Resepi ikan sardin masak kicap dengan cuka epal. Khasiat cuka epal memang tidak dinafikan lagi. Cuma ramai yang tidak tahu cara nak gunakan cuka epal dalam menyediakan menu harian.

Selalunya cuka epal diambil secara terus - dengan satu sudu kecil setiap pagi. Dalam entri ini saya nak kongsikan satu resepi mudah yang menggunakan cuka epal iaitu resepi ikan sardin masak kicap dengan cuka epal.

Resepi Ikan Sardin Masak Kicap Dengan Cuka Epal

Resepi Ikan Sardin Masak Kicap Cuka Epal

Cuka epal bagus untuk kesihatan kerana ia dapat membantu proses penghadaman, bahan lecithin yang terdapat di dalamnya membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga.

Cuka epal sangat bagus buat mereka yang ada masalah berat badan, penyakit kencing manis dan juga kolesterol tinggi - seperti saya .. hoho.

[ads id='ads1']

Baik, jom tengok cara-cara untuk menyediakan resepi ini, in Sha Allah akan menambat selera anda terutama untuk hidangan makan tengahari, makan malam atau ketika mencari lauk yang sedap dan simple untuk berbuka puasa.

Bahan-Bahan

  • Ikan Sardin sederhana besar.
  • 2 buku bawang besar yang dipotong kasar.
  • 2-3 biji cili merah.
  • 3-4 cili api.
  • Seinci halia.
  • 3-4 ulas bawang putih.
  • Dua sudu cuka epal.
  • Kicap lemak manis.
  • Sos cili.
  • Sedikit air.
  • Garam.
  • Minyak masak.

Cara Menyediakan Resepi 

  1. Siang, basuh ikan sardin. 
  2. Goreng ikan sardin dengan minyak yang sedikit.
  3. Selepas selesai, toskan ikan untuk 'singkir' minyak berlebihan.
  4. Sediakan bahan-bahan untuk tumis sos kicap - bawang, halia, minyak masak satu sudu.
  5. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau yang harum.
  6. Masukkan kicap lemak manis ke dalam tumisan. Jika nampak pekat, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati dan biar sehingga mendidih.
  7. Masukkan pula sos cili, dan cili api.
  8. Kemudian, masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi. Gaulkan sehingga rata.
  9. Masukkan pula cili merah yang dipotong.
  10. Masukkan cuka epal dan garam secukup rasa.
  11. Cuba rasa, tambah apa yang patut. Ketika merasa, anda akan terbau sedikit bau yang pelik yang datang dari cuka epal, abaikan je bau tersebut ... hehehe...
  12. Siap.

Mudahkan resepi daripada seorang house husband seperti saya?

In Sha Allah, resepi ini berkhasiat dan sedap.

Resepi Ikan Sardin Masak Kicap Cuka Epal

Ikan sardin masak kicap anda akan terasa manis, lemak dan sedikit masam cuka epal.

Jika nak tahu, cuka epal ini adalah menggantikan air asam jawa / asam keping ikut kebiasaan memasak resepi ini. Boleh juga gantikan jenis ikan yang lain seperti ikan kayu, ikan pisang atau ikan cencaru.


Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Lubuk Bundle Gred AA

Dropship USD