkin ia tidak mampu mendapat like, share yang kita nakkan, tetapi in Sha Allah, apa yang kita buat bukan untuk tatapan manusia tetapi mencari redha dari Allah S.W.T.

Semoga bermanfaat buat semua.
Sumber: Majalah Solusi

Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya

Dropship USD