Tetiba saya rasa nak mencuba resepi baru iaitu Daging Masak Hitam Kashmir. Sebelum ini saya tak pernah tahu pun wujudnya nama resepi ni. Namun, selepas 'meronda' dalam Mydin Mall Parit Buntar baru-baru ini, saya ternampak ada pes untuk memasak Daging Masak Hitam Kashmir.

Uhh kalau dah ada pes segera macam ni, memang senanglah nak memasak menu resepi ni. Apa yang diperlukan cuma daging sahaja. Pes segera Daging Masak Hitam Kashmir ini mempunyai 3 pes berbeza di dalamnya, iaitu pes bawang, pes rempah, dan pes kicap.

Resepi Daging Masak Hitam Kashmir Yang Mudah & Sedap

Resepi Mudah Masak Hitam Kashmir

Dah memang menjadi tabiat saya, apabila dah ada pes segera macam ni pun, saya masih akan mengolah mengikut citarasa saya. Kalau anda nak mencuba resepi mudah Daging Masak Hitam Kashmir cara saya, bolehlah ikutinya di bawah ini ye ... ala .. sempoi-sempoi punyalah, in Sha Allah sedappp .. hehe.

[ads id='ads1']

Bahan-Bahan Resepi Masak Hitam Kashmir

  • 1 bungkus pes Daging Masak Hitam Kashmir jenama Iman
  • 500 gram daging yang dihiris kasar.
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 biji bawang besar dihiris kasar
  • 2 ulas bawang putih diketuk atau hiris halus
  • Seinci halia dihiris halus
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 2 biji cabai masak dihiris kasar
  • 2 biji cabai muda/hijau dihiris kasar
  • Sedikit brokoli (opsyen)
  • Sedikit air

Nak banyak lagi resepi berkaitan daging? Boleh terus ke pelbagai resepi daging.

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan kesemua pes bawang, pes rempah, dan pes kicap yang ada ke dalam kuali dan tumis sehingga naik bau wangi. Jangan lupa kacau.
  3. Masukkan daging. Jika perlu, anda boleh rebus terlebih dahulu untuk melembutkannya. Jika rebus, asingkan airnya dan tos sebelum dimasukkan bersama pes tadi.
  4. Masukkan sos tiram.
  5. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sebati.
  6. Pastikan daging dah empuk. Tambah air jika terlalu kering.
  7. Bila dah rasa daging sudah cukup empuk. Masukkan bawang, halia, cabai dan juga brokoli. Kacau.
  8. Biarkan ia mendidih dan sedikit kering.

Resepi Mudah Masak Hitam Kashmir

Walla .. dah siap menu resepi mudah Daging Masak Hitam Kashmir menggunakan pes atau perencah sedia-masak jenama Iman. Pes ini anda boleh dapat di pasaraya-pasaraya besar seperti Mydin dan juga Tesco.

Senang je kan? Benda dah siap, anda cuma perlu cari bahan tambahan dan campurkan sahaja.

Cubalah nanti ye. Resepi ini boleh juga dicuba untuk menu masakan kambing. Kalau anda gemar makan daging kambing, bolehlah nanti cuba masak Daging Kambing Masak Hitam Kashmir pula ..

Selamat mencuba.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sedapnya resepi daging kashmir .. dah la senang je dah nak masak. Ada yang suka ke dengan resepi ni?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement